Wanita Yang Ada Masalah HAID TAK TERATUR Sila Ambil Perhatian. Ada Kajian Kaitkannya Dengan Kanser

haid tak teratur selepas bersalin

Wanita Yang Ada Masalah HAID TAK TERATUR Sila Ambil Perhatian. Ada Kajian Kaitkannya Dengan Kanser

Wanita ialah makhluk yang unik dan istimewa.

Setuju tak?

Sebab tu sekarang ni hangatnya isu golongan 1 lagi nak jadi perempuan. Macam-macam la alasan. Jiwa wanita terperangkap dalam badan lelaki laa.. Ade-ade je.

Agak-agak kalau dia diberi masalah yang dihadapi oleh wanita, nak tak dorang tanggung. Antara yang jadi masalah ialah haid tak teratur. Sama ada lambat datang haid, kerap datang haid atau pendarahan yang banyak. Semua pun menjadi jadi masalah.

Kitaran haid tidak teratur pastinya menjadi igauan utama mereka yang inginkan kehadiran cahaya mata. Untuk orang yang belum kahwin pula, masalah ini boleh beri tekanan emosi.

Ada antara wanita yang alami masalah haid sebenarnya tidak faham kitaran haid yang betul. Setiap orang sebenarnya sangat unik dan mungkin tak sama antara 1 sama lain. Haid yang normal untuk A mungkin tak sama dengan B.

Dengar dulu penerangan saya tentang haid yang normal yaa..

 

Jom Ulangkaji Kitaran Haid Wanita

Kitaran haid mempunyai 2 fasa. Fasa pertama iaitu fasa folikel yang berlaku dalam ovari. Ketika ini, folikel yang mengandungi ovum akan menjadi matang biasanya akibat rembesan hormon follicular stimulating hormon (FSH) dan merangsang perembesan hormon estrogen oleh folikel untuk memastikan penebalan tisu endometrium.

Apabila folikel sudah matang dan ovum dibebaskan. Proses ini dipanggil ovulasi yang dirangsang oleh leutinizing hormon (LH). Jika persenyawaan berlaku, janin tu akan melekat di dinding rahim.

Dinding rahim akan terus menebal untuk membekalkan makanan kepada janin yang terbentuk.

Jika persenyawaan tidak berlaku, penghasilan hormon wanita akan terhenti dan dinding endometrium runtuh sebagai darah haid.

Dan begitulah akan berlaku setiap bulan.


haid tak teratur selepas berkahwin

Secara purata, kitaran haid yang lengkap adalah 4 minggu, namun mungkin berbeza-beza antara 3 hingga 5 minggu. Ada juga wanita yang kitaran haidnya tidak pernah tetap. Jika kitaran haid anda antara 3 hingga 8 minggu dan pendarahan kurang 1 minggu, itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.

Tapi, jika pendarahan lebih kerap daripada setiap 3 minggu ataupun tidak haid selepas 8 minggu mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk mengesahkan sama ada anda mempunyai masalah hormon.

Sumber: Ask Your Gyanecologist : R. Scott Thornton, MD & Kathleen Schramm, MD

Info am : Tidak seperti bayi lelaki yang boleh menghasilkan sperma sampai lanjut usia, bayi perempuan telah dilahirkan dengan sejumlah 1-2 juta telur.  Melalui proses yang dipanggil pengecutan folikel, mereka kehilangan sejumlah besar telur dan semasa baligh hanya tinggal 300,000-400,000 telur sahaja. Sepanjang hidup sehingga menopause kira-kira 400 telur sahaja akan diovulasi. Kebanyakannya juga hilang melalui haid. Walaupun setiap bulan kira-kita 20 telur matang, namun hanya satu akan dibebaskan untuk disenyawakan.

 

Sebab Haid Tidak Teratur

1.Penambahan atau pengurangan berat badan secara mendadak.

2.Senaman yang berlebihan atau wanita yang terlalu aktif

3.Pemakanan yang tidak sihat, iaitu diet yang terlebih karbohidrat

4.Merokok

5.Penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol

6.Pengambilan kafein berlebihan

7. Obesiti

8.Masalah pemakanan (eating disorder)

9.Tekanan perasaan

10.Sindrom ovari polisistik (PCOS)

11.Masalah dalam rahim (fibroid, polyps, sista atau endometriosis)

12.Ubat-ubatan tertentu atau kemoterapi.

