5 Tabiat Orang Berjaya Yang Boleh Kita Tiru Kalau Nak Berjaya Juga (Part 1)

tips untuk berjaya

5 Tabiat Orang Berjaya Yang Boleh Kita Tiru Kalau Nak Berjaya Juga (Part 1)

Dalam dunia ni, kita perhatikan ada orang berjaya dan orang tak berjaya. Sebenarnya itu ialah pada pandangan kita. Setiap orang berjaya dengan cara yang tersendiri.

Kali ni, saya nak kongsi 5 tips untuk berjaya dalam bisnes. Ini ialah 5 pertama, anda boleh baca 5 seterusnya dalam artikel seterusnya.

tips untuk berjaya

1. Mereka berkawan dengan orang yang betul.

Memang kita kena berkawan dengan semua orang dan tak boleh ada buruk sangka pada sesiapa pun. Tapi kita kena pilih dengan siapa kita nak berkumpul sebab 5 orang kawan rapat kita akan menentukan siapa diri kita

So, kita kenalah pilih untuk berkumpul dalam kumpulan yang saling menyokong dan mendorong kita untuk berusaha dan tidak mudah putus asa.

2. Mereka tidak bertangguh.

Orang sering salah faham tentang ‘ingat mati’. Bagi kita, kalau ingat mati kita nak banyakkan ibadah, nak duduk kat tikar sembahyang, banyakkan mengaji. Itu betul, tak dinafikan.

Tapi, orang yang ingat mati dia takkan bertangguh untuk buat apa-apa kebaikan. Semua benda yang baik, walaupun cuma mengalihkan duri dari jalan. Walaupun tindakan itu nampak senang dan mudah, namun siapa tahu mungkin kita selamatkan seseorang kerana tindakan kita itu.

Kalau kita masih muda, jangan la tunggu tua untuk buat baik. Janganlah tunggu tua untuk cukupkan keperluan kita. Semoga apa yang kita buat masa muda ni menjadi rahmat untuk hari tua kita, yang mungkin kita tak daya masa tu.

3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif

By default,manusia lebih senang menerima perkara negatif. Kalau tengok diri kita sendiri, masa kita kecil-kecil dulu kita lagi ingat peristiwa mak kita marah atau yang mak kita bagi hadiah?

Banyaknya yang mak kita marah kan?

Merajuklah sampai tua.

Sebab tu, kita kena fight untuk lawan perasaan ni. Sebabnya suka duka tu ialah benda biasa dalam hidup. Kita akan dapat apa yang kita fokuskan. So, kalau kita nak dapatkan apa yang kita nak dalam hidup kita kena kuatkan hati dan kalau ada orang menyindir ke, orang mengutuk ke, terima dengan hati terbuka jelah.

Sebabnya dia tak tolong bayarkan bil kita pun..

bagaimana nak fokus dalam belajar

4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus…!

Fokus ni maksudnya kita buat 1 kerja ja dalam 1 masa supaya kerja kita buat tu berkualiti. Ada orang suka multitask sebab nak siapkan kerja dengan lebih banyak tapi sebaiknya kita fokus untuk buat kerja yang berkualiti la. Supaya kita tak perlu ulang banyak kali kerja yang sama.

5. Mereka sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.

Dalam hidup kita ni, jika nak berjaya kita memang kena korbankan apa-apa milik kita. Maksudnya untuk dapatkan sesuatu kena ada modal dulu.

Modal ni, tak semestinya dalam bentuk duit, tapi kena sanggup korbankan masa kita, tenaga dan perasaan kita. Supaya kita sentiasa positif.

Potensi Untuk Berjaya Ada Pada Semua Orang

Sebenarnya ramai yang orang tak tahu, kejayaan ialah 1 habit. Ia perlu bermula dengan paksa diri untuk bertindak dan paksa diri untuk berdisiplin.

So, tetapkan matlamat anda dan fokus betul-betul hingga berjaya.

Sekiranya anda berminat untuk belajar buat bisnes dengan modal yang rendah dan berpatutan, boleh hubungi saya.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

bagaimana daftar ahli shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.