Penyakit TB Boleh Rosakkan Paru-Paru, Mencegah Lebih Baik

TB Boleh Rosakkan Paru-Paru, Mencegah Lebih

Tanda, Rawatan Dan Pencegahan Penyakit Tibi (Tuberkulosis)

Tibi (Tuberculosis) atau batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Seorang pesakit TB berpotensi menjangkiti orang sekeliling dan menjadikan pencegahan penyakit TB ini sukar.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacilli)yang biasanya menjangkiti paru-paru. Bergantung kepada sistem imun kita, ia boleh masuk ke salur darah atau salur limfa dan mengjangkiti bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

Ramai yang tak tahu sebenarnya, TB ialah kuman yang sangat lambat membiak. Maksudnya jika seseorang tu dijangkiti kuman TB, dia tak terus jadi simptom tapi akan ambil masa bertahun-tahun.

Bergantung kepada imun kepada imun seseorang, 95% orang di dunia ini tidak mendapat simptom TB. Walaupun 5% tu nampak sikit, tapi jika diterjemah kepada nombor, ia menjadi angka yang besar dan membebankan.

Sebab itu, orang yang menjadi kontak kepada pesakit TB perlu dipantau untuk mengesan TB dengan lebih awal. Sekarang ini jika dikesan ada kuman TB dalam darah walaupun belum ada simptom, ada rawatan untuk mereka.

Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-paru

  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu. Namun, jika batuk itu disebabkan oleh TB, apa beza batuk sehari atau sebulan?
  • Kahak yang mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hilang selera makan
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah letih

Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah lebih mudah dijangkiti TB dan masalahnya gejala mereka mungkin tak sama dengan orang yang imun dia ok.

Mereka ini termasuklah penghidap kencing manis, penghidap HIV, perokok, kanser dan penyakit buah pinggang.

Dan sekarang ni, tak sedikit orang yang positif Covid-19 rupanya juga positif TB.

Cara Jangkitan Penyakit Tibi

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Apatah lagi orang yang memang tinggal sama-sama pesakit TB dan berhubung dengan pesakit TB.

Cara Mengesan Tibi

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi atau anda adalah kontak kepada pesakit TB, anda akan diminta:

  • Melakukan pemeriksaan kahak
  • Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat

Suplemen Shaklee Untuk Tibi

Suplimen ni sebenarnya bukanlah untuk merawat penyakit TB kerana TB memang ada antibiotiknya tersendiri tapi suplimen ni berfungsi untuk meningkatkan imun seseorang itu.

Namun, yang terbaiknya orang yang belum ada penyakit lah amalkan suplimen ini supaya sistem imun sentiasa kuat dan bersedia untuk melawan jika ada jangkitan kuman.

  • Vivix – Mempertahan, memberi tenaga, memperbaiki dan meningkatkan prestasi sel. Meningkatkan sistem imun dan memperbaiki sistem dalaman tubuh sehingga ke peringkat DNA.
  • Nutriferon – meningkatkan imun sistem dengan cara mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
  • Vitamin C – memperkukuhkan respon imun dengan cara membantu sel darah putih menentang infeksi bakteria, kuman dan radikal bebas
  • Omega Guard – memperbaiki tisu peparu dan mengurangkan keradangan.
  • Zinc Complex – menggalakkan fungsi imun dan fungsi pemulihan penyakit TB

Strategi Mengakhiri TB Tahun 2035

WHO telah melancarkan strategi untuk mengakiri TB pada 2035. Jom kita sama-sama jayakan program ini dengan kuatkan imun kita.

Kalau kita masih sihat dan tak ada penyakit, memang sangat patut kita amalkan suplimen untuk kuatkan imun kita. Semoga kita terhindar atau risiko jangkitan itu rendah.

Dapatkan suplimen anda hari ni untuk kuatkan imun.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.