10 Nutrisi Meningkatkan Progesteron Secara Semulajadi Bantu Wanita Yang Kerap Keguguran

keguguran awal kehamilan

10 Nutrisi Meningkatkan Progesteron Secara Semulajadi Bantu Wanita Yang Kerap Keguguran

Sejak 2-3 hari ni saya banyak terima pertanyaan daripada wanita tentang progesteron rendah dan masalah untuk mengandung. Mungkin sebab sekarang bulan puasa dan selalunya time raya ada mak cik bawang tanya khabar kan kalau belum ada anak. Hihi.. tapi sekarang kan PKP, masa raya pun mungkin tak boleh kunjung mengunjung.

Anyway, setiap pasangan yang berkahwin tentu inginkan anak kan? Tak kira la dekat raya ke tak raya ke, betul tak?

Progesteron memang merupakan hormon yang penting untuk pembiakan dan kesuburan wanita. Namun, sangat sikit wanita yang sedar bahawa mereka ada masalah hormon progesteron rendah. Hinggalah jika mereka alami masalah mungkin kerap gugur, bila cek barulah tahu bahawa progesteron mereka rendah.

Progesteron ialah hormon yang berada pada paras tinggi pada separuh akhir kitaran haid. Fungsinya ialah untuk mengekalkan ketebalan dinding endometrium untuk persediaan jika berlaku kehamilan. Namun, masalah hormon tak stabil adalah antara masalah paling utama wanita zaman moden ni. Jadi, ramai yang berjuang mengatasi masalah ini baik secara fizikal atau mental.

Bagaimana Nak Kenal Jika Anda Mempunyai Progesteron Yang Rendah

Bila paras progesteron berada pada paras yang rendah, ada pelbagai situasi yang tak selesa mungkin dialami oleh seseorang wanita tu. Ini termasuklah;

1. Estrogen berlebihan (estrogen dominance)

Ini adalah salah 1 penyebab utama progesteron rendah. Ini kerana banyak aktiviti harian kita yang meningkatkan paras estrogen. Estrogen yang terlalu tinggi melebihi progesteron memberi kesan tak baik kepada badan.

Umpamanya macam nilah, estrogen tu umpama rumput dan progesteron umpama pemotong rumput. Kalau estrogen tinggi dan progesteron rendah, maka rumput akan tumbuh tanpa kawalan, jadi halaman rumah kita pun dah jadi macam hutan.

Antara simptom yang boleh terjadi akibat estrogen tinggi ni ialah selulit, ketulan payudara, fibroid, urat timbul, berat badan naik terutamanya pada bahagian pinggul dan isu-isu lain seperti senggugut, perut kembung dan emosi tak stabil.

Anda boleh tengok video kalau nak tahu tentang estrogen berlebihan ni.

Estrogen yang berlebihan (dominasi estrogen) juga meningkatkan risiko kanser payudara, jadi sangat-sangat penting untuk lindungi diri anda jika ada tanda-tanda progesteron yang rendah.

2. Masalah Haid Dan Kesuburan

Estrogen berfungsi untuk menebalkan lapisan dalam rahim untuk persediaan jika berlaku persenyawaan. Namun, progesteron lagi penting sebab fungsi dia ialah untuk pastikan lapisan itu terus dalam keadaan tebal tu sekurang-kurangnya 14 hari selepas ovulasi berlaku, kot-kot anda mengandung. Jika anda mengandung, paras progesteron akan terus meningkat. Jika tak, progesteron akan menurun dan lapisan itu akan runtuh, jadilah darah haid.

Walaubagaimana pun, jika progesteron sangat rendah, proses ini tak berlaku dengan baik dan progesteron tak mencapai tahap paling tinggi. Sebab tu, mungkin wanita itu mengalami masalah haid tak teratur, pendarahan yang banyak dan masalah kesuburuan. Anda juga mungkin mengalami sakit kepala atau migrain sebelum haid dan simptom PMS yang lebih teruk.

3. Gemuruh (anxiety) dan mood tak stabil

Progesteron mempunyai kesan untuk menenangkan. Jadi, kita progesteron rendah, mungkin anda jadi gemuruh.

4. Peningkatan Berat Badan Dan Selulit

Bila progesteron rendah, badan tidak menggunakan lemak simpanan sebagai sumber tenaga. Tambahan pula, kebolehan progesteron untuk melindungi tisu otot akan hilang, terutamanya jika memang stress yang lebih teruk.

Badan sukar membakar lemak, tapi menggunakan tisu otot utnuk menghasilkan gula, sebagai sumber tenaga yang cepat. Seterusnya ini boleh menyebabkan penghasilan selulit.

5. Mengekalkan air dalam badan

Progesteron ialah diuretik semulajadi – maksudnya dia membantu pembuangan air dari badan dan juga termasuk garam yang berlebihan. Ini boleh mengelakkan berlaku bengkak air, yang selalunya berlaku bila estrogen berlebihan.

6. Otak tepu

Progesteron juga sangat penting untuk fungsi otak kerana terlibat dalam penghasilan pelindung myelin yang melindungi sel saraf kita. Ada kajian daripada Universiti Emory menunjukkan bahawa orang yang mengalami kecederaan otak dan strok mendapat manfaat bila diberi progesteron.

7. Kulit kendur

Progesteron membantu penghasilan kolagen, yang mana boleh mengekalkan kulit yang tegang dan anjal.

8. Masalah tiroid.

Seperti yang saya dah cakapkan di atas, progesteron yang rendah menyebabkan estrogen meningkat, ini boleh mengganggu pertukaran hormon tiroid yang tidak aktif kepada yang aktif. 

9. Masalah tulang

Progesteron membantu penghasilan tulang baru dengan meningkatkan penghasilan osteoblast. Sementara estrogen melindungi ketumpatan tulang.

keguguran awal kehamilan

Stress Ialah Punca Utama Progesteron Menurun

Kehidupan kita zaman sekarang sangat sibuk, sangat laju. Sibuk kerja, sibuk dengan keluarga, sampai kadang-kadang kita tak sempat nak duduk sekejap dan fikir pasal hidup kita. Bangun tidur, pergi kerja, balik rumah, tidur balik.

Hinggakan kita bukan saja penat fizikal, tapi penat mental. Bila dalam keadaan stress, progesteron adalah hormon yang penting. Setiap kali ada benda-benda yang buat kita stress, datanglah adrenalin dan kortisol.

Hormon adrenalin dan kortisol jadikan badan kita sentiasa bersedia untuk berlawan atau pun larikan diri daripada masalah tu. Dua-dua hormon ni boleh menyebabkan masalah hormon tak stabil. 

Ini juga boleh menganggu kesuburan seorang wanita tu, sebab badan akan fikir keadaan ini tak sesuai untuk kehamilan. Maka, paras progesteron akan menurun supaya lapisan dalam rahim tidak sesuai untuk penempelan janin. 

Fasa ini dipanggil Luteal Phase insufficiency

Setiap bulan semasa ovulasi, telur wanita akan dibebaskan daripada kantungnya. So, kantung ini lah yang dipanggil corpus luteum. Corpus luteum inilah yang akan membebaskan progesteron.

Semasa proses ovulasi ni, corpus luteum membebaskan 25mg progesteron setiap hari sepanjang waktu subur tersebut.

Namun, bila ditambah dengan estrogen yang berlebihan, ini menyebabkan hormon tak stabil dan menjadikan paras  progesteron rendah.

progesteron rendah

Hasilnya?

Ramai wanita gagal mencapai paras progesteron yang diperlukan untuk memastikan kesuburan wanita itu dan kitaran haid yang stabil.

Bagaimana Kortisol Mengurangkan Paras Progesteron?

Kedua-dua hormon ini dihasilkan daripada pregnenolon. Dalam keadaan stress yang kronik, badan akan menggunakan lebih banyak pregnolon untuk menghasilkan kortisol. Jadinya progoesteron akan jadi lebih rendah. 

Bagaimana Meningkatkan Progesteron Secara Semulajadi

Tiada cara untuk meningkatkan progesteron secara langsung atau makanan yang mengandungi progesteron. Namun, ada beberapa mikronutrien yang diperlukan untuk menyokong badan untuk meningkatkan paras progesteron.

1. Sokong kesihatan otak dengan antioksida

Fungsi ovari untuk mengawal hormon sebenarnya dikawal oleh kelenjar di otak. Jadi, sewajarnya kita sokong kesihatan otak dengan pengambiran antioksida untuk mengurangkan keradangan kronik dan tekanan oksidatif.

Kurangkan pengambilan makanan penyebab keradangan dan tidur yang cukup

2. Omega-3

Omega-3 juga sangat penting untuk kesihatan otak. Selain itu, omega-3 membantu kesuburan dengan peningkatkan pengaliran darah ke rahim dan membantu membebaskan telur dan meningkatkan kualiti telur wanita.

3. GLA (Gamma-Linolenic Acid)

GLA ialah antiradang yang hebat dan juga membantu untuk meningkatkan paras progesteron.

4. Vitamin C

Kajian menunjukkan bahawa vitamin C boleh membantu meningkatkan paras progesteron dan membetulkan masalah yang berlaku di fasa luteal.

5. Zink

Zink ni walaupun kita jarang sekali dengar kan, tapi sebenarnya sangat penting untuk kesuburan. Zink membantu kelenjar pituitari untuk membebaskan hormon yang untuk merangsangkan perkembangan folikel. 

Ini akan menggalakkan ovulasi dan memberi maklumat kepada ovari untuk menghasilkan lebih banyak progesteron untuk persediaan jika wanita tu mengandung.

6. Magnesium

Mineral ini bukan saja boleh membantu untuk meningkatkan paras progesteron, tapi juga jadikan kita lebih tenang. Magnesium juga bantu kurangkan estrogen dominasi dengan menurunkan paras estrogen. 

7. Vitamin E

Kajian menunjukkan bahawa vitamin E boleh membantu untuk meningkatkan pengaliran darah kepada ovari dan meningkatkan paras progesteron kepada beberapa wanita. 

8. Vitamin B6

Vitamin B (paling bagus ambil B Complex la terus) boleh membantu untuk mengawal stress dan tekanan perasaan dan juga membantu hati untuk menukarkan estrogen kepada bahan yang selamat, jadinya boleh membantu menurunkan paras estrogen. 

9. Milk Thistle

Milk thistle adalah tumuhan herba yang sangat bermanfaat untuk hati. Herba ini membantu  meningkatkan fungsi hati untuk detoks. Bila fungsi hati baik, maka hati akan bantu kurangkan paras estrogen.

10. L-Arginin

Asid amino ini ditemui dalam makanan yang tinggi protein dan fungsinya ialah membantu badan kita untuk menghasilkan asid nitrik. Fungsi asid nitrik ialah meningkatkan pengaliran darah ke ovari dan ini membantu ovari untuk menghasilkan progesteron.

Bagaimana Nak Dapatkan Nutrisi Ini?

Bila seorang wanita dah kahwin, tentu mendapatkan anak adalah antara yang diimpikan. Namun, akibat progesteron yang rendah, ini adalah cabaran terbesar.

Saya ingin menolong anda yang ada masalah hormon progesteron rendah. In sha Allah, kita ikhtiar dan selebihnya serah kat Tuhan.

Hubungi saya sekarang, klik link dibawah

Saya Ada Masalah Progesteron Rendah.

 

Atau boleh hubungi saya, Fyda di 012 621 1883

vivix harga ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.