6 Tips Terbaik Kuatkan Imun Untuk Lawan Jangkitan Virus Supaya Anak Sentiasa Sihat

6 Tips Terbaik Kuatkan Imun Untuk Lawan Jangkitan Virus Supaya Anak Sentiasa Sihat

Seawal tahun baru 2020, kita dikejutkan dengan pelbagai penyakit berjangkit. Dimulakan dengan Influenza dan kini kita berhadapan dengan virus baru iaitu Covid-19. Belum banyak yang kita ketahui, namun setakat ni telah berlaku 2 kematian akibat virus Covid-19.

Kerajaan telah memerintahkan supaya rakyat hadkan pergerakan untuk mengelakkan penularan virus ini. Jom sama-sama kita sahut seruan ni. Bukan tak boleh keluar langsung, tapi keluar rumah dengan keadaan sentiasa berjaga-jaga. Selesaikan keperluan sahaja, bukan nak berjimba.

Selain daripada tu, doa lah banyak-banyak. Sebab kita menghampiri Ramadhan. Tentu semua harapkan bulan puasa yang penuh ketenangan. Bukanlah kena berjaga dalam rumah dan tak boleh keluar buka puasa beramai-ramai dan solat terawikh berjemaah di masjid.

Yang terakhir kita punya ialah sistem imun kita, askar yang mempertahankan badan kita. Sebenarnya sangat-sangat penting. Sebab tu dalam apa keadaan pun, kita perlu kuatkan imun kita supaya dalam keadaan wabak macam ni, badan dah bersedia untuk hadapi andainya kuman ni masuk dalam badan kita.

Tips Untuk Kuatkan Imun Badan.

imun kanak-kanak lemah

1. Dapatkan tidur yang cukup

Insomnia ataupun masalah tidur boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan dan juga meningkatkan risiko seseorang untuk jatuh sakit, selalunya selsema. 

Masalah tidur ni termasuklah susah tidur, tak dapat tidur lena, sering terjaga dan bila bangun walaupun masih tengah malam tak dapat tidur balik dah.

Kenapa badan kita sangat perlukan tidur?

Sebabnya badan kita membaikpulih sel pada waktu kita tidur. Ada kajian yang membuktikan bahawa tidur yang cukup dan berkualiti boleh mengurangkan risiko untuk dapat penyakit berjangkit.

2. Dapatkan cahaya matahari yang secukupnya

Anda tentu tahu kita dapat vitamin D daripada cahaya matahari. Vitamin D yang rendah dikaitkan dengan jangkitan pada sistem pernafasan.

3. Senaman secara teratur

Untuk bersenam ni tak perlu pun tempat khas, tapi kalau boleh peruntukkan masa khas untuk bersenam. Sebab kalau buat kerja sambil-sambil ni, susah nak berjaya.

Cuma berjalan laju atau joging untuk 20 minit, 3 kali sehari pun dah cukup bagus. Tapi, anda tau tak orang yang aktif bersukan perlu antioksida yang lebih banyak?

Kajian menunjukkan bahawa orang yang bersenam mempunyai fungsi sel darah putih yang lebih baik. Sel darah putih ni adalah askar yang melawan kuman yang menceroboh dalam badan. 

Senaman juga meningkatkan hormon endorfin yang membantu badan untuk lebih relaks dan tidur dengan lebih baik.

4. Jauhi rokok dan asapnya

Dalam asap rokok tu memang mengandungi banyak bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Tapi, orang yang terdedah kepada asap rokok tu lebih bahaya daripada orang yang merokok sahaja. 

Dan pencemaran ni boleh melemahkan sistem imun dan mendedahkan seseorang tu kepada penyakit.

5. Kawal stress

Stress yang berterusan menyebabkan kita lebih cenderung untuk pelbagai penyakit, daripada selsema biasa hinggalah penyakit-penyakit kronik yang tidak berjangkit. 

Stress dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Pendedahan kepada hormon stress secara berterusan seperti kortisol dan adrenalin akan melemahkan sistem imun.

6. Pemakanan yang sihat

Inilah yang paling diperlukan oleh sistem imun yang sihat. Makanan yang mengandungi sifar kalori sebenarnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mendedahkan anda kepada risiko jangkitan kuman.

Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Kurangkan atau elakkan gula putih dan makanan yang tinggi karbohidrat ringkas kerana kuman suka benda-benda manis.

Makanan yang tinggi antioksida boleh meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan. Kalau nak dapatkan suplimen untuk kuatkan imun, saya boleh rekemenkan.

KLIK SINI UNTUK KONSULTASI KESIHATAN SISTEM IMUN ANDA.

Adakah anda tahu perut dan usus kita adalah organ imun yang paling besar? Dinding perut kita menempatkan 70% sel yang membina sistem imun. Apa yang kita makan bukan sahaja untuk sel kita tapi ‘tanaman’ apa yang kita tanam dalam perut. Boleh jadi bakteria baik atau bakteria jahat. 

Kalau lebih banyak bakteria jahat, maka badan kita akan turut jatuh sakit. Malah, ada yang mengaitkan masalah kesihatan seperti alahan atau alergi, ekzema, psoriasis malah kanser berkait rapat dengan kesihatan usus atau lebih tepat lagi kesihatan sistem imun. 

Set Kuatkan Imun Untuk Seisi Keluarga

Zaman sekarang ni, suplimen mungkin bukan lagi keinginan tapi keperluan. Sebabnya makanan harian kita sangat sukar nak cukupkan keperluan zat harian kita. Di tambah pula banyaknya radikal bebas keliling kita yang merosakkan sel dan melemahkan imun kita.

Sebab tu saya amalkan pengambilan suplimen jenama Shaklee yang dijamin organik, semuajadi dan berkesan untuk diri dan keluarga saya. Saya gunakan Shaklee dari tahun 2013 hingga sekarang.

Yang paling penting untuk kita tentu lah anak-anak kan? Alhamdulillah setakat ini, anak saya memang jarang jatuh sakit dan jika sakit pun, cepat sihat.

Hubungi saya sekarang untuk dapatkan konsultasi dan vitamin yang sesuai untuk keluarga anda.

HUBUNGI Fyda UNTUK DAPATKAN VITAMIN SESUAI UNTUK ANDA.

 

daftar ahli shaklee percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.