Tips Luka Kencing Manis Cepat Sembuh, Elakkan Risiko Kaki Dipotong

kesan potong kaki kencing manis

Tips Luka Kencing Manis Cepat Sembuh, Elakkan Risiko Kaki Dipotong

Apabila seseorang disahkan menghidap kencing manis, doktor akan menerangkan komplikasi-komplikasi yang akan berlaku. Lambat atau cepat berlakunya komplikasi bergantung kepada tahap pengawalan gula seseorang.

Komplikasi kencing manis ada jangka pendek dan jangka panjang. Pesakit kencing manis akan dipantau untuk mengesan komplikasi ini dengan lebih awal. Maknanya komplikasi itu memang dijangka.

Antara nasihat yang selalu diberikan ialah memeriksa anggota badan sendiri terutamanya kaki kerana pesakit kencing manis boleh kehilangan deria rasa di kaki dan tak rasa sakit walaupun mengalami kecederaan atau terluka.

Luka pesakit kencing manis memang ambil masa yang lebih lama untuk sembuh, tapi kalau kalau lama sangat, sampai berulat-ulat tu adalah tu sebab-sebab antara di bawah ni.

kesan potong kaki kencing manis

1. Paras gula yang tinggi

Gula ni bukan saja kita suka makan. Kuman pun suka. Dalam keadaan gula tinggi dalam darah, kuman senang membiak. Bila dah banyak kuman, luka pun automatik lambat baik.

Gula yang tinggi juga menyebabkan darah jadi lebih pekat. Jadi, peredaran darah tak lancar. Bila peredaran darah tak lancar, oksigen dan nutrien sukar dibawa ke tempat luka. Jadi luka pun lambat nak sembuh.

2. Salur darah yang sempit

Pesakit kencing manis biasanya cenderung untuk membentuk aterosklerosis pada salur darah. Jadi, salur darah jadi lebih sempit. Ditambah dengan darah lebih pekat, jadi pengaliran darah ke tempat luka jadi makin lambat.

3. Sistem imun yang rendah

Sistem pertahanan badan pesakit diabetes adalah rendah berbanding orang biasa walaupun pesakit itu rasa sihat saja. Jadi, bila sistem imun rendah, kalau kuman masuk sukar nak lawan.

4. Kerosakan saraf

Gula yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf. Saraf yang paling cepat rosak dalam pesakit kencing manis ialah saraf kaki. Bila saraf dah rosak, ada luka pun takkan rasa sakit. Itulah luka tak perasan, jadinya luka tu makin memburuk.

Apa Akan Jadi Jika Luka Lambat Sembuh Dan Bernanah?

Ramai ahli masyarakat kita lebih suka utamakan rawatan kampung daripada hospital. Kalau ada luka kaki, dia cari ubat kampung dulu. Bila luka tak baik juga, malah sampai dah sakit teruk baru datang hospital.

Masa tu, kuman dari kaki dah banyak dakam darah dan merebak ke organ lain. Doktor pun tak ada pilihan lain selain daripada membuang sumber jangkitan itu. Sebab nyawa seseorang lebih berharga daripada kakinya.

Kalau nak tahu, setiap 30 saat ada 1 kaki dipotong sebab penyakit manis. Jangan biarkan ia jadi kaki anda. Dapatkan rawatan di hospital di samping tu, kalau nak cuba cara alternatif pun, pastikan yang selamat.

Nak Tahu Cara Kawal Gula Dengan Berkesan Dan Dijamin Selamat?

Ramai pesakit kencing manis telah mengamalkan Vivix dan sangat berpuas hati dengan tahap kesihatannya. Ramai yang hampir kena potong kaki tapi alhamdulillah berjaya diselamatkan asbab amalkan Vivix.

Tapi, ingat Vivix ialah suplemen bukannya ubat. Jadi, kena dapatkan rawatan daripada doktor dulu. Walaupun makan Vivix, ubat doktor jangan tinggal. Tapi, in sha Allah Vivix akan baiki sel-sel badan dan menjadikan kita lebih sihat.

In sha Allah..

elak potong kaki kencing manis

 

Jika anda memerlukan konsultasi atau info lanjut mengenai penyakit anda dan adakah Vivix sesuai untuk anda, atau nak buat tempahan,

Anda boleh ini borang di bawah,

atau whatsapp saya di www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *