Teh Tarik Madu, Penuh Nikmat Tapi Boleh Jadi Minuman Potong Kaki

teh tarik madu viral

Teh Tarik Madu, Penuh Nikmat Tapi Boleh Jadi Minuman Potong Kaki

“Minuman potong kaki..”

Gelaran yang suami berikan masa kami menikmati teh madu yang popular di kampung kami. Apa taknya, walaupun namanya teh madu, tapi resepi dia fuhhh.. susu pekat manis pun termasuk dalam senarai resepi. Sama juga konsepnya dengan teh tarik lah.

teh tarik madu viral

Siapa tak pernah minum teh tarik seumur hidup? Dah jadi minuman popular kat negara kita dah. Singgah kedai mamak teh tarik. Lepak kedai kopi teh tarik. Jom pekena teh tarik. Kalau tak teh tarik, teh ais. Sama la tu dua-dua.

Teh ni kalau tak tambah susu pekat manis bukan teh tarik namanya. Tapi masalahnya, kita tak sedar yang susu pekat manis tu memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Sekali-sekala boleh la..

Susu pekat manis ini mengandungi gula yang tinggi serta kolesterol yang tidak baik. Bila kita minum minuman yang dicampur susu pekat manis, biasanya akan melekat kat tekak dan kita akan rasa macam berkahak. Tapi, kalau dah lama-lama, dah jadi minuman rutin, mungkin tak rasa dan atau sudah lali dengan keadaan itu malah menganggap ia perkara biasa kesan meminum susu.

Saban hari kita dihidangkan dengan iklan-iklan yang macam minum susu pekat manis adalah ok, mungkin tak ada kesan untuk kesihatan. Siap buat trademark lagi perkataan teh tarik tu. Tak silap, ada hari teh tarik kan? Begitulah sukanya kita kepada minuman ni. Padahal gula dalam susu pekar sama dengan gula dalam minuman berkarbonat. Macam tak ada beza kedua-dua minuman ni. Sama-sama penyebab penyakit.

Susu pekat manis dan makanan bergula yang lain adalah penyebab mukus ataupun hingus. Sebab tu penyanyi dan atlet kalau sayangkan kerjaya memang kena elakkan minuman manis ni. Penyanyi tidak dapat mengawal suara dengan baik dan lancar. Sementara ahli sukan tak dapat mencapai prestasi yang optimum.

Ada juga orang tak boleh minum susu ini sebab menyebabkan serangan asma kerana pembentukan mukus.

Pilihan Teh Yang Lebih Sihat

Saya ni sebenarnya peminat teh. Tapi lagi suka teh O. Kadang-kadang breakfast order jugalah teh tarik. Tapi sekarang dah jumpa teh yang lebih sedap dan bermanfaat untuk kesihatan.

Teh yang saya maksudkan ialah Cinch Tea dari Shaklee.

Saya suka sangat minum Cinch Tea. First time saya cuba minum memang dah jatuh cinta. Tapi, teh ni bukan lah sebab rasa dia. Sebab rasa dia biasa-biasa je. Ada kelat-kelat sikit. Maklumlah campuran teh hijau, teh merah dan teh putih. Keluaran baru-baru ni je rasanya ada bau wangi sikit, macam ada rasa strawberri.

Saya lebih suka minum kosong tanpa gula, letak serai atau campur Performance Drink. Minum kosong macam tu lebih sihatlah daripada campur gula atau susu. Tapi ada juga orang campur madu asli. Terbaik kata dia.

tips elak mengantuk dalam kelas

4 Sebab Cinch Tea Jadi Minuman Kegemaran Saya

1. Pemberi tenaga

Sebagai wanita bekerja, memang balik rumah dah flat la. Balik rumah ada lagi kerja yang menanti, sebab tu tak boleh lemau-lemau. Jadi lepas minum Cinch Tea memang boleh recharge balik tenaga. Kadang-kadang bertenaga lagi untuk menulis blog hingga lewat malam.

Ada kawan-kawan saya yang perlu berjalan jauh, balik kampung ke memang perlu bawa bekalan Cinch tea untuk elakkan mengantuk dalam perjalanan.

2. Untuk menambah fokus

Bila badan kita dah penat, mengantuk dah tentu kita tak dapat fokus dengan baik masa bekerja kan?

Itulah yang berlaku pada saya, sebab selalu tidur lambat. Selain buat kerja untuk bisnes, anak sulung saya memang susah nak tidur malam. Jadi, berjaga dengan dialah.Bila pergi kerja, memang rasa penat. Macammana nak fokus kerja? Jadi, pagi-pagi pun mesti minum Cinch Tea supaya lebih fokus.

Walaupun sering korbankan waktu tidur untuk berbisnes, tapi saya suka buat apa yang saya suka sebab ada matlamat saya sendiri. Alhamdulillah, ada Cinch tea peneman harian saya.

Kalau selalu tersengguk dalam kelas ke, masa khutbah Jumaat ke, elok sangat cuba Cinch Tea ni. Kadang-kadang dah cukup tidur pun, tersengguk juga.

3. Membakar lemak 3 kali ganda lebih cepat

Orang-orang nak diet mesti suka sangat kan? Kawan saya pernah share yang instructur aerobik dia cakap, “Kalau minum teh hijau sebelum buat aerobik, lemak dibakar 3 kali lebih cepat”

Ngam lah.. sebab dalam Cinch Tea kan ada teh hijau.

Cinch tea meningkatkan metabolisma dan meningkatkan pembakaran lemak. Takda lah kita nak simpan lemak-lemak dalam badan lagi. So, yang nak cuba kuruskan badan Cinch Tea pilihan yang sangat sedap dan best.

4. Bantu kawal tekanan

Tekanan ialah masalah yang paling tinggi dikalangan orang zaman sekarang. Hinggakan kawan saya seorang psikiatri sangat risau tentang kesihatan mental masyakat sekarang. Apatah lagi, kita sering pandang serong terhadap orang yang ada masalah mental.

Masalah mental ni boleh berpunca daripada tekanan. So, jangan biarkan tekanan menguasai anda. Kita mesti cuba kuasai dia.

Jika anda nak order Cinch Tea kegemaran saya ni, boleh whatsapp saya di www.wasap.my/60126211883 (Fyda)

Atau jika ada kredit kad atau debit kad, boleh terus tempah dengan klik gambar di bawah.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *