12 Cara Semulajadi Kawal Hormon Wanita Elakkan Masalah Takda Penghujung (Part 1)

hormon estogen

12 Cara Semulajadi Kawal Hormon Wanita Elakkan Masalah Takda Penghujung

Sebagai wanita, masalah hormon adalah masalah yang jadi mimpi ngeri. Asal apa-apa je masalah, terus dikaitkan dengan hormon je. Memang hormon mengawal dan mempengaruhi fungsi badan. Hormon ni terlibat dengan mengawal selera makan, mood dan emosi, berat badan dan banyak lagi.

Sebab tu perempuan buat hal je terus kaitkan dengan hormon.

Namun begitu, masalah hormon tak seimbang semakin meningkat dikalangan wanita moden, mungkin sebab pengaruh gaya hidup. Dan juga banyak hormon menurun dengan peningkatan umur dan penurunan ni mungkin berbeza antara setiap orang.

Selalunya rawatan untuk masalah hormon tak stabil ialah bergantung kepada apa simptom yang ditunjukkan dan sebenarnya ini tak menyelesaikan masalah hormon tak stabil tu sendiri.

Namun, berita baiknya – masalah ada ni mungkin boleh diselesaikan dengan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Semoga 12 cara ni boleh bantu anda untuk mengembalikan keseimbangan hormon.

 

hormon estogen

12 Cara Semulajadi Untuk Membantu Kembalikan Keseimbangan Hormon

1. Pengambilan protein yang cukup untuk setiap hidangan

Protein ni memang nutrisi yang penting untuk kesihatan kulit, kuku dan rambut. Tapi dalam kes hormon tak stabil ni, protein diperlukan untuk penghasilan hormon. Dan yang penting protein yang cukup membantu mengurangkan ‘hormon lapar’ dan meningkatkan hormon kenyang.

Secara tak langsung pengambilan protein yang cukup boleh bantu kurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak.

Namun begitu, kena hati-hati juga untuk pilih protein. Pakar pemakanan menasihatkan untuk kurangkan protein haiwan. Protein tumbuhan ialah protein yang lebih baik. Sebab tu saya pilih protein ESP dari Shaklee. Sedap diminum setiap hari.

nak kuruskan badan

2. Bersenam dengan tetap

Aktiviti fizikal sangat membantu untuk kesihatan hormon. Aktiviti fizikal secara langsung menurunkan paras insulin dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Insulin ialah hormon yang berfungsi untuk menurunkan gula dalam badan. Paras insulin ni memang kena kawal sebab insulin yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan meningkatkan risiko-risiko penyakit kronik termasuk kencing manis, penyakit jantung, kanser dan penuaan pra-matang. Apa lagi kalau anda mengalami masalah kerintangan insulin, yang mana hormon insulin tu tinggi tapi tak boleh diguna.

Jika anda ada masalah berat badan berlebihan, lagi lah perlu bersenam. Tapi ikut kemampuan sendiri la. Kalau tak larat yang berat-berat, mulakan dengan berjalan dulu, dan upgrade ikut kemampuan.

hormon wanita

3. Elakkan gula dan karbohidrat yang diproses

Gula dipercayai berkait dengan banyak masalah kesihatan. Makanan yang mengandungi gula yang tinggi meningkatkan insulin dalam badan dan turut meningkatkan kerintangan insulin. Insulin yang tinggi ini menyebabkan keradangan. Keradangan pula menyumbang kepada hormon tak stabil.

4. Belajar untuk mengawal stress

Stress memang diketahui punca pelbagai masalah kesihatan dan menganggu keseimbangan hormon. Stress meningkatkan hormon kortisol dan hormon adrenalin.

Kedua-dua hormon ni sebenarnya membantu kita untuk menguruskan stress itu.

Namun begitu, stress kronik menyebabkan peningkatan hormon kortisol yang berterusan dan ini mendorong seseorang untuk makan lebih banyak kalori, meningkatkan obesiti dan perut buncit.

Sementara itu, peningkatan adrenalin yang berterusan pula boleh meningkatkan tekanan darah, meningkatkan denyutan jantung dan rasa cemas.

Selain itu juga, stress menyebabkan keradangan dan keseimbangan hormon pula terganggu.

Jadi, pengambilan makan sihat, makanan antiradang dan juga belajar untuk mengawal emosi anda adalah sangat perlu untuk kawal stress.

Jika anda rasa perlukan pertolongan, dapatkan pertolongan. KKM sangat komited untuk bantu orang stress untuk elakkan terjadinya masalah mental yang semakin meningkat dalam masyarakat. Anda boleh mengunjungi Klinik Mentari yang boleh boleh bantu masalah berkaitan mental.

stress wanita

5. Pengambilan lemak sihat

Peliknya, lemak kan tak bagus untuk kesihatan. Tidak, memang ada lemak yang bahaya untuk kesihatan tapi kita masih perlukan lemak untuk fungsi badan yang baik. Tapi itulah, kena ambik lemak yang baik.

Lemak yang baik dan berkualiti tinggi ni mungkin boleh menurunkan kerintangan insulin dan juga selera makan.

Antara lemak yang baik boleh didapati dari sumber omega-3. Dan kena kurangkan makanan-makanan proses yang mengandungi banyak lemak tak baik.

6. Elakkan makan berlebihan dan tak cukup makan

Kalau nak diet pun, tak boleh tak makan ok. Sebab dua-dua pun boleh menyebabkan hormon tak stabil.

Makan banyak tu memangla kan, boleh meningkatkan insulin dan kerintangan insulin.

Tapi makan sikit pula, kurang kalori meningkatkan hormon stress, iaitu hormon kortisol. Kesan hormon ni saya dah cerita dalam point no. 4.

makanan penyebab penyakit

Untuk artikel saya saya tulis 6 cara saya untuk bantu kawal hormon, dan bersambung di part 2. Klik sini untuk bacaan seterusnya. 12 Cara Kawal Hormon Part 2.

Tapi sebelum saya stop, saya ingin sangat nak berkongsi dan membantu wanita yang ada masalah fibroid. Sebab walaupun fibroid ni adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser, tapi masalah utama dia ialah hormon tak stabil, iaitu hormon estrogen yang berlebihan. Dan hormon estrogen berlebihan ni sebenarnya berisiko untuk meningkatkan risiko kanser.

So, sampai bila nak biarkan hormon tak stabilkan?

Boleh tonton video ni dan berkongsi la dengan rakan-rakan yang mungkin ada masalah ini.
Jika ada masalah berkaitan wanita, ada ketikanya hormon disalahkan.

Sekiranya ada apa-apa persoalan, boleh hubungi saya di 012 621 1883

atau direct wasap – www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *