Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu Kepada Golongan Berisiko Tinggi

Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu Kepada Golongan Berisiko Tinggi

Topik paling hangat sekarang di Malaysia tentulah jerebu. Banyak gambar-gambar kabur yang di muatnaik di laman sosial dan setiap hari di berita juga pasti tak lepas daripada melaporkan masalah jerebu yang saban hari semakin menebal di beberapa tempat.

Apakah jerebu?

Jerebu ialah partikel-partikel halus yang pada asalnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara sama ada terjadi secara semulajadi ataupun disebabkan aktiviti manusia. Apabila zarah-zarah ini berkumpul dengan banyaknya, pandangan kita pun mula dikaburkan oleh partikel-partikel ini. Kejadian jerebu biasanya akan mencetuskan fenomena, buka sahaja kerana mendung kelabu tetapi jangkitan penyakit juga senang merebak.

Sekiranya jerebu terjadi akibat kebakaran, kandungannya adalah berbahaya kepada kesihatan manusia. Antara gas yang terdapat dalam partikel jerebu ialah gas karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.

Kesan jerebu terhadap kesihatan manusia

Jerebu paling kerap menyerang sistem pernafasan manusia. Seseorang akan mengalami gatal-gatal kerongkong, batuk, selsema, sukar bernafas dan sakit dada. Selain itu, ada juga yang mengalami ketidakselesaan pada mata dan menyebabkan mata pedih dan berair dan kulit badan boleh jadi gatal-gatal.

Keadaan jerebu yang berterusan boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua orang, namun ada beberapa golongan yang berisiko tinggi mungkin terjejas lebih teruk.

penjagaan kesihatan semasa jerebu

Kesian bayi ni batuk ketika jerebu.

Golongan yang berisiko tinggi

1. Kanak-kanak

2. Warga emas

3. Mereka yang menghidap penyakit yang melibatkan sistem pernafasan, termasuk:

  • Asma
  • Bronkitis
  • Radang paru-paru
  • Penyakit paru-paru kronik
  • Alahan
  • Penyakit jantung

4. Mereka yang merokok

5. Mereka yang kerap melakukan aktiviti luar atau sering bekerja di luar pejabat.

Nasihat untuk golongan berisiko tinggi

Mereka yang termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi termasuklah pesakit kencing manis dan darah tinggi perlu mengelakkan aktiviti luar sehingga paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa jerebu boleh menjejaskan fungsi paru-paru. Jadi, tak hairanlah pada musim jerebu ramai yang terkena jangkitan paru-paru, serangan asma juga berisiko untuk meningkat. Jadi, pesakit-pesakit asma sangat perlu mengelakkan diri daripada terdedah kepada jerebu dan membawa inhaler ke mana sahaja mereka pergi.

Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung dengan pendedahan kepada cuaca yang berjerebu. Jadi kepada penghidap penyakit-penyakit kronik, sebagai langkah berjaga-jaga, sebolehnya elakkan diri daripada keadaan berjerebu bagi mengelakkan penyakit mereka menjadi lebih teruk.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik

1. Elakkan melakukan aktiviti luar sekiranya IPU melebihi 100.

2. Jika terpaksa keluar dari rumah, pakai alat pelindung pernafasan. Alat pelindung pernafasan yang paling sesuai untuk cuaca berjerebu ialah N95 dan P100. Namun untuk penghidap asma atau sakit jantung, topeng N95 mungkin boleh membuatkan rasa tidak selesa atau kesukaran untuk bernafas.

3. Minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan. Seboleh-bolehnya elakkan air manis kerana boleh meningkatkan paras gula untuk penghidap kencing manis.

4. Mengambil ubat mengikut jadual seperti yang disarankan oleh doktor.

5. Lakukan senaman di rumah. Senaman ringan cukuplah sebab takut nanti kekurangan air pula.

6. Makan makanan yang sihat dan seimbang mengikut keperluan aktiviti harian. Kurangkan makan jika kurang membuat aktiviti. Elakkan garam dan gula berlebihan dalam masakan. Seboleh-bolehnya lebihkan makanan yang berkuah dan bersup tapi kurangkan kuah berlemak ya.

7. Jika keluar rumah, pastikan ada ahli keluarga atau rakan yang tahu di mana anda berada dan pastikan anda boleh menghubungi orang dan boleh dihubungi. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan.

8. Tolonglah berhenti merokok sepanjang tempoh jerebu ini dan sampai bila-bila. Terus merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan sendiri, malah turut menyumbang kepada masalah jerebu.

9. Segera dapatkan rawatan jika mengalami gejala yang berkaitan dengan pernafasan, termasuk batuk, selsema, sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, muntah dan mual.

Pada musim jerebu begini, penghidap penyakit kronik memang perlu jaga kesihatan 2 kali ganda atau lebih. Memang mungkin sangat sukar untuk dilakukan. Jadi, perlu sentiasa ingat untuk menjaga alam sekitar yang menjadi tempat kita hidup.

Sekiranya ada sebarang pentanyaan atau saja nak sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

 

Sumber:

InfoSihat

Portal MOH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *