Turunkan Berat Badan Dengan Mudah Pun Perlu Keluar Dari Zon Selesa

cara turunkan berat badan

Turunkan Berat Badan Dengan Mudah Pun Perlu Keluar Dari Zon Selesa

Duduk-duduk lepak depan TV sangat selesa dan menyenangkan. Pergi kedai, order makanan dan duduk makan juga sangat senang dan selesa. Tapi lama-lama bila berat badan mula naik, rasa selalu penat dan lesu, pakaian lama dah tak muat barulah anda sedar apa yang buatkan kita selesa tak selari dengan apa yang buat kita gembira.

Anda nak tengok imej yang cantik di hadapan cermin. Anda nak pakaian tertentu yang saiznya lebih kecil dan nak menghadapi hari dengan penuh bertenaga. Tapi dalam keadaan berlebih berat badan ni, mestilah anda kena buat perubahan. Tapi kenapa susah sangat nak buat perubahan yang boleh membantu untuk dapatkan apa yang anda mahu?

cara turunkan berat badan

Saya nak turunkan berat, tapi…

Saya nak 6 packs, tapi…

Saya nak lebih bertenaga, tapi…

Selalunya apa-apa kenyataan yang disertakan dengan tapi adalah situasi atau habit yang anda rasa dah selesa dan sukar untuk berubah. Contohnya nak turun berat badan, tapi tak ada masa nak masak, tak ada masa nak bersenam.

Soalnya, adakah anda betul-betul selesa dengan keadaan itu? Betul ke anda selesa dengan berat badan berlebihan?

Untuk capai matlamat memerlukan perubahan dan pengorbanan. Berubah dan berkorban untuk dapatkan impian kita boleh jadi sangat menyusahkan dan rumit. Hidup akan berubah dan mungkin juga anda tak dapat apa yang diimpikan.

Tapi, ada sudah tahu risiko jika tetap dalam keadaan lama. Jadi, saya cadangkan supaya berani ambil risiko dan masuk ke dalam ruang tak selesa (uncomfort zone) untuk mencapai cita-cita.

Untuk membina rutin yang baru, kita perlu buat selama 21 hari tanpa henti. Untuk buat rutin tu mungkin perlu usaha 2 atau 3 kali ganda. Jadi selama 21 hari, anda mungkin rasa sangat susah nak ubah dari rutin lama ke rutin baru. Tapi, makin lama anda bertahan anda akan rasa lagi mudah. Minggu pertama selalunya yang paling sukar, kemudian akan jadi lebih mudah.

Ini memerlukan anda untuk fokus kepada gol anda dan perlu ingatkan diri betapa pentingnya gol itu kepada anda.

Bagaimana Untuk Kekalkan Motivasi

Anda boleh mencatat dan bagi reward kepada diri sendiri untuk kekal termotivasi. Tapi, kalau nak turunkan berat jangan lupa reward dengan kek-kek yang menarik perhatian mata. Contohnya boleh beli baju baru, pergi spa je atau pergi jalan-jalan tengok pemandangan cantik, antara reward yang boleh diberi pada diri sendiri.

Yang penting lakukan dengan konsisten.

Anda juga boleh menyertai mana-mana kumpulan sokongan atau upah mana-mana coach. Contohnya kalau nak kuruskan badan, eloklah jangan buat sorang-sorang. Kalau tak, memang cepat putus asa.

Yang penting cari kumpulan sokongan yang betul yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda untuk sama-sama berjaya.

Ramai orang dah dapat bentuk badan yang diidamkan, kesihatan dengan mengamalkan produk Shaklee. Anda hanya perlu keluar dari zon selesa dan mengambil peluang dan risiko. Jangan biarkan ketakutan menyebabkan anda terus berada di takuk lama.

Ambil langkah pertama dan nikmati perjalanan untuk mencapai impian dan menikmati hidup yang penuh nikmat ni.

Untuk bantuan turunkan berat badan, boleh isi borang di bawah dan saya akan bantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *