Tips Kewangan Peribadi Di Musim Covid – 5 Tips Duit Gaji Cukup Setiap Bulan

tips kewangan peribadi

Tips Kewangan Peribadi Di Musim Covid – 5 Tips Duit Gaji Cukup Setiap Bulan

Hairan kan? Dah ada duit gaji sendiri tapi masih tak ada simpanan bulan-bulan. Lagi teruk, kalau simpanan tak ada dan terpaksa meminjam pula untuk kelangsungan hidup.

Sebenarnya dia bukan sebab duit banyak ke sikit, tapi macammana cara kita uruskan duit itu yang penting. Duit banyak ke, duit sikit ke, kalau diuruskan dengan baik in sha Allah akan jadi baik.

Duit RM1,000,000 pum boleh habis dalam sehari kalau tak uruskan betul-betul.

Dalam entry kali ni, saya nak kongsi tips untuk menguruskan kewangan peribadi. Semoga bermanfaat.

tips kewangan peribadi

1.   Dapat gaji, SIMPAN 10% dahulu sebelum BELANJA

Ramai orang bila dapat gaji terus nak setelkan benda-benda wajib dan lupakan diri sendiri, lupa nak guna duit gaji tu untuk sendiri.

Ada pula orang bila dapat gaji, terus nak reward diri sendiri je. Padahal dia tak perlukan pun benda tu.

Salah 1 cara guna duit gaji untuk keperluan kita ialah dengan menyimpan. Ini adalah peraturan wajib.

Sebelum anda ambil duit gaji anda untuk belanja harian, belanja dapur, bayar ansuran, bayar hutang dan sebagainya, SIMPAN 10 % dahulu gaji tersebut ke akaun simpanan anda. Kalau boleh asingkan siap-siap ke dalam akaun lain.

Contohnya, gaji saya adalah di dalam akaun CIMB. Jadi, setiap kali gaji masuk, saya akan transfer sekurang-kurangnya 10% gaji saya ke akaun ASB saya.

Kemudian, lebihan yang 90% tu lagi, barulah saya akan gunakan wang gaji tersebut untuk urusan lain.

Jadi, anda seharusnya ada sekurang-kurangnya 2 akaun iaitu akaun bank untuk wang perbelanjaan dan akaun simpanan yang tidak boleh diganggu.

Bayangkan, jika gaji anda :

RM 1200 sebulan, 10% ialah RM 120 sebulan x 12 bulan = RM 1440 setahun d

an anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 7200.

Jika gaji RM 2800, 10% ialah RM 280 sebulan x 12 bulan = RM 3360 setahun

Dan jika anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 16 800.

Sama juga bagi yang berniaga. Keuntungan tu bukan untuk yang kamu nikmati semua. Kena ada juga simpan sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan anda tu.

Amalan menyimpan ini sudah tidak menjadi rahsia, tetapi hanya segelintir orang je yang amalkannya. Masa kecil-kecil dulu tentu kita biasa kan menabung? Jadi kenapa bila besar sangat susah untuk simpan duit?

Bayangkan mereka yang telah bekerja bertahun-tahun, tetapi simpanan tak bertambah, malah ada yang tak ada simpanan pun tapi duit masih tak cukup setiap bulan. dan masih tidak cukup wang.

Ini kerana tiadanya disiplin dalam menyimpan walaupun hanya 10% daripada gaji setiap bulan.

2.   Ada perancangan kewangan

Pernah tak anda, bila hujung bulan tertanya-tanya macammana duit aku boleh habis ya? Mana semua duit aku pergi?

Ini disebabkan oleh tak ada perancangan kewangan. Perancangan kewangan ni penting supaya kita nampak ke mana duit kita mengalir dan kita boleh kawal daripada gunakan kepada perkara yang tak sepatutnya.

Bahagikan siap-siap jumlah wang untuk setiap kategori perbelanjaan dan komitmen bulanan.

Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM 2000

  • Simpanan (10%) RM 200
  • Sewa rumah RM 300
  • Ansuran kereta RM 300
  • Bil elektrik/air RM 100
  • Makan minum RM 400
  • Sedekah RM 100
  • Ibu Bapa RM 200
  • Nafkah isteri /keluarga RM 300
  • Lain-lain (minyak, tol, sosial, luar jangka) RM 100

JUMLAH RM 2000

Lepas dah ada perancangan kewangan ni, anda boleh rekodkan duit yang anda guna setiap hari ke dalam buku kewangan. Di sana boleh nampak kalau ada lebihan belanja, mungkin perlu seimbangkan dengan perbelanjaan lain.

amalan menabung

3.   Belanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan

Tip ke 3 ini juga amat penting. Kadang-kadang bila kita tengok orang beli sesuatu, kita pun rasa nak juga kan?

Ada juga orang yang kata kita perlu reward diri sendiri supaya kita happy dan rezeki pu bertambah masuk.

Tapi, kita perlu fikir adakah kita perlukan benda tu?

Perlu ke tukar handphone baru jika handphone kita masih ok?

Perlu ke beli baju baru setiap bulan?

Mana lebih jimat? Masak sendiri atau makan di luar?

Dan banyak lagi lah. Bila kita tengok betul-betul, fikir betul-betul banyak duit gaji yang boleh kita jimatkan dengan beli benda yang kita perlukan, bukan ikut hawa nafsu sahaja.

4.   Minimumkan perbelanjaan

Setiap bulan kita tentu ada perbelanjaan wajib kan? Contohnya sewa rumah, kereta atau motor, bil telefon, bil air, bil elektrik dan semua la. Bandingkan beberapa pilihan dan pilih yang menjimatkan.

Tapi ini memang susah juga nak dibuat dan perlu terima hakikat, benda yang murah kualiti dia mungkin tak sama dengan yang lebih mahal la.

5.   Amalkan menderma atau bersedekah

Makin banyak kita memberi, makin banyak rezeki Allah akan bagi kita. In sha Allah. Mula-mula mungkin susah nak memberi tambah-tambah jika kita sendiri pun tak cukup kan?

Mulakan dengan jumlah yang sikit, RM1 ke. Setiap hari RM1 dengan konsisten.

Takut tak ikhlas? Takpa, kita paksa diri untuk buat kebaikan, in sha Allah ikhlas tu akan datang. Lagipun, siapa kita untuk tentukan keikhlasan tu?

Mulakan sahaja dan konsisten, in sha Allah, Allah akan cukupkan keperluan anda dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

Rezeki juga akan menjadi lebih berkat dan tidak bocor.

Wang yang sedikit dirasakan cukup apabila rezeki yang diperoleh itu berkat.

Adakah Perlu Berkorban Dan Hidup Serba Kekurangan?

Perkongsian tips di atas bukan bermaksud anda perlu berkorban dan hidup berlapar dan sebagainya tapi itu adalah panduan untuk pengurusan kewangan. Yang paling penting ialah kita kena kembalikan semangat menabung yang kita ada masa zaman kecil-kecil dulu.

Kita perlahan-lahan ubah kalau ada tabiat yang tak baik dalam kewangan untuk selamatkan keadaan ekonomi kita sendiri.

Tapi saya nak share 1 bonus untuk kewangan kita. Nak tau tak?

6.   Bina pendapatan sampingan dan pendapatan pasif

Sebenarnya, dengan berjimat cermat macammana pun, susah untuk menyelesaikan masalah kewangan. Sebab kos sara hidup akan makin naik. Sekarang mungkin sekampit beras harganya RM20, akan datang mungkin akan berganda untuk kuantiti yang sama.

Nak tak nak, kita perlu tambah pendapatan kita. Sebab ramai orang tak dapat menyimpan sebab duit gaji memang tak cukup.

Jadi, saya ada peluang bisnes untuk ofer kepada anda. Bisnes ni tak senang tapi simple dan merupakan barang yang diperlukan oleh orang untuk gaya hidup dan kesihatan masa kini, iaitu Bisnes Shaklee.

Dengarkan dulu peluang yang anda boleh dapat daripada bisnes ni dengan hubungi saya

mentor bisnes shaklee

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.