Tips Jantung Sihat, Ramai Pakar Jantung Cadangkan CoQ10

makan ubat kolesterol

Tips Jantung Sihat, Ramai Pakar Jantung Cadangkan CoQ10

Penggunaan CoQ10 dalam bidang perubatan jantung di negara Barat memang dah lama bermula. Tapi di Malaysia ni masih lagi asing. Walaupun CoQ10 termasuk dalam suplemen, tapi ramai pakar jantung di luar negara memilih CoQ10 bersama-sama dengan ubat untuk merawat sakit jantung.

Mungkin anda tak tahu apa itu CoQ10 kan? Dan apa kaitannya dengan jantung? Jadi, kena baca artikel ni sampai habis ok…

makan ubat kolesterol

Apakah coQ10?

CoQ10 ialah sejenis antioksida yang dihasilkan sendiri oleh badan manusia. Selain itu, terdapat dalam pelbagai jenis makanan dan dan juga dihasilkan dalam bentuk suplemen.

CoQ10 terdapat dalam mitokondria, iaitu pusat jana tenaga dalam sel. Fungsinya ialah untuk membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi ia terdapat dalam semua sel tapi paling tinggi dalam organ yang aktif dan memerlukan banyak tenaga separtu jantung, buah pinggang dan hati.

Banyak kajian perubatan yang menyokong kebaikan CoQ10 berdasarkan fungsi dalam penggunaan oksigen dan penghasilan tenaga terutama dalam sel otot jantung.

Kenapa Kita Perlukan Suplemen CoQ10

CoQ10 memang dihasilkan oleh badan kita, namun apabila usia mencecah 20-an, penghasilannya semakin berkurang. Pada usia 40-50 tahun, penghasilan CoQ10 dah berkurang sebanyak separuh.

Jadi, boleh nampak tak kenapa kita makin penat bila meningkat usia? Kerana CoQ10 dalam otot semakin berkurang, jadi badan kita mudah letih dan lesu.

Lebih banyak CoQ10 rosak dengan pengambilan makanan tak seimbang, terdedah kepada pencemaran dan ubat-ubatan termasuk ubat kolesterol, ubat darah tinggi, ubat jantung dan ubat penenang.

Jadi, agak mustahil lah untuk badan kita bekalkan keperluan CoQ10. Melalui makanan juga mungkin agak sukar, sebab untuk dapatkan 100mg CoQ10 yang diperlukan oleh badan, kita perlu makan 3kg daging merah, 100 mangkuk brokoli dan kira-kira 3kg mentega kacang.

Fungsi CoQ10 Kepada Badan Manusia

CoQ10 banyak membantu dalam kesihatan jantung dengan mengelakkan pengoksidaan LDL, memastikan kesihatan peredaran darah, dan menyokong fungsi optimum jantung.

Selain itu, CoQ10 juga dapat mengurangkan migrain, dan memperbaik pergerakan sperma seterusnya membantu dalam kesuburan lelaki.

Beberapa kajian menunjukkan dose yang tinggi dapat melambatkan penyakit Parkinson, tetapi satu kajian yang dijalankan oleh National Institute for Neurological Disease and Stroke pada 2011, menunjukkan CoQ10 tidak memberi kesan kepada perkembangan penyakit saraf.

Namun, beberapa klinikal trial menunjukkan CoQ10 boleh menolong dalam masalah gusi bengkak, iaitu gingivitis.

Bagaimana Nak Tahu CoQ10 Kurang Dalam Badan Kita

Disebabkan kandungan CoQ10 paling tinggi dalam otot jantung, kekurangannya dikaitkan dengan masalah jantung dan peredaran darah, seperti serangan sakit jantung, ritma tidak sekata, kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, kekurangannya juga dikesan dalam orang yang mempunyai masalah pengawalan gula, masalah gusi dan ulser dalam perut.

Bagi yang menggunakan statin untuk menurunkan kolesterol juga mengalami masalah ini kerana statin menghalang pembentukan CoQ10 dalam badan.
Kekurangan CoQ10 lebih kurang sama dengan kesan statin, iaitu penat, sakit sendi dan otot.

Berapa Banyak CoQ10 Diperlukan Sehari?

Tiada dose yang ditetapkan secara rasmi, namun beberapa doktor mencadangkan antara 90-120mg bagi yang mengambil statin, yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit jantung, dan mempunyai risiko penyakit jantung.

Dose yang sama juga dicadangkan kepada orang-orang yang ingin mengekalkan kesihatan jantung.

Disebabkab CoQ10 larut lemak, maka dicadangkan untuk diambil bersama-sama makanan berlemak.

Pilih CoQ10 dalam bentuk soft-gel ubiquinol kerana keberkesanan antioksidanya lebih tinggi berbanding ubiquinone.

Untuk kanak-kanak dinasihatkan merujuk pakar kanak-kanak sebelum diberi CoQ10.

Perlukah Suplemen? Tak Cukup Dalam Makanan Sahaja?

Walaupun badan mampu menghasilkan CoQ10 sendiri, namun proses penghasilannya memerlukan beberapa co-enzyme dan keupayaan badan menghasilkannya akan berkurangan dengan peningkatan umur.

Jadi, pengamal perubatan percaya pengambilan makanan tinggi CoQ10 atau pengambilan suplemen setiap hari adalah perlu terutama bagi mereka yang berisiko tinggi dalam penyakit jantung.

Makanan seperti ikan dan daging, kacang soya, bijan dan minyak jagung adalah sumber CoQ10, namun kajian menunjukkan secara purata penduduk US hanya mendapat 10mg sahaja dalam makanan mereka.

Apa Yang Berlaku Jika Terlebih CoQ10 Dalam Badan?

Tidak banyak kajian mengenai keracunan CoQ10 yang dijalankan, tapi kajian awal menunjukkan dose setinggi 1200mg selamat dalam memastikan kesihatan, terutama untuk pesakit Parkinson. Ada juga kajian mengatakan dose yang tinggi dan selamat ialah sebanyak 3000mg. Namun, mungkin sistem pencernaan anda akan terganggu dan boleh menyebabkan sakit perut.

5 Sebab Perlu Pilih CoQ10 Shaklee

Shaklee teleh melancarkan produk CoQ10 dengan formulasi terbaru yang lebih baik. Dan tentu terbaik untuk kesihatan anda. 5 sebab perlu pilih CoQTrol ialah:

1. Membekalkan 100mg CoQ10, cukup untuk keperluan harian

2. Ditambah dengan 2mg resveratrol, yang terbukti menambahkan mitokondria dalam sel.

3. Ditambah dengan vitamin E untuk menguatkan keupayaan antioksida

4. Campuran minyak zaitun untuk meningkatkan penyerapan

5. Tanpa gluten

 

panduan jantung sihat

Sayangi jantung anda dan ahli keluarga anda. Buatlah pilihan suplemen CoQ10 terbaik.

Hubungi Fyda untuk tempahan CoQ10 anda.

012 621 1883

atau isi borang di bawah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *