5 Mitos Yang Popular Mengenai Hati Berlemak

5 Mitos Yang Popular Mengenai Hati Berlemak

Hati ialah organ yang kita selalu sebut. Yang bercinta, dalam ayat-ayat jiwang ada je sebut pasal hati kan? Tapi sebenarnya penggunaan hati jiwang tu tak berapa betul. Sebab English dia heart kan? Sepatutnya jantung kan? Tapi hati tu lebih sweet. Tapi, hati berdebar tu tak betul la. Jantung yang berdebar.

Jadi kita tak berapa nak tahu sangat pasal hati. Sebab kita dah tersilap faham.

Cara yang palign mudah nak faham fasal hati ialah hati ni macam kilang. Hati mengawal semuanya daripada menghasilkan produk (produk untuk badan lah), menyimpan bahan-bahan yang diperlukan untuk kegunaan akan datang dan juga membuang bahan-bahan bahaya dalam badan. Hebat sangat kilang ni kan?

Hati menjaga lebih 500 tugas yang penting berkaitan dengan tindakan kimia dalam badan setiap hari. Salah 1 fungsinya ialah menukarkan nutrien dalam makanan kita kepada tenaga, menghasilkan bahan yang diperlukan oleh badan kita seperti protein dan antibodi. Ada bahan yang disimpan dalam hati dan akan digunakan apabila bahan perlukan.

mitos hati berlemak

Hati Berlemak Bukan Lagi Masalah Yang Jarang Berlaku

Kalau dulu-dulu, hati berlemak berlaku kepada orang yang minum alkohol dengan berlebihan. Tapi sekarang ni, hati berlemak ni boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Jika nak baca tentang hati berlemak,

Hati berlemak boleh mengecut jika tak dirawat.

Bagaimana merawat hati berlemak?

Banyak maklumat yang kita dapat fasal hati berlemak ni mungkin tak betul. Jadi, saya nak kongsikan mitos tentang hati berlemak ni.

Hati berlemak ialah keadaan yang mungkin tiada simptom, tapi dikesan melalui ujian kesihatan. Ramai orang yang tak tahu mereka ada hati berlemak.

Walaupun telah dikesan mempunyai masalah hati berlemak ni, mungkin tiada rawatan apa-apa untuk keadaan ini melainkan pemantauan untuk melihat keadaannya.

Sebenarnya hati berlemak ni boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih besar ialah hati berparut dan mengecut (sirosis), penyakit hati atau kanser hati. Ini berlaku kerana penimbunan lemak pada hati merosakkan sel hati dan menyebabkan keradangan. Hati cuba untuk membuang lemak itu hingga menyebabkan terjadinya parut. Tisu pada kawasan tersebut mungkin dah tak dapat berfungsi dengan baik.

Komplikasi lain yang boleh berlaku daripada hati yang berparut ialah lebam pada kulit, pendarahan yang sukar berhenti, kegagalan buah pinggang, kencing manis – kencing manis juga ialah faktor risiko untuk pembentukan hati berlemak. Akhirnya boleh menyebabkan kegagalan hati.

 

Mitos 2 : Hanya Orang Yang Minum Alkohol Mendapat Hati Berlemak

Tak dinafikan minum alkohol secara berlebihan meningkatkan risiko hati berlemak, namun begitu orang yang tak minum alkohol juga mempunyai risiko yang tinggi dengan pengambilan makanan tinggi lemak dan tinggi gula.

Tambahan pula, jika anda mempunyai berat berlebihan, obes atau kencing manis, risiko untuk mendapat hati berlemak lebih daripada 30%.

Faktor risiko yang lain ialah:

1. Sejarah keluarga yang ada hati berlemak

2. Penurunan berat yang sangat cepat

3. Mengambil ubat seperti steroid secara kerap

Mitos 3 : Hati Berlemak Ialah Keadaan Yang Jarang Berlaku

Malangnya, hati berlemak ialah masalah kesihatan yang biasa di seluruh dunia. Makanan tak sihat, tabiat minum minuman keras dan kadar obesiti yang tinggi di negara membangun menjadi penyebab kepada keadaan ini.

Mitos 4 : Hati Berlemak Tak Dapat Dipulihkan

Buat masa sekarang, memang tiada ubat untuk mencairkan lemak pada hati. Bagaimanapun, perubahan gaya hidup perlu dilukakan untuk mengurangkan risiko hati rosak dan mungkin boleh memulihkan keadaan itu.

1. Mengelakkan pengambilan alkohol

2. Mengurangkan pengambilan gula

3. Mengurangkan atau elak terus makanan lemak trans

4. Bersenam dengan kerap

5. Kekalkan berat badan unggul dan sihat

6. Mengawal paras gula dalam darah

Mengamalkan makanan sihat dengan pengambilan buah, sayur yang segar. Pengambilan bijirin penuh, daging tanpa lemak daripada ayam atau ikan boleh membawa perubahan besar dalam mengawal masalah ini.

Mitos 5 : Wanita Lebih Senang Mendapat Hati Berlemak

Sebenarnya kenyataan ini tak benar. Lelaki ke, perempuan ke jika tak amalkan gaya hidup sihat, risiko nak dapat hati berlemak tu sama dan statistik obes lelaki dan wanita ialah lebih kurang sama.

Jom jaga kesihatan, semoga terhindar daripada komplikasi ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.