Wanita Ini Sangkakan Darah Haid Berlebihan Sebab Hampir Menopaus, Rupa-Rupanya….

darah haid berlebihan tanda menopaus

Wanita Ini Sangkakan Darah Haid Berlebihan Sebab Hampir Menopaus, Rupa-Rupanya….

Puan Salmah (bukan nama sebenar) berusia 40-an. Tapi dia perasan sejak dia masuk umur 40-an, haidnya tak sama macam dulu. Darahnya terlalu lebat setiap bulan. Dia ingatkan perubahan biasa bila nak masuk menopaus, jadi dia biarkan saja. Hello… 40 tahun masih muda ok..

Setiap kali lepas period, badannya rasa sangat penat. Akhirnya dia buat ujian darah yang menunjukkan zat besi dalam darahnya rendah. Ini memang logik bila kehilangan darah yang banyak.

Sebenarnya wanita memang cenderung untuk mengalami kekurangan zat besi. Yang pertama sebab hilang semasa haid. Yang kedua wanita mengandunglah, melahirkan anak dan menyusukan anak. Ketiga sebab tak cukup dalam pemakanan harian.

Berbalik pada cerita Puan Salmah tadi, dia telah disahkan menghidap fibroid – ketumbuhan yang bukan kanser yang paling banyak ditemui dalam wanita dewasa. Selain rawatan dengan ubat hormon, rawatan yang betul-betul nak sembuhkan fibroid ialah dengan membuang rahim melalui pembedahan.

darah haid berlebihan tanda menopaus

Benarkah Pembedahan Satu-Satunya Cara Untuk Mengubat Fibroid?

Ramai wanita yang diberitahu pembedahan adalah cara berkesan untuk menyembuhkan fibroid. Namun, jarang yang nak tahu apa punca sebenar fibroid. Kalau kita boleh kesan dan kawal puncanya, bukankah senang untuk kita potong terus dari peringkat dasarnya lagi.

Sebab bila kita ditimpa penyakit, contohnya fibroid ni lah. Dia bukanlah sesuatu yang berlaku di fibroid sahaja, tapi sebenarnya masalah itu berlaku dalam 1 badan kita.

Jika kita dapat kenal pasti masalah sebenar yang berlaku, mungkin kita dapat elakkan pembedahan yang tak diperlukan.

Bagaimana Estrogen Berlebihan Boleh Menggalakkan Pertumbuhan Fibroid

Ada orang kata setiap wanita memang ada fibroid, tapi tunggu masa atau tunggu keadaan tinggi estrogen dia akan membesar. 1 lagi teori popular mengenai kemunculan fibroid ni ialah apabila sel dirosakkan oleh radikal bebas. Sel-sel rosak ini akan membesar jadi fibroid.

Fibroid makin membesar dalam keadaan yang tinggi estrogen. Kajian menunjukkan fibroid mampu menerima estrogen lebih banyak daripada sel-sel lain. Sebab tu fibroid biasanya terjadi kepada wanita dewasa dan selalunya boleh lari atau berkurang selepas menopaus.

Ramai wanita yang menghidap fibroid mempunyai paras hormon estrogen melebihi hormon progestreron. Beberapa ubat termasuk pil perancang, ubat kesuburan dan rawatan pengganti hormon sebenarnya boleh mengganggu kestabilan hormon wanita.

Sebab-sebab lain termasuk : Kerosakan hati, toksik yang tinggi dalam usus, keradangan, stress, hipotiroid dan pendedahan kepada estrogen di persekitaran, contohnya dalam racun serangga, BPA dan makanan proses.

Pesakit Fibroid Mesti Jauhi Estrogen Berbahaya

Apa itu estrogen berbahaya? Sebenarnya bukan estrogen pun, tapi bahan kimia yang menyerupai estrogen. Jadi, dia mengacau kestabilan hormon sebenarnya dan menjadi punca fibroid yang sebenar. Bahan kimia ni kita panggil xenostrogen.

Sangat penting untuk jauhkan makanan yang boleh menggalakkan estrogen berlebihan ni. Contohnya makanan proses, karbohidrat ringkas, alkohol, kafein dan produk tenusu.

Xenostrogen juga boleh ditemui dalam produk penjagaan diri, kosmetik, sabun pencuci dalam rumah, barang-barang plastik dan racun serangga.

Hati Yang Sihat Perisai Dari Penyakit.

Kita tahu bahawa hati ialah organ yang sangat penting untuk mengawal penyakit sebab hati membuang bahan kimia berbahaya daripada badan kita. Dalam kes fibroid hati juga memainkan peranan penting dalam metabolisma estrogen dengan menukarkan estrogen-estrogen bahaya ini kepada estrogen yang selamat.

Suplemen Nutrisi Untuk Penghidap Fibroid

rawat fibroid tanpa pembedahan

Set ini mengandungi antioksida termasuklah Vivix, vitamin E, vitamin C dan vitamin A. Antioksida ini fungsinya ialah untuk memusnahkan radikal bebas yang merosakkan sel. Macam yang saya dah cerita kat atas, radikal bebas ialah penyebab sel rosak hingga terjadinya fibroid.

Vivix yang mengandungi resveratrol adalah antara suplemen terbaik sebab resveratrol boleh bantu mengawalselia hormon wanita.

OmegaGuard pula ialah asid lemak omega-3 yang merupakan anti-radang. Keradangan kronik adalah salah 1 penyebab paling penting penyakit fibroid.

Seterusnya ialah Vitalea. Vitalea ialah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral, termasuklah zat besi. Zat besi ini sangat diperlukan untuk menggantikan zat besi yang hilang bersama-sama darah yang berlebihan.

Suplemen Untuk Kesihatan Hati

ubat hati rosak

Hati yang sihat sangat penting untuk kesihatan badan kita. DTX yang dirumus daripada herba-herba yang sangat baik untuk hati termasuk biji susu thistle (milk thistle), cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan artichoke.

Bahan-bahan ini membantu detoksi badan untuk bantu memulihkan dan memelihara kesihatan hati.

Hati yang sihat mampu memjalankan tugasnya untuk membuang toksin dari badan dengan baik dan memelihara kesihatan badan kita.

Perubahan Gaya Hidup Paling Penting Untuk Pesakit Fibroid

Seperti yang saya dah cakap tadi, pemilihan makanan sangat penting. Mesti pilih makanan yang sihat dan seimbang. Yang paling penting makanan sebenar, bukan makanan proses atau makanan segera.

Yang kedua, mesti bersenam dengan teratur dan bagi yang mengalami masalah berat badan kena usaha turunkan berat badan sebab kolesterol berlebihan dalam badan juga akan ditukarkan kepada hormon estrogen.

Untuk dapatkan suplemen untuk membantu kesihatan pesakit fibroid, boleh whatsapp saya di 012 621 1883 atau boleh isi borang di bawah dan saya akan hubungi anda segera. In sha Allah

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *