Tips Tingkatkan Susu Ibu Pada Bulan Puasa

senggugut dan kesuburan

Tips Tingkatkan Susu Ibu Pada Bulan Puasa

Soalan yang paling popular dikalangan ibu menyusu dalam bulan puasa ini adalah susu yang merudum apabila berpuasa, malah ada ibu yang menangis-nangis dan mengadu bahawa stok susunya semakin habis, sedangkan susu makin sikit. Macammana nak kumpul stok?

Ada ibu pernah mengadu pada saya. Senang sangat jaga baby dia. Sebab malam-malam tidur saja sampai pagi. Jadi dia pun ikut tidur. Tak perlu nak berjaga macam ibu-ibu lain. Kalau kat pejabat, pam susu ikut sempat jelah. 2-3 kali pun dah cukup banyak dah.

Tapi bila tiba bulan puasa, susu mula kurang walaupun beliau sering bertukar milk booster, termasuklah coklat untuk banyakkan susu, habbatussauda, kurma dan ESP Shaklee.

Tips menyusu ketika berpuasa

Apa sebenarnya masalah ibu ini?

Perkara pertama yang perlu difahami ialah konsep penyusuan. Satunya dah tentu supply & demand. Makin banyak susu dikeluarkan, makin banyak susu yang akan dihasilkan.

Yang kedua, untuk menghasilkan susu yang banyak, sangat berkait rapat dengan emosi ibu. Ibu yang sentiasa bertenang dan ceria akan meningkatkan penghasilan hormon prolaktin. Hormon prolaktin ni fungsi dia menghasilkan susu ibu.

Kalau ibu jarang menyusukan anak atau jarang mengepam susu, kemungkinan besar paras hormon prolaktin dalam badan ibu mula berkurang.

Bila prolaktin dah kurang, automatik penghasilan susu pun makin berkurang.

6 perkara ibu menyusu perlu tahu

1. Secara purata, bayi menyusu hanyalah 2-3oz atau 3-4oz untuk satu sesi penyusuan.

2. Secara purata, ibu normal akan menghasilkan 3-4oz susu untuk satu sesi perahan.

3. Ibu bekerja perlu memerah susu dengan kerap untuk memastikan paras hormon prolaktin sentiasa maintain dan tidak menurun. Jika hormon ini menurun, itulah penyebabnya susu makin berkurang.

4. Ibu perlu ada target jumlah susu yang ingin dicapai setiap hari dan ibu perlu berusaha untuk mencapainya. Dengan ini, badan akan melakukan pengubahsuaian untuk mencukupkan jumlah susu yang diperlukan oleh ibu.

5.Penghasilan susu turut berkurang sekiranya ibu mengalami kekurangan nutrisi ataupun kekurangan air.

6.Ibu tidak seharusnya terlalu bergantung kepada stok susu sedia ada, sebaiknya stok susu perlu disediakan setiap hari.

7.Ibu tak perlu bandingkan diri dengan ibu lain yang buat stok susu penuh 1 peti sejuk.

Melihat kepada situasi ibu ini, susunya mula merudum sejak bulan puasa. Jadi, kemungkinan besar, ibu mengalami kekurangan air ataupun dehidrasi. Ibu perlu tahu bahawa ibu menyusu diberi keringanan dalam berpuasa sekiranya risaukan diri atau bayi yang tidak cukup susu. Gunakan rukhsah ini sebaiknya berdasarkan keadaan ibu dan bayi kerana semua orang tidak sama. Buatlah mengikut kemampuan sendiri.

Sekiranya ibu ingin berpuasa, maka perhatikanlah pilihan menu sewaktu bersahur dan berbuka. Pastikan makanan yang dipilih membekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu menyusu dan ibu juga perlu pastikan pengambilan air yang cukup sebanyak 8 gelas selepas berbuka puasa dan sepanjang malam.

Tips elakkan susu ibu merudum pada bulan puasa.

Saranan untuk ibu ini

1. Meningkatkan kekerapan pam susu di pejabat. Ibu boleh gunakan panduan mengepam susu di pejabat untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

2. Melakukan power pumping pada waktu malam, memandangkan bayinya tidur nyenyak dan tidar berjaga malam, jadi masa untuk pam waktu malam adalah lebih panjang. Dan pada waktu malam, hormon prolaktin adalah lebih tinggi, jadi waktu malam ialah waktu paling sesuai untuk pam susu.

3. Elakkan penggunaan milk booster dengan banyak pada satu-satu masa. Mungkin akibat sering bertukar milkbooster, ibu tidak sempat merasai kesan terhadap susu, malah makanan tersebut akan menjadi beban kepada badan untuk dicernakan. Harus diingat, milkbooster bukanlah magik, tetapi ibu perlu mengamalkan tips menambahkan susu ibu untuk penghasilan susu yang lebih banyak.

4. Banyakkan makanan untuk meningkatkan hormon prolaktin, termasuk:
–Oats, barli, gandum
–Lada hitam, bawang putih, bawang merah
–Bayam hijau, kacang pis, kacang kuda, badam, asparagus, lobak merah, daun seleri, salad, kentang
–Salmon, tuna

Semoga dengan tips-tips yang diberikan dapat membantu ibu untuk menambahkan susu ibu dan tetap berpuasa dalam bulan yang mulia ini. Semoga pengorbanan ibu yang sedikit diberi ganjaran yang besar oleh Allah.

Saya Menyusukan Anak Dan Amalkan Suplemen Shaklee

cantik di hari raya

Ada pendapat kata ibu menyusu tak perlukan suplemen atau milkbooster. Amalkan saja konsep supply & demand, pasti susu akan cukup. Ya, nak cukupkan susu, nak banyakkan susu sebenarnya bukan susah. Kerapkan mengepam.

Tapi, pada masa yang sama sel yang menghasilkan susu perlukan nutrisi yang lebih banyak. Sebab itu saya pilih Set Penyusuan Shaklee untuk lengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan saya. Apatah lagi, dengan gaya hidup sekarang agak sukar untuk cukupkan nutrisi daripada pemakanan semata-mata.

Jika ibu berminat untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, boleh PW saya di 012 621 1883 atau jemput isi borang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *