5 Tips Ikhtiar Kurangkan Risiko Kanser Payudara Untuk Kaum Wanita

rawat kanser payudara

5 Tips Ikhtiar Kurangkan Risiko Kanser Payudara Untuk Kaum Wanita

Oktober ialah Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Anda mungkin sedar banyak reben-reben pink muncul pada bulan Oktober. 

Tujuan kempen ini dibuat ialah supaya kita sentiasa ambil tahu tentang penyakit yang berada dikeliling kita terutamanya kaum wanita sebab kanser payudara ni memang sinonim dengan kaum wanita.

Namun begitu, walaupun banyak kempen kesedaran dijalankan sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta, namun kes kanser payudara tetap juga jadi punca kematian paling tinggi akibat kanser.

Saya pernah bekerja di wad kanser dan terlibat dengan pemberian kemoterapi kepada pesakit. Kadang-kadang terfikir juga bagaimana orang boleh kena kanser? Adakah ini takdir yang tak boleh diubah? Atau ada proses tertentu yang menyebabkan terjadinya kanser?

Bukankah baik kalau ada ubat untuk sembuhkan kanser? Atau lebih baik lagi kita boleh elakkan daripada mendapat kanser?

Mungkin kerana mencari jawapan ini membawa saya kepada perubatan nutrisi dan alternatif lain untuk menjaga kesihatan. 

Apa yang saya temui dan saya baca, saya akan kongsikan dengan pembawa semua.

rawat kanser payudara

5 Ikhtiar Untuk Kurangkan Risiko Kanser Payudara

1. Senaman yang teratur dan berterusan

Semua orang tahu senaman adalah aktiviti penting untuk kesihatan tapi selalunya dikaitkan dengan kesihatan jantung. Tapi sebenarnya senaman secara konsisten mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 30%. 

Aktiviti fizikal yang ringan lebih kurang 30-60 minit setiap hari tapi konsisten ialah lebih baik. 

Senaman membantu kurangkan lemak yang berkumpul pada bahagian abdomen dan pinggul. Lemak-lemak tebal ini sebenarnya menyimpan estrogen. Estrogen ini lah yang meningkatkan risiko kanser payudara.

2. Pemakanan sihat, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan

Banyak kajian yang membuktikan bahawa  dalam sayur-sayuran dan buah-buahan terdapat bahan yang mengurangkan risiko kanser payudara.

Buah-buahan yang mengandungi antioksida yang tinggi seharusnya jadi pilihan kerana antioksida membantu membaikpulih sel rosak dan melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.

Selain daripada tu, pengambilan lemak baik iaitu asid lemak omega-3 juga penting untuk mengurangkan keradangan.

Sebaiknya pilih makanan yang organik dan kurangkan pengambilan gula, garam dan bahan pengawet.

3. Tidur yang cukup

Kunci kepada tidur yang berkualiti pada waktu malam ialah jumlah melatonin yang dihasilkan oleh badan kita. Melatonin ialah sejenis hormon yang membantu mengawalselia kitaran tidur-bangun kita. 

Dikatakan kekurangan melatonin akan meningkatkan penghasilan receptor estrogen pada sel payudara. 

Wanita yang selalu kerja lewat malam dan kurang terdedah kepada matahari meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 60%.

4. Pengambilan vitamin dan mineral

Nutrisi yang paling penting dalam pencegahan kanser ialah antioksida. Sebabnya kat keliling kita ni banyak sangat radikal bebas yang nak rosakkan sel-sel kita. Sel yang rosak ini lah berisiko untuk jadi sel kanser.

Antioksida berfungsi melindungi sel ini daripada kerosakan akibat radikal bebas ini.

Vitamin D. Menurut kajian, pesakit kanser payudara yang mempunyai paras vitamin D yang rendah mempunyai 73% risiko kematian berbanding pesakit yang mempunyai paras vitamin D yang normal.

5.Pendedahan kepada radiasi

Radiasi adalah antara sesuatu yang merosakkan sel. Dikatakan pendedahan kepada sinaran X-Ray meningkatkan risiko kanser payudara. 

Namun begitu, pakar juga menyatakan bahawa radiasi dikeliling kita adalah lebih tinggi berbanding radiasi Xray, contohnya daripada matahari dan bahan radioaktif yang lain.

Sebelum Tu, Kena Tahu Punca Sebenar Kanser

Walau apa sahaja tips yang anda tahu untuk mencegah atau kurangkan risiko kanser payudara, yang paling penting ialah kanser ni tak terjadi dalam 1 hari sahaja.

Proses nak jadi kanser tu mengambil masa yang lama sebenarnya. Bermula dari 1 sel yang rosak – kemudian dia akan membiak dengan kadar yang lebih cepat berbanding sel normal. 

Sel kita berisiko untuk mengalami kerosakan setiap hari kerana radikal bebas yang berada di keliling kita. Sebab tu yang paling penting ialah lindungi sel kita daripada kerosakan. 

Sel-sel yang rosak ini lah yang berisiko menyebabkan penyakit termasuk lah bertukar menjadi kanser. Sebelum sel kita dirosakkan, kita lindungi sel kita terlebih dahulu.

 

cegah kanser payudara

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee Ni

Untuk anda yang ada risiko kanser dan nak berikhtiar dengan produk Shaklee atau ada orang yang ada kenali menderita masalah kesihatan ni,

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.