Wanita Menderita Endometriosis Boleh Cuba 3 Tips Ini Jika Ingin Cepat Hamil

tps mudah hamil

Wanita Menderita Endometriosis Boleh Cuba 3 Tips Ini Jika Ingin Cepat Hamil

Endometriosis adalah keadaan di mana sel yang sepatutnya tumbuh pada lapisan dalam rahim tumbuh di tempat lain yang tak ada kaitan pun dengan dia. Contohnya ovari, usus, pundi kencing, tulang belakang, paru-paru dan tisu otot pada vagina.

Sebagainya fungsi dia pada lapisan rahim tu, tisu ini juga bertindak balas dengan hormon yang dibebaskan semasa kitaran haid. Jadi, lapisan ni juga boleh menebal dan runtuh sebagai darah semasa haid. Berbeza dengan darah haid darah dalam rahim yang ada jalan untuk keluar dari badan, namun darah di tempat lain tiada jalan keluar dan mungkin membentuk kantung untuk menyimpan darah tersebut atau merosakkan tisu hingga meninggalkan parut.

Sakit bahagian bawah perut, selalunya merupakan sakit yang teruk semasa haid adalah simptom utama endometriosis, dan simptom yang laintermasuklah pendarahan berlebihan dan masalah kesuburan. Jika anda dirawat oleh doktor, rawatan yang mungkin anda dapat termasuklah ubat tahan sakit dan ubat untuk mengawal hormon. Selain itu, mungkin anda memerlukan pembedahan kecil untuk membuang tisu endometriosis, tetapi risiko untuk berulang tetap ada.

tps mudah hamil

Bolehkah Endometriosis Dikawal?

Rawatan dan pengurusan endometriosis adalah sangat mencabar lagi-lagi jika wanita itu ingin mendapatkan anak. Dengan penggunaan ubat hormon, dah tentulah nak mengandung tu jadi makin sukar. Tapi, teruskanlah rawatan dengan pakar anda sebab mereka tahu apa yang terbaik untuk anda.

Namun, pada masa yang sama anda boleh mengubah amalan gaya hidup yang mana untuk menyokong sistem badan dan membantu sistem pembiakan untuk persediaan jika mengandung.

1. Lebihkan makanan anti-radang

Orang yang menghidap endometriosis ni memang rasa sakit yang amat sangat, hinggakan ubat tahan sakit tu mungkin jadi kawan baik dia. Kesakitan ini mungkin disebabkan oleh keradangan kerana paras ‘prostaglandin tak baik’ yang lebih tinggi.

Prostaglandin ni ada 2 jenis sebenarnya. Yang baik tu dia membantu sistem imun dan menghalang keradangan.

Masalahnya, untuk orang yang ada endometriosis ni jenis yang kedua tu lebih tinggi. Jadi, keradangan jadi lebih tinggi, mengecutkan otot dan menyebabkan kesakitan. Wanita ini juga mengalami tekanan oksidatif yang lebih tinggi.

Makanan yang paling bagus untuk diamalkan oleh penghidap endometriosis ialah makanan yang tinggi antioksida, termasuklah makanan yang tinggi antioksida contohnya buah-buahan dan sayuran dan juga lemak yang baik.

2. Bijak mengawal tekanan

Ada kajian yang mengatakan wanita yang menghidap endometriosis cenderung untuk mengalami tekanan perasaan yang lebih tinggi berbanding wanita lain. Tambahan pula, bila stress, hormon kortisol  meningkatkan dalam folikel wanita ini. Tekanan dan kemurungan dikaitkan dengan masalah kesuburan, jadi pengawalan dan pengurangkan stress boleh membantu pasangan untuk mendapatkan cahaya mata.

Amalkan gaya hidup yang aktif, ikuti kelas yoga dan dapatkan khidmat kumpulan sokongan adalah strategi yang bagus untuk mengurangkan tekanan.

3. Urutan

Urutan dikatakan antara kaedah yang boleh melegakan endometriosis. Ada kajian yang mengatakan bahawa urutan boleh memecahkan tisu parut. Terapi sentuhan ini juga mampu membantu untuk mengurangkan tekanan dan mengurangkan ketegangan otot yang menyebabkan kesakitan pada bahagian pelvik.

Tapi urutan ini bukanlah yang biasa, tapi memang urutan untuk kesuburan.

Anda juga boleh cuba suplimen antioksida ini untuk mengurangkan kesakitan, iaitu Vivix.

Vivix ialah minuman botani yang sangat tinggi dengan antioksida dan dibuat daripada anggur muskadin, lobak ungu, elderberry Eropah dan knotweed Jepun.

Selain membantu untuk kurangkan kesakitan, polifenol dalam Vivix boleh membantu mengimbangkan hormon wanita.

tips kehamilan

haid tak teratur

Untuk dapatkan Vivix dan konsultasi percuma, boleh hubungi saya di 012 621 1883

Atau boleh klik link di bawah..

Penghidap Endometriosis Ingin Hamil

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.