6 Idea Tambah Pendapatan Masa PKP

bisnes untuk pelajar

6 Idea Tambah Pendapatan Masa PKP

Ramai orang terkesan tanpa kita sedari dalam tempoh MCO ni.

Mungkin ada di kalangan kawan-kawan kita yang setahun atau 2 tahun lepas, masih hidup dengan ceria dan bahagia, tapi hari ni mereka menanggung masalah kewangan.

Mungkin kehilangan kerja, atau masih bekerja tapi tiada peningkatan gaji, tiada bonus, tiada insentif atau kena potong gaji.

Apa yang kita boleh buat, setidaknya bantu mereka untuk mencari peluang-peluan menjana pendapatan dalam tempoh ini.

bisnes untuk pelajar

Antaranya,

1) Dropship

Dropship adalah sejenis model business yang tidak memerlukan kita mengeluarkan modal yang besar (mungkin sekadar yuran untuk mendaftar sahaja), tidak perlu menyimpan stok barang, tapi perlu mempromosikan kepada pelanggan dan mengambil pesanan.

Macam-macam jenis dropship yang wujud sekarang. Dari makanan, pakaian, buku dan sebagainya.

Tapi mesti berhati-hati, jangan sampai terlibat dengan scammer. Pastikan produk yang ditawarkan adalah legit.

[Sekiranya nak tahu detail tentang dropship produk kesihatan berdaftar, boleh klik sini]

2) Freelance copywriter

Di musim pandemik ni, bisnes online mencanak dengan mendadak. Ramai marketer yang mencari copywriter untuk website-website, media sosial malah buku-buku mereka.

Kalau anda memang pandai buat ayat yang boleh menarik pelanggan, mungkin bakat anda boleh menyelamatkan anda sekarang. 

3) Food delivery

Tatkala orang-orang lain sibuk dengan WFH, PDPR dan sebagainya, ramai yang memilih utk mendapatkan makanan dari food delivery berbanding memasak yang memerlukan masa dan komitmen. 

Kalau pandai memasak, bukalah order untuk jiran-jiran yang mungkin sedang WFH sekarang ni.

4) Online PA (personal assistant)

Mungkin di negara kita belum meluas lagi online PA ni. Tapi ada yang sedang mencari pembantu sekarang ni. Lagi-lagi ketika syarikat-syarikat sedang sibuk dengan filing untuk LHDN.

5) Social Media Influencer

Di FaceBook, Instagram, TikTok dan sebagainya, ramai pengusaha yang mencari influencer untuk membuat review tentang produk mereka. Tidak susah untuk menjadi influencer walaupun kita bukan sesiapa. Pelajari sedikit sebanyak tentang personal branding di media sosial dan takkan ambil masa lama pun.

6) Network Marketing 

Sejak 5-6 tahun kebelakangan ini, bisnes model ini semakin mendapat perhatian. Mungkin kerana para profesional dah mula mendalami bidang ini dan membuat perkongsian yang meluas di media sosial, network marketing yang dulunya dipandang serong (akibat tindakan penipu2 dan manipulator), kini semakin diterima.

 NWM adalah model bisnes yang mudah untuk dijalankan kerana ia tidak memerlukan modal tinggi serta produk dan sistem yang tersedia.

Jika ia berlaku pada anda (Naudzubillahi min zalik), yang mana satu anda rasa sesuai untuk anda?

Atau ada option lain?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.