Wanita PCOS Mungkin Alami Masalah Kesuburan. Bagaimana Vitamin D Boleh Bantu Masalah Ini

vitamin kesuburan

Wanita PCOS Mungkin Alami Masalah Kesuburan. Bagaimana Vitamin D Boleh Bantu Masalah Ini

Vitamin D memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesuburan wanita, terutamanya yang menhidap PCOS atau sindrom ovari polisistik. Walaupun kepentingannya telah terbukti, namun lebih 50% wanita menghidap PCOS kekurangan vitamin D.

Selalunya kita kaitkan vitamin D dengan tulang, tapi sebenarnya vitamin D memainkan peranan lebih besar daripada tu, yang mana kekurangan vitamin D memberi kesan kepada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, imun yang lemah, beberapa jenis kanser, multiple sclerosis, rheumatoid arthritis dan tekanan darah tinggi.

Vitamin D ialah satu-satunya vitamin yang bukan je vitamin, tapi juga sejenis hormon. Sebagai hormon, vitami D ada reseptor (ada kerusi dia) pada sel dan tisu dalam badan kita. Reseptor vitamin D ni ada pada sel ovum tak matang (oocytes) dan juga sel imun. Kekurangan vitamin D menyebabkan sel-sel ini tak berfungsi dengan baik.

vitamin kesuburan

Saya nak kongsikan beberapa fungsi vitamin D dalam badan wanita

1. Metabolisma tulang

2. Dalam proses keradangan

3. Faktor risiko penyakit jantung dan slauran darah

4. Kematanagan folikel dan kesuburan wanita

5. Untuk haid yang teratur

6. Memproses gula dan insulin, jadi terlibat dalam penyakit kencing manis

7. Penyakit metabolik

8. Mengawal berat badan

9. Tekanan perasaan

10. Menjalankan fungsi imun

Secara umumnya ini adalah fungsi vitamin D dalam badan kita. Banyakkan?

Tapi kenapa kita takdapat cukup vitamin D? Sebab vitamin D ni bleh didapati daripada matahari pada waktu tertentu, tapi berapa lama kita terdedah kepada matahari?

Dan mungkin kita tak dapat cukup vitamin D daripada makanan.

Apa pula fungsi vitamin D untuk wanita yang menghidap PCOS?

tips kesuburan suami

1. Vitamin D membaiki kesuburan

Jika anda sekarang tengah TTC atau sedang cuba untuk hamil, vitamin D mungkin perlu dalam diet harian anda. So, kalau agak-agak tak dapat cukup atau optimum dalam makanan, kena tambahkan suplimen la. Sebabnya ialah vitamin D reseptor ditemui pada hampir semua tisu dalam badan manusia, tapi secara langsung terlibat dalam kematangan dan perkembangan telur wanita.

Antara kajian yang membuktikan pengambilan suplimen vitamin D boleh memperbaik kesuburan dikalangan wanita yang ada PCOS.

Data daripada 1,000 peserta “Vitamin D deficiency in PCOS women was associated with a reduced likelihood of these women becomning pregnant and delivering babies, regardless of BMI, race, age, markers of metabolic functioning, or fertility treatment”

Wanita yang mengalami masalah kesuburan mempunyai lebih banyak kantung-kantung yang mengandungi telur dan kitaran haid teratur selepas mengambil metformin (ubat kencing manis) dan vitamin D (100,000IU setiap bulan selama 6 bulan) berbanding dengan hanya ambil metformin.

Kalau ada tertanya-tanya, apa fungsi metformin untuk pesakit PCOS, boleh baca di sini.

Wanita PCOS yang ada masalah kesuburan yang menjalani rawatan kesuburan dengan clomid mempunyai jumlah folikel matang yang lebih banyak dan peluang mengandung lebih tinggi jika mempunyai paras vitamin D yang lebih tinggi.

Vitamin D yang lebih tinggi dalam badan, menurunkan paras anti-Mullerian hormon yang merupakan yang boleh mengganggu kesuburan dalam wanita yang ada PCOS.

2. Vitamin D menurunkan paras androgen (hormon lelaki)

Kalau belum tahu, PCOS ni bukan ada cyst je, tapi sebenarnya kecelaruan hormon yang mana hormon lelaki lebih tinggi dan sebenarnya inilah yang menganggu hormon-hormon wanita yang lain.

6 kajian klinikal telah diteliti yang mana menunjukkan 183 wanita yang mempunyai PCOS, dengan pengambilan suplimen vitamin D, paras testosteron dapat diturunkan dengan banyak.

Kajian lain juga menunjukkan penurunan hormon androgen dalam wanita PCOS selepas 3 bulan pengambilan suplimen vitamin D 50,000IU setiap bulan bersama-sama dengan kalsium. Tekanan darah juga jadi lebih baik.

3. Vitamin D mengurangkan keradangan

PCOS ni juga ialah keadaan yang melibatkan kerintangan insulin. Insulin berlebihan ini boleh menyababkan keradangan kronik. Wanita yang ada PCOS mempunyai paras c-reactive protein (CRP) yang lebih tinggi. Ini menunjukkan paras keradangan adalah lebih tinggi.

Kajian yang diterbitkan dalam Dermatoendocrinology menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D3 menurunkan keradangan.

Begitu juga kajian dalam Nutrients yang menunjukkan bahawa pengambilan suplimen vitamin D pada 4,000IU setiap hari selama 12 minggu kepada wanita PCOS yang mengalami kerintangan insulin. Mereka mendapat manfaat yang mana paras keradangan menurun, berbanding dengan orang yang ambil 1,000IU vitamin D setiap hari dan placebo.

Adakah Anda Dapat Vitamin D Cukup Setiap Hari?

Amaun vitamin D yang optimum untuk wanita yang ada PCOS susah nak cakap sebenarnya. Ramai pengkaji percaya bahawa 600IU sehari tu, agak rendah sebenarnya. Lagipun, itu yang tahun berapa punya. Sepatutnya RDA pun perlu berubah mengikut zaman.

Wanita yang memang kekurangan vitamin D, memerlukan vitamin D yang lebih tinggi daripada RDA, selalunya antara 2000IU hingga 5000IU setiap hari.

Pendedahan kepada matahari membekalkan paling D kepada badan. Pada waktu yang sesuai untuk serap vitamin D tu, mungkin boleh dapat dalam 10,000 IU vitamin D. Wow, banyaknya! Dalam kurang lebih jam 8-11 pagi macam tu, berjemur lah tanpa sunblock sebab sunblock boleh menyekat pengambilan vitamin D. Tapi jangan waktu panas terik sangat, kang diserap UV yang bahaya pula.

Bagaimana Nak Dapatkan Suplimen Terbaik Untuk PCOS?

Ramai dah sedar keperluan suplimen sebab untuk dapatkan sepenuhnya zat daripada makanan memang agak sukar. Suplimen ni kita ambik masa masa sihat, bukannya bila dah ada penyakit sebab kesan kekurangan vitamin dan mineral kepada badan kita ni berlaku secara perperingkat, ia adalah 1 proses.

Saya boleh bantu anda untuk mengawal PCOS anda, cuma hubungi saya di 012 621 1883, atau klik link di bawah ni

Ingin Stabilkan Hormon Dan Kawal PCOS.

 

vivix harga ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.