7 Makanan Pesakit Endometriosis Untuk Kurangkan Sakit Setiap Bulan

tips merawat endometriosis

7 Makanan Pesakit Endometriosis Untuk Kurangkan Sakit Setiap Bulan

Terdapat sedikit perbezaan pendapat dikalangan doktor mengenai adakah makanan yang boleh mengawal penyakit endometriosis.

Ada banyak kajian yang dilakukan untuk melihat kaitan antara endometriosis dan pemakanan, namun kajian tersebut tak ada kesimpulan yang jelas.

Namun, para saintis menemui bukti bahawa orang yang makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, minyak ikan, produk tenusu dan asid lemak omega-3 berisiko rendah untuk mendapat endometriosis.

Boleh rujuk sini –> Makanan yang baik untuk pesakit endometriosis

Sebenarnya ada ramai orang yang menyokong pemakanan tertentu unutk pesakit endometriosis. Selalunya orang putih la yang betul-betul perjuangkan pemakanan ni. Anda boleh follow Dina Shepperson Mills, seorang pakar nutrisi.

Namun, secara ringkas saya nak berkongsi pemakanan yang sebaiknya diambil oleh penghidap endometriosis.

Cadangan diet untuk pesakit endometriosis

1. Makanan tinggi antioksida

Endometriosis ialah penyakit yang dikaitkan dengan keradangan. Antioksida membantu melawan tekanan oksidatif dan mencegah radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel dan meningkatkan risiko kanser.

Jadi orang yang ada endometriosis boleh kurangkan pendedahan kepada keradangan dengan meningkatkan makanan yang tinggi antioksida, termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan contohnya blackberi, cranberi dan blueberry.

2. Protein tanpa lemak

Selama ni ramai yang ingat protein adalah dari sumber lauk pauk saja kan? Betul tu, masalah lauk-pauk contohnya gading merah atau gading ayam ialah sumber protein yang bercampur dengan lemak.

Malah saintis berpendapat daging merah boleh beri masalah kepasa pesakir endometriosis kerana oleh mengacau hormon.

Salah 1 sumber protein yang baik ialah daripada soya kerana soya mempunyai hampir semua asid amino sama seperti protein haiwan. Bezanya protein soya tiada lemak. Dengan mendapatkan protein berkualiti, tanpa lemak paras estrogen dapat dikurangkan.

3. Banyakkan makanan berserat

Makanan berserat termasuk bijirin penuh, kekacang, buah-buah dan sayur meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ada juga kajian mengatakan makanan berserat mampu mengawal dan membuang estrogen berlebihan.

Wanita yang makan banyak makanan berserat kurang mengalami sakit perut akibat angin kerana estrogen kurang dalam badan.

4. Banyakkan minum air masak

Pastikan minum air kurang lebih 3 liter sehari untuk buang toksin-toksin dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit.

5. Asid lemak omega-3

Asid lemak omega-3 mengandungi komponen prostaglandin yang boleh mengurangkan kesakitan dan boleh membantu badan mengeluarkan sel-sel endometriosis.

6. Makanan tinggi zat besi

Disebabkan orang ada endometriosis ni mengalami pendarahan banyak setiap bulan, maka banyak zat besi yang hilang dari badan.

7.Makanan tinggi vitamin B

Menurut Dina Mills, vitamin B sangat penting untuk orang yang menghidap endometriosis kerana ia membantu menukarkan estrogen yang bahaya kepada yang tidak bahaya, yang mana boleh dibuang oleh makanan tinggi serat.

Jika anda berminat untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai penyakit endometriosis, boleh klik link di bawah:

Info endometriosis dan bagaimana ia terjadi

Amalan untuk pesakit endometriosis yang dicadangkan oleh pakar sakit puan

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp Fyda di 012 621 1883

www.wasap.my/60126211883
www.wasap.my/60126211883
www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *