Ustaz Ebit Lew Dikecam Kerana Bagi Sumbangan, Apa Yang Patut Kita Buat?

ustaz ebit dipanggil polis

Ustaz Ebit Lew Dikecam Kerana Bagi Sumbangan, Apa Yang Patut Kita Buat?

Ramai yang terkejut, sedih dan sayu bila UstaZ Ebit Lew ditegur kerana menjalankan kegiatan berbuat baik musim PKP ni. Sebelum ni dah ada yang tegur sebab Ustaz Ebit tak hadkan pergerakan semasa PKP kan, tapi macam ok je terus dibawa angin macam tu je.

Namun, baru-baru ni selepas Ustaz Ebit membantu keluarga yang miskin di Kedah, dia sekali lagi ditegur kerana mengambil gambar dan video sehingga mendedahkan aib famili tersebut.

So, banyaklah reaksi orang-orang agama dan ramai orang lah tentang isu ini. Ada yang setuju sebab duit tu ialah duit sumbangan, jadi wajarnya lah di ambil gambar dan ditunjukkan kepada orang lain kerana orang pun nak tahu ke mana duit disalurkan dan itu adalah salah 1 cara untuk bagi maklumat pada orang kan, sebab orang yang menyumbang tu bukan ada hitam putih, bukan ada senarai nama kan.

Ada juga yang berbeza pendapat sikit, sebab bila memuatnaik gambar macam tu, mungkin mendedahkan kita kepada kecaman orang, fitnah dan rasa riak. Tapi, itu bergantung pada niat kita lah kan? Niat tu memang tak ada orang tahu.

Saya paling suka dan tertarik dengan pendapat Ustaz Haslin, ala ustaz Bollywood tu. Dia kata, kalau orang tu memang popular, wajar untuk dia tunjukkan kebaikan yang dia buat untuk jadi contoh kepada orang lain, supaya orang nampak kebaikan tu ada. Tapi, kalau orang yang takde orang kenal pun dia sapa – tiba-tiba nak up yang dia tu bersedekah. Eh, sapa pulak mamat ni? Itu mungkin ada sesuatu la kan? Tapi again, kita pun tak tahu apa niat dia.

ustaz ebit dipanggil polis

Ustaz Ebit Lew Rupanya Memang Kaya Raya Gila

Kalau tengok Ustaz Ebit tu, saya nampak macam biasa-biasa je. Rupanya ya Allah, dia memang kaya gila. Ada restoren, ada pusat konsultasi, banyak tulis buku, berceramah lagi. So, bila ada orang kecam dia pasal kereta mewah dia, memang logik la dia drive kereta mewah.

Masha Allah..

Jangan kita lupa, dia tu orang Cina. Orang Cina kan pandai berniaga, so kenapa bila dia jadi Islam macam tak logik dia tu kaya.

Gaiss.. Islam tu kaya sebenarnya. Rasulullah pun sangat kaya. Rasulullah tu Perdana Menteri Madinah, tapi baginda memilih untuk hidup secara sederhana.

Anyway, semoga Ustaz Ebit terus kuat untuk meneruskan apa yang dia dah buat. Kalau Ustaz Ebit patah semangat, siapa nak ambil alih tugas buat kebaikan secara terang-terangan? Sebab kita orang Melayu ni kan suka buat kebaikan di sebalik tabir je kan?

Impak Jadi Orang Kaya

Daripada apa yang berlaku ni, saya nampak yang bila kita kaya, boleh guna harta sendiri untuk menolong orang-orang susah, tak perlu nak tunggu sumbangan orang lain, tak perlu nak minta bantuan kerajaan, tapi kita bebas. Bebas buat keputusan sendiri, sebab itu ialah harta kita sendiri.

Sebab itu, sebagai orang Islam kita perlu jadi kaya.

Walaupun mungkin ramai yang takut nak jadi orang kaya, sebab takut riak lah, sombong lah, kedekut lah dan macam-macam sifat negatif yang dikaitkan dengan orang kaya.

Apa kata kita cuba ubah persepsi kita dan fikirkan impak-impak baik yang boleh kita buat bila kita ada duit lebih.

1. Bantu orang susah dan memerlukan

Dah tentu kita boleh bantu orang susah. Keliling kita ni memang banyak sangat orang yang memerlukan, yang memang tak mampu nak bekerja untuk dapatkan duit. Sebab ada juga orang yang cukup sifat segala tapi tak mau kerja kan? Ataupun mungkin dah cari kerja tapi tak dapat.

Kalau kita semua ada rezeki lebih, dah tentu kita pun boleh bantu orang. Tak adalah kita nak mengintai, nak cemburu orang yang buat baik kan? Sebab kita pun boleh buat perkara yang sama.

2. Bantu ahli keluarga sendiri

Dikalangan ahli keluarga kita sendiri pun mungkin ada yang memerlukan. So, kita lah yang bertanggungjawab membantu mereka. So, tak adalah bila ahli keluarga dapat bantuan, kita kata mengaibkan family lain sebab nampak sangat family tak tolong.

bagaimana nak kaya

3. Selesaikan hutang

Indahnya hidup kalau tak ada hutang kan? Bebas je, tak ada bebanan. Hutang tu boleh jadi bebanan hidup tau. Apatah lagi kalau mati sebelum sempat bayar hutang. Bukan nak wariskan harta pusaka kat anak-anak, tapi hutang pusaka.

4. Mencapai impian

Masa kecil dulu, tentu kita ada banyak impian kan? Tapi bila dah dewasa, realiti hidup mungkin tak sama seperti impian kita dulu, so kita dah lupakan impian kita. Macam mustahil nak dapat. Mungkin mahal. So, bila kita kaya ikut suka la nak guna duit kita untuk apa kan?

Tentu ramai nak pergi melancong ke luar negara kan?

5. Kebebasan masa

Kita sebagai manusia ni, tentu kita nak hidup bebas tak nak terikat dengan mana-mana orang. So, kalau dah ada duit banyak, tak perlu dah nak makan gaji kan?

Pilihan Karier Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan

Antara pilihan kerjaya yang ada di Malaysia ialah kerja kerajaan, kerja swasta dan bisnes.

Bisnes pula ada 2 jenis. Iaitu konvensional – iaitu buka kedai jual barang atau kedai jual perkhidmatan.

Tapi ada bisnes lain yang jadi pilihan ramai orang kini – iaitu network marketing.

Kelebihan network marketing;

1. Industri yang sedang pesat berkembang

2. Anda boleh mengawal penuh ke atas pendapatan anda

3. Bisnes ni dilakukan secara berpasukan. Bersatu kita teguh kan?

4. Pendapatan yang berterusan. Walaupun anda sakit, walaupun anda travel, bisnes tetap jalan.

Jika anda sedang mencari bisnes yang sesuai untuk anda, boleh hubungi saya Fyda,

di 012 621 1883, atau klik link wasap ni

Saya Nak Pendapatan Tanpa Had

 

bisnes musim pkp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.