Tarikh Luput Vitamin Dah Sampai, Selamat Ke Makan?

tarikh luput vitamin shaklee

Tarikh Luput Vitamin Dah Sampai, Selamat Ke Makan?

Baru-baru ini beberapa orang pengguna vitamin menyuarakan rasa tidak puas hati apabila produk promo Shaklee kebanyakannya sudah menghampiri tarikh expired. Dahla banyak, bayangkan beli 6 dapat 7 dan produk dah nak expired dalam 6 bulan lagi. Mana sempat habiskan. Mana yang tak sempat makan, bila dah sampai tarikh luput, dah kena buang ke?

Sebenarnya tarikh luput vitamin tidak sama langsung dengan tarikh luput makanan. Dan vitamin tidak berkulat seperti makanan bila dah sampai tarikh luput.

tarikh luput vitamin shaklee

Vitamin tidak expired macam makanan

Makanan mempunyai tarikh luput kerana makanan bertindak-balas dengan persekitaran boleh menyebabkan makanan basi, beracun dan bertoksik dan boleh menyebabkan keracunan makanan dan risiko kematian.

Tetapi vitamin adalah tidak sama. Tarikh luput suplemen ialah hari terakhir produk itu berada dalam keadaan potensi tertinggi. Selepas tarikh luput, vitamin masih selamat dimakan, tetapi potensinya mungkin menyusut.

FDA tidak mensyaratkan vitamin atau suplemen diletakkan tarikh luput kerana vitamin tidak bertindak balas seperti makanan. Namun, syarikat-syarikat pengeluar vitamin dengan sukarela meletakkan tarikh luput pada produk mereka untuk membuktikan bahawa mereka mementingkan kualiti produk. Selepas pelbagai ujian dilakukan, mereka mendapati potensi vitamin akan kekal dalam tempoh tertentu.

Bagaimanapun potensi vitamin boleh dijaga dengan cara kita menyimpannya. Tempat yang paling baik untuk menyimpan vitamin adalah di dalam laci dan almari yang gelap. Vitamin akan hilang potensi dengan lebih cepat sekiranya terdedah kepada haba, cahaya atau kelembapan. Tidak semua vitamin sesuai disimpan dalam peti sejuk, kecuali ditulis pada botolnya.

 

Benarkah tiada kesan buruk makan vitamin selepas tarikh luput?

Dengan yakin saya jawab memang tiada kesan buruk tapi bergantung kepada vitamin, mungkin potensinya akan berkurang dan mungkin tidak memberi kesan yang diharapkan. Sebenrnya, kebanyakan suplemen masih mengekalkan nutrisinya bertahun-tahun walaupun selepas tarikh luput, terutamanya jika disimpan dengan cara yang betul. Tapi bagi vitamin Shaklee, potensi masih tinggi dalam 6-12 bulan selepas tarikh luput.

Saya sendiri tetap makan vitamin itu walaupun sudah tamat tempoh selagi teksturnya tak berubah, tiada bau atau warna yang pelik.

Beberapa suplemen yang mudah menyusut potensinya adalah seperti berikut:

1. Potensi vitamin B mudah menyusut jika terdedah kepada cahaya, jadi sebaiknya vitamin B dihabiskan sebelum tarikh luput tiba.

2. Asid amino (protein) perlu cuba dihabiskan dalam 1-2 tahun selepas tarikh luput.

3. Minyak ikan boleh disimpan dalam peti ais untuk mengelakkannya cepat rosak dan elakkan berbau tengik. Cuba habiskan dalam 3-6 bulan selepas tarikh luput.

4. Suplemen dalam bentuk cecair akan mengurang potensinya dalam masa setahun selepas tarikh luput.

Bagaimana membuang vitamin

Walaubagaimanapun, saya tidak boleh memaksa anda jika tidak mahu teruskan vitamin yang sudah tamat tempoh. Namun, jika ingin buang vitamin, elakkan buang ke dalam sink atau ke dalam mangkuk tandas kerana air ini boleh mengalir ke sungai atau sumber air kerana mungkin boleh mengganggu hidupan dalam air. Elakkan juga buang ke dalam tong sampah kerana mungkin boleh dicapai oleh anak-anak.

Lebih baik mencampurkan dengan serbuk kopi atau najis kucing dan buangkan ke dalam bekas yang boleh ditutup.

Jika ada sebarang soalan atau sekadar nak sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *