6 Jenis Psoriasis. Yang ke-6 Rupanya Tak Berkaitan Dengan Kulit

rawat psoriasis

6 Jenis Psoriasis. Yang ke-6 Rupanya Tak Berkaitan Dengan Kulit

Kalau anda mengalami masalah psoriasis dan tak tahu macammana nak selesaikan masalah anda tu, post ini memang yang anda sedang cari.

Hingga sekarang, belum ada rawatan yang dapat menyembuhkan psoriasis. Rawatan yang ada hanyalah dapat mengurangkan simptom. 

Teruskan pembacaan tentang jenis-jenis psoriasis, penyebabnya, simptom dan tips untuk mengawal penyakit ini supaya simptomnya tak kerap berlaku.

Apakah Psoriasis?

Psoriasis ni biasanya terjadi pada bahagian kulit, jadi ramai yang ingat ia ialah masalah kulit. Sebenarnya psoriasis ni ialah sejenis penyakit autoimun yang mana pembaharuan sel kulit lebih cepat daripada yang normal. 

Kalau normal, sel kulit mati ni sikit je, so bila tertanggal kita tak perasan tapi orang psoriasis, sel kulit mati tak sempat tanggal dah ada sel kulit mati baru. Jadinya, sel kulit mati ni akan berkumpul dan menebal. Selalunya tumbuh pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian belakang. 

Psoriasis ni tidak berjangkit dan boleh terjadi tak mengira umur, walaupun kebanyakannya terjadi kepada orang dewasa. Psoriasis ni boleh jadi kejap ada, kejap takda dan belum ada rawatan untuk menyembuhkan, tapi perubahan gaya hidup mungkin boleh mengawal simptom psoriasis.

sembuhkan psoriasis

Apakah Simptom Psoriasis?

Simptom psoriasis bergantung kepada jenisnya.

1. Plaque psoriasis

Ini ialah jenis yang paling biasa berlaku dan dia adalah jenis kulit kemerahan dan gatal seperti bersisik. Psoriasis jenis ini juga boleh merosakkan kuku dan jari dan ada juga kes kuku boleh tercabut.

2. Guttate psoriasis

Ini adalah jenis kedua paling biasa dan boleh terbajdi kepada kanak-kanak atau remaja. Psoriasis jenis ini menyebabkan bintik kemerahan pada kulit dan tidak setebal plaque psoriasis.

Penyebab utama psoriasis jenis ini ialah jangkitan kuman, ubat-ubatan dan stress.

3.Inverse Psoriasis

Psoriasis jenis ini menyebabkan kulit menjadi bersinar, licin dan berwarna merah terang selalunya terjadi di bahagian pelipat termasuk ketiak, bawah payudara wanita dan celah kangkang.

4.Pustular psoriasis

Ini adalah jenis yang paling teruk sebab boleh menyebabkan bisul yang bernanah. Tapi, dia tak berjangkit.

5.Erythrodermic psoriasis

Psoriasis jenis ini bermula dengan bisul. Rawatan yang terhenti secara tiba-tiba, sunburn yang teruk, jangkitan atau stress menyebabkan psoriasis jenis ni.

Ini adalah jenis paling bahaya sebab mungkin perlu masuk wad untuk kawal suhu sebabnya hampir sama dengan kulit terbakar.

6. Psoriasis sendi

Hampir 10-30% kes psoriasis ialah melibatkan sendi yang mana kesakitan dan bengkak sendi.

Apakah Penyebab Psoriasis?

Penyebab sebenar psoriasis masih belum difahami sepenuhnya, namun menurut kajian psoriasis disebabkan oleh sel imun yang menyerang sel kulit yang normal dan menyebabkan keradangan. Keradangan ini menyebabkan sel kulit mati dihasilkan dengan cepat. Sel kulit mati ini akan berkumpul dan menebal sehingga kulit jadi bersisik. 

Genetik juga dikatakan memainkan peranan dalam pembentukan psorisis. So masalah ini mungkin boleh terjadi dalam 1 keluarga.

Antara faktor yang mencetuskan psoriasis ialah:

  • Jangkitan bakteria strep
  • Jangkitan kulit
  • Kekurangan vitamin D dan antiradang
  • Merokok
  • Stress
  • Ubat-ubatan tertentu

rawat psoriasis

Bagaimana Mengawal Simptom Psoriasis Dan Elakkan Daripada Berulang

1.Krim dan ubat-ubatan

Ada pelbagai krim sebenarnya yang diberikan oleh doktor untuk kurangkan simptom psoriasis, tapi selalunya untuk psoriasis yang ringan dan sederhana la. Kalau yang teruk, mungkin perlu ubat makan. 

Pilihan rawatan bergantung kepada jenis dan keterukan penyakit ni. Dan setiap ubat yang diberikan, ada kesan sampingan tersendiri. Lebih-lebih lagi kalau dapat steroid. 

2. Perubatan diet

Disebabkan psoriasis ni ialah penyakit yang berkaitan dengan keradangan, maka makanan adalah antara punca radang. 

Sangat penting untuk elakkan atau kurangkan makanan penyebab radang, contohnya makanan proses, makanan bergula tinggi atau gula dan makanan yang tinggi lemak. 

Makanan yang paling penting untuk ditingkatkan ialah makanan yang tinggi antioksida dan antiradang. Contohnya:

  1. Buah-buahan jenis beri – termasuk elderberi, blackberi, raspberi dan strawberi.
  2. Asid lemak omega-3 – contohnya dalam ikan salmon
  3. Sayur-sayuran hijau seperti bayam
  4. Lemak yang sihat termasuk kekacang. 
  1. Mengawal berat badan

Ada kajian yang mengaitkan berat badan berlebihan dengan peluang untuk kena psoriasis ataupun simptomnya jadi makin teruk. 

Jadinya, macammana pun kena ikhtiar untuk turunkan berat badan.

keringkan psoriasis

4. Berhenti minum alkohol dan berhenti merokok

Pengambilan alkohol walaupun dikatakan ada manfaat untuk kesihatan (PERHATIAN: ORANG ISLAM HARAM MINUM ARAK) tapi pengambilan berlebihan boleh menjejaskan kesihatan.

Begitu juga dengan merokok. 1 batang rokok tu dah rosakkan beribu-ribu sel paru-paru.

Kedua-dua ni boleh mencetuskan keradangan dan mungkin boleh buat simptom psoriasis jadi makin teruk.

5. Mengawal stress

Stress ni memang boleh jadi punca macam-macam masalah kesihatan. Untuk psoriasis, stress ni dikatakan pedang 2 mata. Stress boleh buat psoriasis dan bila ada simptom psoriasis pula boleh bikin stress. 

Disebabkan psoriasis ni keadaan yang lama, sengsaranya nak tahan gatal tu, dengan ubat-ubat mungkin tak berkesan jadi stress sangat senang berlaku.

Sebab kena jaga betul-betul emosi, cuba tenangkan diri supaya tak jadi masalah lain pula. 

Cadangan Produk Shaklee Yang Dapat Bantu Anda

Shaklee adalah produk makanan tambahan yang membantu untuk lengkapkan keperluan nutrisi harian. 

Shaklee sentiasa nak bantu tingkatkan kesihatan anda. Memang la produk Shaklee bukan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit tapi sebab dia bantu membaikpulih dan menyihatkan sel, maka produk ni dapat bantu untuk tingkatkan kesihatan kita.

Cadangan untuk psoriasis.

vitamin untuk psoriasis

1. ResV

Kapsul yang mempunyai antioksida yang tinggi dan dapat mengurangkan radang.

Polifenol dalam ResV terbukti membaikpulih sel-sel yang rosak dan juga bantu mengawal sel-sel imun daripada teruk menyebabkan psoriasis.

2. Omega-3

Merupakan minyak ikan yang diekstrak daripada ikan laut dalam yang bebas daripada pencemaran dalam laut.

Fungsi omega-3 ialah untuk mengurangkan keradangan. Bila keradangan terkawal maka simptom psoriasis juga dapat dikawal. 

Omega juga dapat membantu mengawal selera makan, sekaligus membantu kurangkan berat badan. 

3. Vitamin B Complex

Vitamin B memang terkenal dengan fungsinya untuk mengurangkan stress dan baik untuk saraf

4. Energizing soy protein (ESP)

ESP membekalkan keperluan protein yang baik untuk membantu membaikpulih sel-sel yang rosak.

5. GLA

Merupakan antiradang dan bantu untuk melembapkan kulit

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee Ni

Untuk anda yang ada masalah psoriasis dan nak berikhtiar dengan produk Shaklee atau ada orang yang ada kenali menderita masalah kesihatan ni,

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.