13.Mengandung dan menyusukan bayi

14 .Keguguran

15. Masalah tiroid.

Kaitan Antara Haid Tak Teratur Dan Risiko Kanser?

Dengar je perkataan kanser, tentu dah jadi takut kan? Haid tak teratur ni, macam saya senaraikan di atas ada banyak penyebab, namun ada beberapa penyebab tu yang meningkatkan risiko kanser termasuk merokok, alkohol, PCOS dan obesiti.

Keadaan hormon yang tidak stabil itu sebenarnya meningkatkan risiko kanser termasuk kanser rahim, kanser ovari dan kanser payudara.

Menurut kajian yang dijalakan di Institut Kesihatan Awam Berkeley, California – wanita yang mengalami masalah haid tak teratur mempunyai risiko 2 kali ganda menghidap kanser ovari berbanding wanita yang mempunyai haid yang teratur.

Pesakit PCOS bukan saja berisiko mendapat kanser ovari, tetapi juga penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Komplikasi penyakit ni juga boleh membawa maut.

Sementara itu wanita obes juga mempunyai risiko yang sama dan mencatatkan risiko peningkatan kanser sebanyak 500,000 setiap tahun.

Boleh buat rujukan di sini : Haid Tak Teratur Mungkin Pemangkin Kanser Ovari

So, sangat perlukan untuk betulkan kitaran hormon?

 

haid tak teratur punca kanser

Bagaimana Nak Selesaikan Masalah Haid Tak Teratur?

Dalam perubatan moden ubat hormon akan diberikan untuk membetulkan balik hormon yang tak seimbang ini. Namun, ubat hormon ini dah tentu mempunyai kesan sampingannya.

Anda boleh bantu badan anda dengan bekalkan zat dan nutrisi yang cukup untuk membantu sistem hormon anda.

Berikut adalah cadangan suplemen untuk wanita yang mengalami masalah kitaran haid.

1. Multivitamin

Vitamin asas yang diperlukan oleh sel. Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan pengambilan makanan segera yang boleh merosakkan sel, maka disyorkan wanita mengambil suplemen multivitamin setiap hari untuk mencukupkan keperluan nutrisi.

2. Vitamin B complex

Vitamin ini dikenali juga sebagai vitamin anti-stress kerana digunakan oleh tubuh untuk membaiki kerosakan sel akibat stress. Stress juga merupakan salah satu faktor yang mengacau kelancaran hormon wanita.

3. Magnesium

Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.

4. Antioksida

Radikal bebas adalah penyebab utama kerosakan sel. Jadi, dengan meneutralkan radikal bebas, antioksida dapat menghalang pembentukan sel yang tidak normal.

5. Asid lemak omega-3

Asid lemak ini diperlukan untuk penghasilan hormon. Sekaligus, boleh membantu untuk mengawal hormon.

6. GLA (Gamma Linolenik Asid)

GLA merupakan salah satu asid lemak Omega-6 yang bersifat antiradang. Walaupun bukti saintifik menunjukkan GLA boleh membantu dalam sindrom PMS dan menopause adalah lemah, namun ramai yang mengakui bahawa GLA membantu mengurangkan sakit payudara ketika haid.

Oleh sebab itu, GLA tetap menjadi pilihan wanita untuk memelihara kesihatan sistem pembiakan, terutama sepanjang kitaran haid setiap bulan. Asid lemak Omega-6 berfungsi membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses yang menyebabkan keradangan. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.

7. Soya non-GMO

Makanan yang berasaskan soya adalah memang menjadi kontroversi sejak zaman-berzaman. Oleh kerana soya kaya dengan isoflavon yang berfungsi seperti hormon wanita, ada yang berpendapat soya boleh menyebabkan penyakit seperti fibroid, kanser rahim dan kanser payudara. Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan tindakan isoflavon adalah lebih lemah berbanding hormon wanita sendiri.
Isoflavon juga membantu dalam menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Jom Selesaikan Masalah Haid Anda Sekarang!!

haid tak teratur adakah boleh hamil

haid tak teratur anak remaja

haid tidak teratur boleh mengandungBagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee

Untuk ikhtiar betulkan hormon, anda boleh hubungi saya untuk konsultasi produk yang sesuai dengan anda. Tapi, kalau mengandung tak boleh la betulkan hormon. Itu kena ambik Set Hamil la pulak..

Hubungi Fyda – 012 621 1883

Atau direct whatsapp (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *