Tips Kemas Rumah Mudah Dan Cepat Bagi Ibu Yang Sibuk

wanita sibuk bekerja

Tips Kemas Rumah Mudah Dan Cepat Bagi Ibu Yang Sibuk

Apa aktiviti ibu-ibu menjelang hari minggu esok? Tentu salah satunya kemas rumah kan? Maklumlah kalau hari-hari biasa masanya sangat singkat terutamanya bagi ibu yang bekerja. Sebenarnya tabiat menangguhkan kemas rumah pada waktu hujung minggu adalah tabiat tak baik. Kalau hujung minggu pun sibuk? Takkan nak kemas rumah sebulan sekali kot. Jadi, saya cadangkan tips yang mudah untuk membantu ibu terutamanya yang berkerjaya memastikan rumah sentiasa kemas dan boleh menerima tetamu sentiasa.

tips kemas rumah dengan cepat

1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu

Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah hari Selasa dan Jumaat.

Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh pakaian setiap hari.

 Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju. Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.

2. Cara mudah uruskan kain baju

Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.

Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat terus sangkut dalam almari.

Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.

3. Pandai mengambil peluang

Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai.

Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?

4. Membuat kerja ikut arah jam

Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.

5. Bermula dari atas ke bawah

Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.

Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah.

wanita sibuk bekerja

6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam

Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari satau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahuli sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.

Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.

Saya akan gunakan Basic H Shaklee untuk mengemop lantai. Pencuci serbaguna ini bukan saja menjadikan lantai bersih dan berkilat, malah tiada bahan kimia dan selamat untuk anak-anak yang merangkak.

Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang cepat sahaja buat kerja.

7. Gunakan bantuan mesin

Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.

Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan kerja.

Sebelum mengakhiri artikel ini, saya belanja dulu kisah ibu yang sangat-sangat sibuk tapi tetap mempunyai masa untuk menguruskan rumahnya. Semoga boleh ambil contoh daripada video ini.

Jika ibu-ibu selalu rasa penat, selalu cepat habis tenaga saya ada cadangan untuk selesaikan masalah ibu-ibu. Klik disini – tips ibu bekerja sentiasa bertenaga, elakkan letih lesu 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *