5 Cara Hidup Jutawan Yang Boleh Diikuti, Mudah-Mudahan Kita Pun Kaya Raya

bagaimana jadi jutawan

5 Cara Hidup Jutawan Yang Boleh Diikuti, Mudah-Mudahan Kita Pun Kaya Raya

“Fake it untill you make it”

Ayat ini sangat glemer kepada orang yang inginkan sesuatu. Maksudnya kita kena ikut atau tiru orang yang kita nak jadi sepertinya itu.

Tak dinafikan memang ramai orang nak jadi orang kaya, nak jadi jutawan…

Tapi kita sering dapat gambaran yang salah tentang orang kaya ni. Kalau sebut orang kaya, tentu kita bayangkan orang yang melepak kat tepi kolam renang minum air oren, yang tidur dalam duit, yang mandi dalam kolam duit.

Kita nampak orang kaya ni dapat sesuatu dengan mudah.

Jadinya, kita pun nak dapatkan duit dengan cara yang cepat dan mudah.

Hakikatnya, nak capai tahap kekayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah.

bagaimana jadi jutawan

Bagaimana Menjadi Kaya & Menjadi Jutawan Dengan Cepat

Tanya diri anda dan jawab dengan jujur, jika anda ingin menjadi kaya,

1. Adakah cukup untuk ‘menjimatkan’ wang sahaja?

Pada pendapat saya TIDAK, kerana setiap tahun terdapat inflasi di mana nilai wang selalu menurun. Cuba berjimat macam mana pun, harga barang tetap naik.

2. Adakah orang yang benar-benar kaya dengan cara tarik duit?

TIDAK ADA, itu adalah penipuan semata-mata dan menyeramkan pula tu.

Lalu, bagaimana seseorang boleh menjadi orang kaya? Contohnya, orang yang paling kita kagumi sekarang – Ustaz Ebit Lew. Adakah beliau jadi kaya dengan tunggu duit beranak bawah bantal?

Dah tentu tidak kan?

Tapi, berita baiknya ialah menjadi kaya dan berjaya itu ialah tabiat. Jadi, maksudnya kita pun boleh buat benda sama yang dibuat oleh orang kaya jika kita pun nak kaya dan berjaya.

1. Menambah pendapatan diluar waktu bekerja

Ramai antara kita yang memang dah ada kerja tetap, tapi percaya atau tidak memang kebanyakan kita tak mampu menampung hidup dengan 1 sumber pendapatan sahaja. Jadinya, terpaksalah buat 2 pekerjaan.

Tapi, nak buat pekerjaan kedua ni pun perlu pilih-pilih juga.

Pekerjaan ni mestilah tak menganggu perjalanan pekerjaan pertama dan kalau boleh pendapatan dia tu lebih daripada gaji anda.

Antaranya ialah menjalankan bisnes. Bisnes ni ada macam-macam jenis. Ada yang anda hasilkan produk sendiri dan ada yang jual produk orang. Sebagai orang yang memang ada kerja sendiri, nak buat produk sendiri tu mungkin cabaran yang besar lah jadi kita boleh pilih untuk jual produk orang lain.

Macam saya, jual produk orang lain jugak dengan modal yang sangat rendah tetapi pulangan yang sangat lumayan.

Kalau berminat nak tau apa bisnes saya buat, boleh klik Bisnes Yang Modal Rendah Tapi Pulangan Sangat Lumayan.

2. Menyimpan duit untuk melabur

Masih banyak orang yang berpendapat bahawa menabung adalah cara untuk menjadi cepat kaya . Saya rasa ini kurang tepatlah. Untuk jangka panjang mungkinlah, tapi kalau nak cepat memang tak lah.

Menabung adalah baik dan memang sangat perlu pun. Namun, jika anda ingin menjadi kaya hanya dengan menabung maka prosesnya akan menjadi sangat lambat.

Kenapa?

Sebabnya nilai wang anda tidak meningkat malah cenderung menurun setiap tahun, mungkin kerana inflasi atau perkara lain yang mempengaruhi ekonomi negara kita.

Sekarang ni, orang buat simpanan emas kan? Sebab emas ni mungkin tak kalis inflasi. Terserahlah, tapi dengan menyimpan sebanyak itu, itulah yang anda akan dapat nanti. Sekurang-kurangnya dengan melabur anda boleh dapat sejumlah yang lebih banyak.

income rm1000 sebulan

3. Belanja dengan bijaksana, bukan nak nampak kaya

Selalunya kita ni, suka orang keliing kita nampak kita ada class. Kita nampak lebih daripada orang lain. Sebab itu, asal ada duit, kita cenderung untuk beli barang-barang yang mahal dan mewah.

Tapi, cuba fikir dulu, adakah anda boleh jaga barang-barang mewah ini. Dah tentu ini bukanlah cara untuk jadi kaya, sebab kita perlukan lebih banyak duit.

Barang-barang mewah ni selalunya ada kos nak jaga, kos penyelanggaran. Tu belum lagi kalau beli secara ansuran. Sangat tak sesuai.

Lebih baik kita kumpul je duit tu dan beli barang mewah tersebut bila duit kita dah berlebihan dan memang kita mampu untuk beli barang itu.

4. Elakkan Hutang yang merugikan

Selalunya kita pandang hutang ni sesuai yang tak baik kan? Tapi sebenarnya ada juga hutang yang menguntungkan.

Bila kita berhutang, pastikan kita gunakan dengan bijak dan dah ada rancangan untuk membayarnya.

Orang yang bijak akan gunakan duit yang dipinjam untuk melabur atau mengembangkan perniagaan sedangkan orang tak berapa bijak akan gunakan untuk membeli barang dan gaya hidup mewah.

Lagi 1, jangan biasakan beli barang secara ansuran atau guna kad kredit. Pada mulanya mungkin kita rasa kecil, lama-lama ia akan merosakkan aliran wang kita dan mengganggu kewangan. Hinggakan kita mungkin terjerat dalam hutang kad kredit.

5. Bersyukur dan bersedekah

Orang yang suka bersedekah dijanjikan dengan banyak pahala dan rezeki yang melimpah-limpah, namun sebaiknya bila kita nak bersedekah janganlah berharap kita akan dapat keuntung berlipat ganda tanpa usaha sungguh-sungguh.

Bersedekah ialah antara tanda-tanda hati kita bersyukur. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah, sebaliknya berusahalah untuk cukupkan keperluan anda hingga anda mampu bersedekah.

Selain daripada itu, orang yang nak cepat kaya dan berjaya mesti selalu memberi. Bukan dari segi duit sahaja, tapi macam-macam kita boleh berkongsi dengan orang lain. Ilmu, emosi positif dan apa-apa pertolongan yang diperlukan oleh orang keliling kita.

Pilih lah untuk jadi orang yang bahagia. Manusia yang benar-benar bahagia akan bekerja dengan lebih baik dan lebih berkesan daripada orang yang bekerja dengan terpaksa. Orang yang menyukai dan passionate dengan apa yang dia lakukan akan cepat mencapai matlamatnya.

Kesimpulannya

Menjadi kaya bukanlah sesuatu yang megah, tapi dengan harta yang kita miliki tu ada tanggungjawab dia. Tujuan menjadi kaya bukanlah untuk ditunjuk kepada orang lain, tetapi yang lebih penting perspektif kita kepada tentang diri kita dan persekitaran. Hanya kita yang tahu bagaimana kita nak menikmati hidup kita.

Bila kita tahu apa tujuan kehidupan kita, duit yang banyak pun tak akan menggoyahkan pendirian kita dan semoga duit yang banyak itu akan lebih dekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Nak Mulakan Bisnes Tapi Modal Tak Banyak

Adakah anda berniat nak mulakan bisnes dengan modal yang rendah?

Anda memang dah jumpa artikel yang tepat. Anda hanya perlu hubungi saya sekaran

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

cara daftar ahli shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.