10 Tips Semasa PKP 2.0 Supaya Hidup Lebih Bermakna

bisnes masa pkp

10 Tips Semasa PKP 2.0 Supaya Hidup Lebih Bermakna

Bila PKP 2.0 diumumkan, ramai orang dah mati kutu sebab kita dah tahu pengalaman semasa PKP 1.0 dulu.

Sampai 1 tahap semua jadi boring duk rumah. Macam-macam video dibuat sebab terlalu banyak masa tu.

Jadi, masa PKP 2.0 ni, jangan la lagi kita buang masa percuma. Saya nak kongsi 10 reminder yang dikongsi oleh Sifu Farhan yang terlibat dengan aktiviti Projek Bahtera.

Kalau nak follow projek beliau boleh klik link ini – Aktiviti Projek Bahtera

10 Tips Yang Boleh Diamalkan Semasa PKP 2.0

1.Makin banyak kematian dengan kes Covid. Kita tak tahu bila ajal menjemput kita. Syukurlah kita sihat walafiat – pintu taubat masih terbuka. Banyakkanlah taubat dan istighfar. Jangan terlalu leka. Kes baru sejak beberapa hari ini lebih kurang 3000 je setiap hari.

2. Jika PKP 1.0 haritu kita dah banyak habiskan masa dengan tengok movie, banyak main game, banyak tidur, banyak buat benda tak berfaedah, kalini kita cuba kurangkan pula. Mungkin boleh tukar pula dengan baca buku yang ilmiah, dengar audio-audio yang ilmiah atau join group yang boleh membina diri kita.

3. Apa kita buat sekarang jadikan as amal soleh. Buat bisnes niat kerana Allah Taala nak bantu orang – amal soleh. Kerja nak menafkahi keluarga – amal soleh. Jangan hidup untuk diri sendiri je. Tambah nilai pada kehidupan orang lain. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

bisnes masa pkp

4.Hidup kita nie perlu dinikmati bukan untuk ditangisi. Dan kena enjoy – tapi enjoy lah buat kebaikan. Bila kita enjoy untuk berbuat baik pada dunia, dan kebaikan akan berbalik pada kita. Percayalah.

5. Sign up kelas-kelas online yang mampu upgrade dan tambah nilai diri. Contohnya kelas Tauhid, kelas Tahsin Alquran, Kelas Terapi emosi, kelas parenting, etc.

6. Letak target nak upgrade sedekah harian dan zakat harian, bantu lebih ramai orang ikut kepakaran kita. Contoh guide untuk bisnes. Guide untuk tips didik anak. Guide untuk resepi sihat homemade. Contoh tau ni. Korang boleh list yang diri sendiri punya.

7. Unfollow page dan personal yang beri negative vibe – suka fitnah, perli, membawang, asyik orang lain salah dia aje betul. Jangan sayang lah nak unfollow orang begini takut terlepas updaten. Hilang vibe – nie takpa, jangan Allah hilang dalam hidup kita

8. Refresh 10 people/page to follow first. Pilih mereka yang positif, bawa kebaikan, ada tambah value dalam hidup kita.

9. Posting kebaikan dan perkara bermanfaat di social media, fb/ig/tiktok. Ia pun saham kebaikan kita. Walaupun seorang ja berubah dengan posting kita ia adalah amal soleh kita.

10. Buat syarat dekat diri sendiri. Buka Quran dulu pagi-pagi sebelum buka FB. Ada bran ker? Face Quran before Face-Book!

Banyak lagi kalau nak list. Cukuplah 10. Kalau 10 ni kita boleh buat, alhamdulillah kita lebih baik dari PKP 1.0 dulu kan!

Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua! 

Jangan lupa follow sifu Farhan. Ini pula link untuk channel telegram – Telegram Sifu Farhan.

Adakah anda sedang cari peluang untuk buat duit semasa PKP ni

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.