Tips Kawal Kencing Manis, Kurangkan Risiko Komplikasi Kaki Dipotong

kena potong kaki

Tips Kawal Kencing Manis, Kurangkan Risiko Komplikasi Kaki Dipotong

Usianya masih muda, baru dalam 40-an. Macam tak percaya bila doktor katakan kakinya perlu dipotong akibat kencing manis. Begitulah aduan seorang lelaki kepada saya. Minta saya bantunya untuk elakkan kaki dipotong. Saya minta maaf banyak-banyak sebab memang saya tak boleh buat apa-apa. Walaupun kajian membuktikan resveratrol yang terdapat dalam Vivix boleh membantu kematian sel secara sihat dan mampu membaiki sel dan membina sel baru tapi dalam keadaan sel yang sudah rosak dan untuk mengelakkan tersebarnya jangkitan, potong kaki mungkin piilhan yang terbaik ketika itu.

Pesakit diabetes memang dah  ramai di Malaysia sekarang ni. Dan dijangka terus meningkat. 17% penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap diabetes, 30% menghidap hypertension atau tekanan darah tinggi dan 1/2 daripadanya tak tahu pun ada dia ada penyakit tersebut sebelum ni.

Kenapa? Sebab tak pernah buat medical check up la kot.

Yang lebih memburukkan keadaan, lebih 40% Malaysian yang obese. Yang ni bagus, takyah buat medical check up sendiri dah tau obese ke tidak. Cumanya, ramai antara kita yang cepat putus asa bila susah nak turunkan berat badan dan anggap lebih berat badan tu ok sebab ramai yang alami masalah yang sama. Sehinggalah penyakit datang hinggap.

kena potong kaki

Apa sebenarnya punca kencing manis?

Kalau dulu-dulu ramai orang tua yang menghidap kencing manis. Tapi sekarang, makin ramai orang muda yang menghidapnya. Kebanyakan kencing manis berpunca daripada gaya hidup dan pemakanan kita yang tidak seimbang. Dan gaya hidup yang kurang aktif.

Penggunaan gula putih sangatlah meluas. Kalau minum air, mesti nak yang manis saja. Padahal gula tu lah yang kita perlu kita kurangkan sebab sangat memudaratkan kesihatan. Dan sekarang ni, makanan segera atau fastfood lagi senang nak dapat dan lagi murah daripada real food.

Air coke atau air berkarbonat, walaupun banyak kenyataan yang mengatakan minuman itu mengandungi gula yang tinggi dan berbahaya untuk kesihatan, minuman itulah yang paling laku dijual dan paling digemari oleh ramai orang-orang muda.

Walaupun dah kena diabetes, masih juga susah nak tukar tabiat pemakanan. Sebabnya dah terbiasa macam tu. Ada juga yang fikir, sebab dah makan ubat, jadi tak kisah lah nak makan macam-macam.

Komplikasi Kencing Manis Boleh Terjadi Kepada Semua Organ

Tak difikir kesan buruk pada masa hadapan. Komplikasi diabetes ni boleh jadi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semua organ tak terkecuali.

Tapi yang paling mengurangkan kualiti hidup ialah bila kaki kena potong atau buah pinggang rosak. Dah kena pakai kaki palsu, dah kena cuci pinggang 3 atau 4 kali seminggu. Sekali cuci tu bukan sekejap, 4 jam lebih kurang. Kalau mampu beli mesin dia boleh cuci kat rumah setiap hari. Kalau tak, terpaksa lah tunggu giliran.

Anda pilih,

Ingin kudung atau jalani rawatan dialisis atau nak jaga kesihatan dari sekarang? Elok-elok takda penyakit, jangan pula p cari penyakit.

Vivix Kawan Baik Pesakit Kencing Manis

Jadi, saya sangat cadangkan anda yang sihat ni mula amalkan suplemen dari sekarang. Yang paling penting ialah jaga pemakanan kita. Lebihkan serat dan air yang mencukupi. Bersenam yang ringan dan berterusan.

Tapi, walaupun kita dah makan makanan sihat dan seimbang, makanan tersebut tetap tak dapat memenuhi keperluan zat makanan kita. Sebab tu perlu dapatkan suplemen.

Vivix ialah suplemen terbaik untuk pesakit kencing manis kerana resveratrol yang terdapat dalam Vivix boleh mengurangkan kerintangan insulin dan membantu sel mengawal gula dengan baik. Sebelum kena komplikasi, lebih baik kurangkan risiko.

tips merawat kencing manis

Jika berminat untuk cuba Vivix atau untuk dapatkan info lanjut, boleh isi borang di bawah.

Atau kalau nak beli sendiri, klik saja link ini..

Sihat Dengan Vivix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *