Tertukar-Tukar Nama Orang, Mungkin Tanda Awal Nyanyuk. Baca Ni Jika Nak Jaga Kesihatan Minda Anda

cara tingkatkan kesihatan minda

Tertukar-Tukar Nama Orang, Mungkin Tanda Awal Nyanyuk. Baca Ni Jika Nak Jaga Kesihatan Minda Anda

Otak ialah organ yang sangat penting dalam badan manusia sebab secara fizikalnya otak mengawal semua tindakan yang kita buat. Bukan dari segi emosi sahaja, malah nak gerakkan 1 jari pun pusat kawalan dia di otak.

Selain daripada tu, otak atau minda juga mengawal pemikiran, perasaan, tingkah laku, keputusan, kelakuan, interaksi, pencernaan, penilaian dan pekerti.

Maknanya otak ni mengawal kedua-dua tindakan fizikal dan emosi.

Oleh sebab tu, otak perlukan lebih bahan mentah untuk berfungsi. Jadi, otak menggunakan 20% oksigen dan darah dalam badan. Sel yang bertanggungjawab untuk memproses mesej ni ialah neuron. Jadi untuk buat semua kerja ni, neuron ini perlukan banyak tenaga, maka sebab itulah mereka perlukan banyak oksigen.

cara tingkatkan kesihatan minda

Cari Spek Tak Jumpa, Rupanya Ada Atas Kepala

Sebelum anda teruskan bacaan, saya nak kongsi dulu sikit sebanyak tentang otak kita.

Otak – Organ yang terdiri daripada sel-sel yang dipanggil neuron. Otak ni terbahagi kepada 2 bahagian, kiri dan kanan. Otak sebelah kanan mengawal bahagian badan sebelah kiri dan sebelah kiri akan kawal sebelah kanan. Sebab tu, kalau orang strok sebelah kiri sebenarnya bahagian otak kanan dia yang ada masalah.

Daripada otak, terbentuk saraf tunjang yang berada dalam tulang belakang kita. Daripada saraf tunjang ni akan ‘tumbuh’ saraf-saraf kecil untuk menerima dan menghantar mesej. Boleh bayangkan batang pokok dengan akar-akarnya.

Sel neuron ni bentuk dia macam ada kaki yang panjang yang namanya axon. Sel  tapi tak bersambung antara satu sama lain tapi ada 1 ruang antara 2 sel yang dipanggil sinaps. Penghantaran maklumat melalui sinaps ni dilakukan oleh bahan kimia khusus yang dipanggil neurotransmitter.

Untuk mencepatkan penghantaran maklumat ni, axon dibaluti oleh lapisan yang dinamakan myelin sheath. Jika berlaku kerosakan pada myelin sheath, maklumat ini tak dapat dihantar dengan baik.

Sebab itulah selalu lupa kat mana letak spek, rupanya ada kat atas kepala.

Apakah 4 jenis neurotransmitter yang paling biasa?

1. Acetylocholine – untuk perhatian, pelajaran dan ingatan.

2. Serotonin – hasrat seksual, membina keyakinan diri (neurotransmitter yang gembira), contohnya apabila shopping menyebabkan anda rasa gembira.

3. Dopamine – kreativiti, motivasi, kontrol gerakan

4. Noradrenaline – tenaga, kewaspadaan, fokus. Selalunya tinggi pada kanak-kanak, rendah pada orang dewasa.

Masalah dan gangguan pada fungsi kognitif

Manusia kehilangan 1gm sel otak setiap setahun. Ini disebabkan oleh neuron akan melalui proses penuaan atau kerosakan akibat radikal bebas dan keradangan. Akibatnya:

-Nukleus yang membentuk acetycholine – kehilangan 50% neuron
-Substantia yang menghasilkan depamin – kehilangan 35 – 40% neuron
-Raph nucleus menghasilkan serotonin – kehilangan 35 – 40% neuron

Ini menyebabkan fungsi otak semakin lemah, makin mudah hilang fokus. Nak belajar benda baru pun susah.

Sounds familiar? Otak lemah akan mengganggu proses pembelajaran.

Perkara Yang Mencederakan Otak Dan Mengurangkan Fungsinya

1. Kecederaan otak secara fizikal – kerana kemalangan, lemas atau apa-apa kecederaan fizikal.

2. Sering tak cukup Tidur

3. Penggunaan ubat-ubatan tertentu, merokok dan mengamalkan alkohol.

4. Obesiti

5. Tekanan darah tinggi – mengecilkan saluran darah dan lambatkan penghantaran darah dan oksigen ke otak

6. Kencing manis – kecederaan secara langsung oleh gula dan juga kerosakan pada salur darah.

7. Gaya hidup yang kurang sihat dan tidak aktif.

8. Tekanan mental dan fizikal

Tanda-Tanda Fungsi Otak Semakin Lemah

1. Sering lupa benda-benda yang simple.

Contohnya selalu lupa mana letak spek, lupa nak cakap apa, lupa nak ambik barang apa. Kita rasa benda tu biasa, ada yang anggap mak-mak lepas bersalin memang la banyak lupa, tapi jika kita tak bendung awal, tak mustahil makin lama makin lemah fungsi otak kita.

2. Susah fokus bila buat kerja

Pernah tak anda sedang buat sesuatu kerja A, terfikir pula kerja B yang belum siap? Mungkin kita rasa kita sibuk kan, multitasking tu sebenarnya tak baik untuk otak dan juga tanda-tanda otak makin lemah.

3. Sukar belajar benda baru

Nak masukkan benda baru dalam otak tu akan ambil masa yang sangat lama.

4. Masalah dalam mengingat nama orang dan nombor

Fungsi otak untuk mengingat sesuatu secara teratur akan berkurang pada umur 20 tahun. Sekarang ni pula kita jarang ingat nombor kan? Nombor telefon pun main save je. Kalau hilang telefon, 999 je ingat.. Tu pun kalau ingat la.

Penyakit Berkaitan Dengan Fungsi Otak

Sebenarnya ada banyak jenis penyakit berkaitan otak contohnya alzheimer, anxiety, ADHD, autism, dan lain-lain. Tapi contoh dibawah cuma saya sebutkan berkaitan alzheimer dan parkinson.

Ramai orang keliru antara nyanyuk dan Alzheimer. Nyanyuk atau demensia ialah 1 simptom dan bukannya penyakit. Demensia ni ialah pengurangan fungsi kognitif otak. Kognitif ni bukan sahaja berkaitan dengan memori, tetapi juga berkait dengan pelajari sesuatu, merancang, menilai, menyusun, menyelesaikan masalah, menghakimi dan melaksanakan aktiviti harian.

Walaupun nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua, namun sebenarnya orang muda pun boleh ada masalah demensia. Antara penyebab demensia ialah Alzheimer, Lewy body, Parkinson dan kecederaan di kepala.

1. Alzheimer
Merupakan penyebab demensia yang biasa ditemui. Alzheimer terjadi disebabkan oleh pembentukan plak amiloid pada sel otak. Plak ini menyebabkan keradangan yang merosakkan sel dan otak orang yang menghidap Alzheimer juga didapati mengecut.

2. Parkinson
Parkinson disebabkan oleh penghasilan dopamin yang semakin berkurangan. Apabila dopamine berkurangan, ia menyebabkan sukar mengawal dan mengkoordinasi gerakan otot. Pergerakan menjadi gementar. Pesakit juga sukar mengawal kencing disebabkan masalah saraf.

bahaya nyanyuk

Perkara Yang Memelihara Kesihatan Otak Dan Meningkatkan Fungsi Otak

1. Menyambung silaturrahim dan berhubungan sosial

2. Belajar benda baru

3. Aktif secara fizikal

4. Tidur yang cukup

5. Pandai uruskan stress dan kerisauan

6. Meditasi atau amalan rohani

7. Sentiasa bersyukur

8. Pemakanan yang sihat dan pengambilan suplemen

Nutrisi Yang Boleh Membantu Untuk Kesihatan dan Fungsi Minda Yang Baik

Pengambilan makanan tambahan sebenarnya adalah keperluan untuk memastikan tahap kesihatan yang lebih baik. Untuk membantu meningkatkan kesihatan dan fungsi minda yang baik boleh amalkan nutrisi berikut:

1. Vivix

Mengandungi 4 bahan utama iaitu anggur muskadin, poliganum cuspidatu, european elderberry dan lobak ungu. Kesemua ini memberikan ada 15 khasiat polifenol.

Polifenol ini mempunyai fungsi antioksidan yang kuat dan boleh mengurangkan pembentukan plak seperti yang terlihat pada pesakit Alzheimer. Ia juga membantu mengekalkan pertumbuhan neuron yang sihat, ini banyak membantu terutama bagi pesakit parkinson.

Kajian klinikal ini dilakukan ke atas pesakit alzheimer. Ini bermakna dengan pengambilan Vivix dapat membantu mengurangkan risiko penyakit alzheimer.

kuatkan fungsi otak

2. Lecithin

Lecithin soya adalah sumber utama kolina (sejenis neutron) yang menghasilkan lebih neurotransmitter (acetylocholine). Acetylocholine menyokong komunikasi dan signal transmisi antara sel otak sehingga meningkatkan ingatan otak dan fungsi.

Setiap hidangan Lecithin Shaklee membekalkan:

  • 3.1g lecithin yang kaya dengan kolina
  • 468mg phosphatidylcholine
  • 282mg phosphatidylinositol

Lecithin daripada Shaklee diperoleh secara semulajadi daripada kacang soya.

tajamkan minda anak untuk exam

3. Omega Guard

Asid lemak omega-3 telah diketahui umum dapat membantu untuk mengaktifkan otak dengan meningkatkan aliran darah di otak dan memperkuatkan sinaps otak. Minyak ikan membantu melembapkan kaki di hujung neuron dan penghantaran mesej menjadi semakin lancar dan cepat.

Salah satu jenis minyak ikan adalah Docosahexonoic acid (DHA) berfungsi:

1. Meningkatkan pembelajaran dan fungsi ingatan otak

2. Mengurangkan keradangan dan melawan penyakit degeratif (EPA dan DHA)

Omega Guard Shaklee mempunyai keunikan tersendiri.

OmegaGuard Shaklee mempunyai gred farmaseutikal dan diproses dengan 3 kali penyulingan berperingkat untuk menapis bahan pencemaran seperti merkuri.

Omega Guard juga membekalkan lebih EPA dan DHA berbanding jenama terkemuka lain.

minyak ikan terbaik

 

4. BComplex

Vitamin B banyak terlibat dalam penghasilan neurotransmitter dan membantu mengubah gula menjadi tenaga. Antara kebaikan Vitamin B adalah

1. Meningkatkan tenaga dalam badan kerana ia membantu mengubah gula kepada bentuk tenaga

2. Membantu mengendalikan tekanan dan depresi

3. Membantu mengelakkan anemia – B6 dan B12 membantu dalam penghasilan sel darah merah

Sistem penyerapan berpaten bagi BComplex Shaklee ini membantu penyerapan dengan sebaiknya. BComplex juga lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B.

 

tips kuatkan minda

5. Performance Drink

Elektrolit seperti sodium, potassium, magnesium bertindak untuk membantu penghantaran mesej di antara saraf.

Shaklee performance drink mengandungi elektrolit penting untuk membantu fokus seperti:

  • Potassium
  • Kalsium
  • Sodium
  • Phosphorus
  • Chloride
  • Magnesium

Ia juga mengandungi karbohidrat ringkas untuk memberikan tenaga segera kepada badan kita. Sebab itu, PD ni sangat sesuai untuk mereka yang aktif secara fizikal dan orang yang bersukan.

Selain itu performance juga menghidrat badan lebih baik berbanding air. Kandungan air yang cukup adalah penting untuk kesihatan. Kajian menunjukkan mereka yang bersenam selama 90 minit otak mereka akan kecut. Otak yang kecut akan mengganggu fungsi normal otak seperti daya ingatan dan fungsi kognitif dalam otak.

pilihan minuman isotonik untuk ahli sukan

 

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee Untuk Kesihatan Minda

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, terutamanya jika anda yang mempunyai tanda-tanda otak semakin lemah saya cadangkan anda hubungi saya segera untuk elakkan kerosakan yang lebih teruk.

Fyda Noh : 012 621 1883

Atau direct wasap www.wasap.my/60126211883

Atau jika nak dapatkan vitamin Shaklee dengan harga ahli, terus klik banner di bawah.

shaklee murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.