Tips Penyembuhan Tulang Patah Dengan Cepat Dan Kuat Semula

tips penyembuhan patah tulang

Tips Penyembuhan Tulang Patah Dengan Cepat Dan Kuat Semula

Entah kenapa tiba-tiba saya teringatkan seorang lelaki yang sado yang pernah berkunjung ke klinik X , berjalan normal macam orang biasa tetapi mengadu kaki kirinya dari paha ke bawah sakit terutamanya bahagian lutut kerana dia jatuh ketika bermain bola sepak. Dalam 2 atau 3 tahun lepas dia pernah kemalangan, mengalami tulang betis patah dan tempurung lutut pecah. Ketika itu dia telah mendapat rawatan.

Pemeriksaan dilakukan, tiada sebarang kebengkakan atau kecacatan pada bahagian sakit dan sendi lutut dan pahanya boleh digerakan tanpa sebarang kesukaran atau kesakitan yang melampau, memandangkan dia masuk ke bilik doktor pun berjalan seperti orang normal. Doktor Y memberinya ubat tahan sakit kerana mengesyaki hanyalah kecederaan pada otot. Tapi dia berkeras mahu X-Ray kerana dia takut tulangnya patah lagi sekali.

Melalui X-Ray tulang yang patah dapat dilihat, tetapi biasanya tulang patah boleh dilihat melalui pemeriksaan fizikal dan X-Ray hanyalah untuk menyokong penemuan semasa pemeriksaan fizikal.

tips penyembuhan patah tulang

Bagaimana tulang patah bersambung kembali

Proses pemulihan tulang patah adalah proses yang kompleks yang melibatkan sel dan pertumbuhan dan pembezaan tisu. Proses ini melibatkan banyak sel-sel lain termasuk faktor pertumbuhan, faktor keradangan, antioksida, sel yang membina tulang (osteoclast) dan sel yang memusnah tulang (osteoblast), hormon, asid amino dan zat-zat makanan yang banyak. Disebabkan proses ini sangat kompleks, jika berlaku gangguan dalam proses ini boleh menyebabkan tulang tidak bersambung walapun sudah sembuh atau proses penyumbuhan itu lambat, sangat lambat atau tidak bersambung langsung.

Hari ke-3 hingga hari ke-5 selepas patah tulang

Setiap tisu yang luka akan menyebabkan keradangan. Untuk tulang, ia bermula dalam 5 hari selepas tulang patah. Tulang mempunyai bekalan darah yang banyak jadi bila tulang patah, pendarahan yang banyak akan berlaku daripada bahagian yang patah. Ini yang menyebabkan bengkak dan lebam muncul tiba-tiba jika berlaku kepatahan tulang. Jika tiada luka pada kulit, darah akan berkumpul dan dipanggil hematoma. Tulang yang patah perlu dicantumkan dalam alignment yang betul kerana apabila darah beku ini terbentuk, proses penyembuhan mula berlaku di bahagian dalam.

Beberapa bahan kimia akan dirembeskan dan sel-sel tulang yang rosak akan dibuang. Sel yang membina tulang belum bermula pada peringkat ini sehingga tiada pergerakan pada tulang yang patah. Pada hari ke-4 hingga hari ke-10, tisu yang baru mula terbentuk yang dipanggil tisu granulasi.

patah tulang

4 hari hingga 3 minggu selepas tulang patah

Pelbagai tindakan kimia dan metabolik yang berlaku yang membentuk tisu seperti span yang memenuhi ruang antara tulang yang patah yang dipanggil ‘soft callus’. Tisu ini mungkin belum dapat menghadapi tekanan dari luar sehingga dalam 6 minggu.

Selepas beberapa minggu, saluran darah mula terbentuk dan lapisan luar tulang yang keras juga mula berbentuk. Tulang ini bermula pada hujung bahagian yang patah yang mula bersambung antara satu sama lain. patah tulang

 

2 minggu hingga 6 atau 12 minggu selepas tulang patah

Ingat tak soft callus tadi? Pada ketika ini sudah menjadi tulang yang lebih kuat. Proses ini berterusan dala 6 hingga 12 minggu bergantung kepada tempat dan jenis patah.

Pada peringkat ini kalsium dan fosfat diperlukan untuk
membentukan hard callus pada tulang yang patah itu. Apabila hard callus terbentuk, tulang dikatakan sudah sembuh dan bersambung. X-ray akan dilakukan untuk memastikan tulang bersambung dengan betul atau tidak.tips patah tulang cepat baik

Pembentukan semula

Selepas pembentukan hard callus, tulang paahun-tahun da bahagian patah akan kelihatan lebih besar, proses pembentukan semula akan bermula dan mengambil masa bertahun-tahun dan meneruskan fungsi tulang yang normal.makanan membantu penyembuhan patah tulang

Apa yang diperlukan semasa proses penyembuhan

Setiap peringkat penyembuhan memerlukan nutrisi tertentu.

1.Peringkat permulaan dan keseluruhan proses, tenaga sangat diperlukan yang mana didapati daripada makanan yang tinggi kalori.

2.Kemudian, proses penyembuhan memerlukan penghasilan protein yang banyak yang bergantung kepada bekalan pelbagai jenis asid amino.

3. Bekalan darah yang cukup diperlukan untuk proses penyembuhan. Apa sahaja yang menyebabkan pengaliran darah berkurang akan melambatkan proses penyembuhan. Ini termasuk merokok, anemia, salur darah tersumbat dan gula yang tinggi dalam darah.

4. Kecederaan juga menyebabkan radikal bebas meningkat dan mungkin boleh melambatkan penyembuhan, jadi mungkin antioksida juga diperlukan untuk penyembuhan luka yang cepat.

Zat makanan yang diperlukan untuk cepatkan penyembuhan tulang patah.

1. Tenaga yang secukupnya.

Penyembuhan tulang patah memerlukan tenaga yang tinggi daripada yang difikirkan. Jadi, pengambilan kalori perlu ditingkatkan. Jika tulang yang patah ialah tulang besar, contohnya tulang paha, keperluan metabolik meningkat kepada 3 kali ganda. Jadi, jika orang dewasa yang aktif memerlukan 2500 kalori sehari, seorang yang perlu berada di atas katil sahaja memerlukan lebih kurang 6000 kalori untuk penyembuhan yang baik.

2. Pengambilan protein

Tulang ialah seperti span yang dibina daripada protein yang dimampatkan dengan kristal yang mengandungi mineral. Kira-kira separuh daripada isipadu tulang ialah protein dan ini termasuk kolagen yang merupakan protein yang tertinggi dalam tulang.

Protein juga diperlukan membentuk faktor pertumbuhan yang memberi kekuatan kepada tulang, kekuatan otot, tindakbalas imun dan pembaharuan tulang.

Jika tak cukup protein tulang akan menjadi lembut berbanding tulang yang kuat dan padat dalam seseorang yang cukup bekalan protein.

Kekurangan protein juga sering menjadi penyebab tulang patah dalam warga tua.

Asid amino tertentu yang diperlukan termasuklah lysin, arginin, prolin, glycine, cystine dan glutamin. Lysine dipercayai boleh meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam matriks tulang dan membantu penghasilan tisu baru.

3.Nutrisi yang bersifat anti-radang

Antioksida akan membaiki kerosakan akibat radikal bebas yang dihasilkan apabila terdapat tisu yang rosak. Radikal bebas ini akan terus merosakkan kolagen dan sel tisu. Antioksida seperti vitamin C, vitamin E, lycopene dan asid lipoic ddicadangkan untuk mempercepat penyembuhan tulang patah.

4. Mineral lain

Berat tulang merangkumi 70% berat mineral termasuk kalsium, fosforus, magnesium, silikon, zink, boron dan lain-lain.

  • Kalsium dan fosforus – Merupakan mineral paling utama dalam tulang dalam bentuk kristal kalsium hydroxyapatite. Kristal ini mengawal kekuatan dan keanjalan tisu tulang. Untuk membina dan membaik pulih tisu tulang, kedua-dua mineral ini sangat diperlukan. Jika tidak cukup kalsium dalam darah, kalsium daripada tulang lain akan diserap untuk proses penyembuhan tulang yang patah.
  • Zink – Mencetus tindakan enzim untuk penyembuhan luka. Suplemen zink membantu pembentukan callus, meningkatkan penghasilan protein dalam tulang seterusnya merangsang penyembuhan.
  • Kuprum – Membantu penghasilan kolagen.
  • Vitamin D – Membantu penyerapan kalsium.
  • Vitamin C – Selain bertindak sebagai antioksida untuk mengelakkan kerosakan kolagen, vitamin C juga meningkatkan penghasilan kolagen yang merupakan komponen utama protein dalam tulang.
  • Vitamin K – Membantu memelihara kalsium dan diperlukan untuk pembentukan protein tulang iaitu osteocalcin.
  • Vitamin B6 – Membantu tindakan vitamin K

Komplikasi jika berlaku gangguan semasa proses penyembuhan tulang yang patah

Terdapat 3 keadaan yang boleh berlaku dalam proses penyembuhan sekiranya terdapat gangguan, iaitu tulang tidak bersambung, proses penyembuhan yang lama dan tulang bersambung secara tidak normal.

1. Tulang tidak bersambung

Keadaan ini dikatakan berlaku apabila tiada tanda-tanda tulang akan bersambung dalam 3-6 bulan dan boleh jadi kerana masa yang diambil terlalu lama untuk sembuh, maka tulang tidak bersambung. Namun ia hanya berlaku dalam 1% kes tulang patah.

2. Tulang bersambung secara tidak normal

Mungkin disebakan alignment yang tidak betul semasa proses penyembuhan, tulang bersambung dalam keadaan tidak normal dan menyebabkan kecacatan. Keadaan ini mendedahkan seseorang kepada masalah arthritis.

Jika anda mengalami tulang patah, dapatkan rawatan di hospital untuk melihat tahap keterukan tulang patah dan dapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan penyembuhan luka yang baik dan mendapat tulang yang kuat semula.

Sebarang soalan atau saja nak sembang boleh hubungi saya,

Fyda Noh – 012 621 1883

 

Sumber :

1. Betterbones

2. Physioroom

3. Ambonsall 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *