Wanita Putus Haid Jauhi Suami, Salahkan Diri Tak Dapat Bagi Kepuasan Seks

wanita putus haid

Wanita Putus Haid Jauhi Suami, Salahkan Diri Tak Dapat Bagi Kepuasan Seks

Wanita adalah makhluk yang sangat istimewa. Kekuatan wanita ketika hamil, melahirkan bayi dan melayan kerenah anak-anak tidak dapat disangkal lagi. Ada yang melalui proses sekali dan ada melaluinya berkali-kali dan tidak terkecuali juga wanita yang diuji tidak melalui proses ini, namun kekuatannya mungkin diuji dalam bidang yang lain.

Sesuai dengan keadaan ujian yang berat itu, pada satu tahap usia wanita, dalam 50-an ditetapkan dia perlu berehat daripada semua ini. Saat dimana hormon wanita dalam badannya menurun dan dipanggil menopause atau putus haid. Selepas bertahun-tahun kedua-dua ovari atau kilang telur menghasilkan telurnya, tibalah saat untuk berhenti. Walaupun ovari sudah berhenti daripada menghasilkan hormon, keseimbangan hormon akan dibantu oleh kelenjar di dalam otak.

Pelbagai perubahan fisiologi berlaku kepada badan wanita yang sebelum ini banyak bergantung kepada hormon wanita. Menopause adalah keadaan semulajadi dan bukan suatu penyakit, tapi tetap boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan mungkin boleh mengganggu aktiviti harian.

wanita putus haid

Tanda-Tanda Menopaus Yang Mungkin Dialami Oleh Wanita

Paling ketara ialah perubahan pada haid wanita sendiri sebelum putus haid. Kitaran haid mungkin jadi lebih pendek atau lebih panjang sebelum haid berhenti sama sekali.

Akibat perubahan hormon ini, emosi pun mula terganggu. Sebab tu orang nak menopaus perangai dia lain sangat. Kadang-kadang nak marah, kadang-kadang sedih dan ada masa gembira sangat.

Antara tanda-tanda lain ialah:

  • Badan berasa panas, bermula di bahagian muka dan bahagian atas badan.
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Sukat tidur
  • Mengalami kekeringan vagina dan kurang nafsu seks. Sehingga ramai wanita menjauhi suaminya malah menyalahkan diri sendiri kerana tak dapat memberi kepuasan kepada suami.
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi atau sendi kaku.

Jika anda berjumpa doktor, ada juga doktor yang membekalkan anda dengan ubat hormon yang bertujuan untuk mengembalikan hormon estrogen dan mengurangkan simptom Bagaimanapun, apabila dah meningkat usia, pil perancang atau kaedah hormon mungkin tak sesuai kerana kesan sampingan yang lain.

Namun, anda tak perlu risau sebab ada cara semulajadi untuk mengatasi masalah ini tanpa sebarang kesan sampingan. Nak tahu? Sila baca sampai habis.

Bagaimana Menghadapi Fasa Menopaus Dengan Ceria Dan Yakin

1. Perubahan gaya hidup

Sebaik sahaja wanita melangkah ke alam ini, mereka cenderung untuk berfikir bahawa mereka sudah sangat tua dan semua perkara yang dilakukan semasa muda harus ditinggalkan sama sekali, apatah lagi mereka sudah tiada nafsu untuk melakukan semua itu.

Keadaan ini mampu memberi gangguan yang sangat besar dalam hidup. Jika wanita boleh fikir bahawa menopause adalah salah satu daripada pengalaman semulajadi dalam perjalanan hidupnya, masalah ini mungkin boleh diatasi dengan mudah. Selain itu, ada dikalangan wanita yang menyalahkan diri sendiri dan mendakwa suaminya tidak mendapat kepuasan seks kerana dirinya.

Ramai wanita berjaya menghadapi menopause tanpa sebarang ubatan, dengan cara mengubah tabiat pemakanan, senaman dan mengamalkan perkara yang boleh memberi ketenangan.

Pemakanan Untuk Wanita Menopaus

Bagi wanita menopause, vegetarian diet adalah digalakkan kerana protein haiwan akan menghasilkan fosforus yang tinggi dan meningkatkan kehilangan kalsium dan mineral lain. Keadaan ini sangat tidak bagus untuk tulang, apatah lagi keadaan kekurangan hormon wanita, risiko kehilangan tulang adalah lebih tinggi.

Menopaus Bukan Penyakit Tapi Perubahan Semulajadi Yang Harus Dirai

Menopause bukanlah suatu penyakit, jadi tiada sebab untuk seorang wanita menarik diri daripada menikmati hidupnya selepas menopause. Lakukanlah aktiviti harian seperti biasa dengan penuh semangat. Walaupun ramai wanita mengadu hubungan badan dengan suami sudah tidak semesra dulu akibat kekeringan pada faraj namun keadaan ini dapat diatasi dengan losyen faraj atau pelincir yang boleh didapati daripada farmasi dan pemakanan yang akan saya kongsikan dalam entry seterusnya.

Jangan terlepas mengikuti sambungan entry ini. Saya juga ada berkongsi dengan lebih detail tentang tanda putus haid dan bagaimana untuk kurangkannya.

Kepada wanita-wanita yang sedang mengalami simptom pra-menopause atau sudah menopause, sekali lagi saya tekankan, menopause bukanlah penyakit. Jadi, teruskan hidup seperti biasa kerana anda masih diperlukan dan disayangi oleh orang-orang sekeliling anda.

Begitu juga jika ibu, nenek atau mak cik kita yang mungkin berperangai pelik kerana mengalami sindrom ini. Janganlah kita buat tak endah saja, tapi kalau boleh tenangkan dia dan beritahu dia ini adalah fasa yang biasa dalam hidup seorang wanita.

Dan teruskan baca entry saya tentang pemakanan untuk wanita menopaus ya…

Sebarang info atau cadangan, boleh isi borang di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *