Wanita 30-40 Tahun Kerap Sakit Kepala, Ketahui Cara Kawal Sakit Kurangkan Pengambilan Ubat Tahan Sakit

punca buah pinggang rosak

Wanita 30-40 Tahun Kerap Sakit Kepala, Ketahui Cara Kawal Sakit Kurangkan Pengambilan Ubat Tahan Sakit

Sakit kepala adalah antara sakit yang paling biasa dikalangan orang Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh GlaxoSmithKline Consumer Healthcare berhubung Kaji Selidik Pengurusan Kesakitan pada tahun 2014, mendapati sakit kepala adalah jenis kesakitan paling biasa dialami 85 peratus rakyat Malaysia.

Sakit kepala ni sebenarnya ada banyak sebab, namun jarang orang nak cari punca sakit, tapi lebih suka nak terus ambil ubat tahan sakit.

Kalau di Malaysia ni ok sikit, sebab ubat tahan sakit ni dikawal dan perlukan preskripsi doktor. Biasanya hanya paracetamol yang dijual secara meluas. Namun begitu, isu penyalahgunaan ubat tahan sakit bukanlah isu kecil di Malaysia.

punca buah pinggang rosak

Risiko Rosak Buah Pinggang

Walaupun orang yang sakit memang perlukan ubat untuk mengurangkan sakitnya, namun sebaiknya anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk memastikan punca sakit kepala anda dan dapatkan ubat yang sesuai.

Pakar Buah Pinggang memberi amaran risiko rosak buah pinggang jika ubat tahan sakit digunakan tanpa kawalan dan pengawasan doktor.

Jadi, kalau kerap sakit kepala, apa yang nak buat?

Ada banyak cara untuk anda mengawal sakit kepala. Yang pertama, cari punca sakit kepala anda tu, lepas tu barulah boleh selesaikan masalah itu.

 

nsaid rosak buah pinggang

 

Faktor-faktor berikut mungkin pencetus gejala sakit kepala

1. Kepanasan atau haba yang terlalu tinggi – Mungkin juga berlaku kepada wanita yang pakai tudung terlalu ketat. Elakkan berjemur. Pakai topi atau payung jika perlu

2. Dehidrasi – Kerap minum air bila mula rasa sedikit dahaga. Mungkin perlu bawa bekal air ke tempat kerja atau sekolah.

3. HypoglycaemiaGula dalam tubuh rendah. Mungkin akibat diet yang tidak seimbang atau makan secara tak teratur.

4. Tekanan/Stres – Biasanya kesakitan di rasa di belakang kepala merebak ke leher. Menangani tekanan dengan bijak mampu mengurangkan kekerapan sakit kepala. Kanak-kanak sekolah pun boleh menunjukkan gejala ini apabila emosi mereka terganggu.

Sering berlaku kepada wanita dalam usia 30-40 tahun

5. Postur yang betul – Adakala duduk terlalu lama, memandu terlalu lama dan menaip menyebabkan otot-otot sekitar bahu kejang dan sakit kepala di bahagian belakang kepala merebak ke bahu. Mungkin juga boleh berlaku jika mengangkat bebanan yang berat.

6. Masalah rabun – Kerap berlaku pada kanak-kanak yang di alam persekolahan. Kordinasi kanta mata untuk mendapatkan penglihatan yang jelas boleh menyebabkan gejala ini. Pemeriksaan oleh Pakar Optometri  mampu mengesan masalah ini.

7. Masalah sinus – Sakit kepala akibat radang pada sinus. Biasanya gejala sakit kepala tertumpu di sekitar dahi. Setiap kali selesema atau hidung tersumbat akan diikuti sakit kepala.

8. Masalah migrain – Sakit kepala dicetuskan oleh bahan makanan dan minuman seperti kopi, teh atau coklat. Pesakit mungkin akan nampak aura seperti cahaya sebagai tanda akan diserang sakit kepala. Cahaya pada skrin komputer dan telefon bimbit boleh mencetuskan sakit ini. Biasanya sakit kepala berlaku pada separuh bahagian kepala. Cahaya akan menjadikan sakit kepala semakin buruk. Pesakit lebih suka berada di dalam bilik gelap ketika mendapat serangan ini.

Suplimen Yang Mungkin Boleh Membantu Kurangkan Sakit Kepala

1. Energizing Soy Protein – protein soya ini merupakan makanan yang rendah indeks glisemik. Jadi ia membantu untuk mengawal paras gula dan elakkan paras gula tak stabil.

2. Vivix – Membantu mekanisme utama penuaan sel. Maksudnya Vivix menbantu membaikpulih sel. Bila sel sihat dan baik, fungsinya untuk mengawal sakit adalah lebih baik.

3. OmegaGuard – Mengandungi omega-3 yang merupakan anti radang dan mengurangkan spasm salur darah yang berkaitan dengan migrain.

Merupakan lemak baik untuk fungsi saraf (berfungsi sebagai lapisan pelindung saraf)

4. B Complex – Merupakan vitamin yang meningkatkan aliran darah ke otak dan merupakan anti-stress. Riboflavin sangat penting untuk menambah simpanan tenaga dalam sel otak.

5. Ostematrix – Mengandungi magnesium. Orang yang sering mengalami migrain dikaitkan dengan paras magnesium yang rendah.

6. CoQ-Trol – Bertindak sebagai spark plug untuk menghasilkan tenaga. Untuk sel berfungsi dengan baik, sel perlukan tenaga.

7. Vitamin C Sustain Released – Membantu menghasilkan hormon adrenal anti-stress

8. Cinch Tea – Sebagai antioksida dan anti-stress

9. Herb Lax – bantu kurangkan sembelit kerana sembelit juga boleh menyebabkan migrain.

rawat sakit migrain

 

Anda boleh hubungi saya sekarang untuk konsutasi dan cadangan produk yang sesuai untuk anda. Bagaimanapun, yang terbaik ialah anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu mengenai sakit kepala anda dan dapatkan rawatan yang betul.

Hubungi Fyda di 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/migrain

www.wasap.my/60126211883/migrain

www.wasap.my/60126211883/migrain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.