4 Mitos Mengenai Fibroid Yang Menakutkan Para Wanita

fibroid 5cm

4 Mitos Mengenai Fibroid Yang Menakutkan Para Wanita

Jika diberitahu menghidap penyakit, takda orang tak risau kan?

Termasuklah fibroid, walaupun fibroid ialah ketumbuhan yang bukan kanser. Sering wanita diberitahu bahawa fibroid tidak menyebabkan apa-apa simptom yang perlu dipantau sahaja untuk memastikan fibroid tak membesar. Kebanyakan wanita mempunyai fibroid namun tak dikesan kerana tidak ada apa-apa simptom.

Fibroid itu sendiri mungkin tak menyebabkan apa-apa masalah jika saiznya tidak besar. Namun, keadaan penyebab fibroid itu, iaitu hormon yang tidak stabil itulah yang kita nak tackle. Sebab hormon tak stabil ni berkait dengan banyak masalah kesihatan lain yang perkaitan peranakan wanita termasuk cyst, endometriosis dan juga kanser termasuk kanser rahim, kanser ovari dan kanser payudara.

fibroid 5cm

Namun, dapatkan lah rawatan dengan yang pakar dan ikutlah rawatan pakar itu. Sebarang persoalan, dapatkan lah pencerahan daripada dia. Kerana terlalu banyak salah faham mengenai penyakit ini.

So, dalam entry ni saya nak share mitos-mitos yang sering diperkata tentang fibroid.

4 Mitos Fibroid Tapi Sangat Ditakuti oleh Kaum Wanita

Mitos 1 : Fibroid ialah kanser

Fibroid ialah ketumbuhan jenis benign. Jarang sekali fibroid menjadi kanser. Tapi ada juga kes di mana fibroid dan kanser muncul bersama-sama.

Walaupun fibroid bukan lah kanser, namun ada juga fibroid yang membesar dengan sangat cepat.

Ada juga sel fibroid yang melekat pada organ lain dikelilingnya. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi yang serius.

Mitos 2 : Kalau saya ada fibroid, saya akan perlu buang rahim

Sebenarnya ada banyak pilihan rawatan untuk fibroid bergantung kepada umur wanita, simptom dan pilihannya untuk mengandung lagi atau tidak.

Cara rawatan boleh dibahagi kepada 3 cara :

1. Pembedahan

2. Embolisation

3. Ubat-ubatan

Untuk permbedahan bergantung kepada saiz fibroid yang besar atau pesakit tiada keinginan untuk mengandung – maka pembedahan buang rahim disarankan. Alternatifnya pembedahan untuk buang fibroid sahaja jika memenuhi syarat.

Embolisation pula dilakukan oleh pakar dimana salur darah ke fibriod itu akan disekat. Tanpa aliran darah yang cukup, fibroid akan mengecut tanpa pembedahan.

Sementara itu piihan ubat yang boleh ditawarkan ialah ubat hormon dan ubat untuk mengurangkan pendarahan bagi wanita yang mengalami pendarahan yang lebat. Sementara itu terdapat 1 lagi ubat untuk suntikan yang memaksa ovari tidak menghasilkan hormon estrogen dan boleh membantu mengecutkan saiz fibroid sebelum pembedahan.

Mitos 3 : Fibroid boleh mengganggu kesuburan

Sebenarnya ramai wanita yang boleh mengandung walaupun ada fibroid. Namun mungkin keadaan hormon tak stabil itu mungkin penyebab seorang wanita itu mengalami masalah kesuburan.

Namun begitu, fibroid yang bersaiz besar mungkin menghalang janin untuk melekat. Begitu juga wanita yang mengalami keguguran berkali-kali mungkin juga disebabkan oleh fibroid.

Mitos 4 : Saya sering tak dapat tahan kencing/ sembelit – mesti sebab fibroid.

Sakit dada tak semestinya anda kena serangan jantung. Sama lah dengan fibroid – simptom-simptom di atas adalah biasa dan mungkin berkait dengan masalah kesihatan yang lain.

Walaupun tanda-tanda di atas mungkin disebabkan oleh fibroid, tapi perlu buat pemeriksaan dulu untuk pastikannya.

Apa Yang Paling Penting?

Yang paling penting ialah anda memahami penyakit anda dengan bertanya betul-betul kepada doktor yang merawat anda. Bincang betul-betul kaedah rawatan. Dan tak salah kalau anda tak pilih kaedah lain. Yang penting bincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Izinkan Vivix Bantu Masalah Fibroid Anda

Vivix adalah suplemen antioksida yang dibuat daripada anggur muskadin yang merupakan tumbuhan kaya dengan polifenol termasuklah resveratrol.

Resveratrol boleh membantu merencatkan pertumbuhan sel tak normal, termasuklah sel fibroid.

Selain daripada tu, resveratrol juga membantu kestabilan hormon dengan penyekat hormon estrogen.

kecutkan fibroid

fibroid kecut

 

tips kecutkan fibroid

cara kecutkan fibroid

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix Shaklee?

Senang je…

Anda cuma perlu hubungi Fyda di 012 621 1883 untuk dapatkan produk ataupun info lanjut.

Boleh juga direct whatsapp www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.