Tak Datang Haid Lepas Bersalin, Adakah Tanda Darah Kotor Berkumpul Dalam Badan?

tak datang haid lepas bersalin

Tak Datang Haid Lepas Bersalin, Adakah Tanda Darah Kotor Berkumpul Dalam Badan?

Ramai ibu-ibu terutamanya ibu muda akan gabra jika tak datang haid lepas melahirkan bayi. Sebenarnya bagi ibu yang menyusukan bayi tidak datang haid selama 3 bulan, 6 bulan mahupun setahun adalah normal.

Ada yang risau darah haid tak keluar, jadi darah kotor tu akan berkumpul dalam badan. Risau kan? Darah haid tu kan orang kata darah kotor, takkan nak biar berkumpul dalam badan.

tak datang haid lepas bersalin

Apa Kaitan Haid Dengan Penyusuan

Ingat tak proses penyusuan melibatkan hormon prolaktin? Hormon ini akan dihasilkan apabila bayi menghisap susu. Hormon ini berfungsi untuk menghasilkan susu yang banyak. Selepas ibu bersalin, sumber hormon estrogen yang tinggi iaitu plasenta dikeluarkan, jadi hormon estrogen akan menurun dan hormon prolaktin pula yang tiba-tiba meningkat. Sebaik sahaja penyusuan dimulakan, hormon prolaktin akan terus meningkat.

Hormon prolaktin yang dihasilkan di kelenjar pituitari ini akan menghalang perembesan hormon estrogen yang terlibat dalam kitaran haid. Kedua-dua hormon ini umpama musuh. Jika salah satu hormon tinggi, maka yang satu lagi akan menurun. Disebabkan hormon prolaktin yang tinggi dalam darah atau disebut juga prolaktinemia, maka hormon estrogen akan menurun. Jadi kitaran haid akan terganggu kerana proses pembebasan telur atau ovum tidak berlaku.

Sebab itu, penyusuan secara ekslusif terutamanya dalam 6 bulan pertama boleh mencegah kehamilan, tapi ini tidak bermakna anda tidak perlu berhati-hati kerana tidak semestinya anda tidak datang haid sebab menyusu, takut termengandung pulak. Sebab itu kalau di hospital kerajaan memang awal-awal sudah diberi pil perancang atau dinasihatkan untuk merancang kehamilan secepat mungkin.

Jadi, sudah jelas kenapa ibu tidak datang haid sepanjang tempoh penyusuan? Jangan risau-risau ye, sebab ada yang menangis-nangis sebab tak datang haid lagi selepas 3 bulan. Maklumlah, dia takut anak bongsunya nak dapat adik baru dah.

Domperidone adalah sejenis ubat yang digunakan untuk menahan mabuk bila bergerak (motion sickness) yang meningkatkan sensitiviti kelenjar pituitari terhadap rangsangan puting. Ini akan merembeskan hormon prolaktin. Jadi, penghasilan susu akan meningkat. Jadi, domperidon juga menjadi ikhtiar untuk ibu-ibu yang mengalami pengurangan susu akibat sudah datang haid.

Begitu juga dengan hormon progesteron yang menghalang penghasilan hormon estrogen. Jadi estrogen yang rendah akan meningkatkan penghasilan susu. Oleh sebab itu, untuk ibu yang baru bersalin yang ingin mengambil pil perancang disarankan Noriday yang hanya mengandungi hormon progesteron. Sebenarnya ada banyak lagi jenama lain, cuma ini yang paling popular di hospital kerajaan.

Macam saya, anak saya dah setahun tapi saya belum period sampai sekarang. Maknanya dah dekat 2 tahun saya tak period sejak hamilkan dia. Saya tak ambil apa-apa perancang hormon, pakai barrier saja. Fikir sudut positif ok. Kalau tak datang haid, maknanya boleh solat dan puasa penuh. Ibu-ibu jangan risau. Teruskan penyusuan sehingga baby 2 tahun ye.

Tapi, jangan lupa gunakan kaedah perancang keluarga yang selamat. Nanti kang, lama-lama tak datang haid, rupanya dah mengandung..

Risiko Osteoporosis Lebih Tinggi Dalam Ibu Menyusu

Sebenarnya hormon estrogen adalah pelindung kepada tulang. Ibu menyusu ni, sebab prolaktin tinggi dan estrogen rendah, keadaannya sama dengan orang menopaus. Dah memang hampir sama pun kan, sebab tak datang haid?

Bila estrogen rendah, perlindungan kepada tulang juga kurang. Jika ibu tak dapatkan secukupnya kalsium untuk keperluan badan, maka badan akan ambik kalsium dari tulang dan meningkatkan risiko ibu untuk mendapat osteoporosis.

Kekalkan Kesihatan Ibu Lepas Bersalin

Bila seorang wanita itu mengandung dan menyusu, dia perlukan lebih banyak nutrisi berbanding wanita lain. Jadi, penting untuk ibu-ibu jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan sendiri. Apa lagi ibu perlu jaga baby dan ahli keluarga yang lain.

Untuk saya sendiri, saya pilih vitamin Shaklee. Saya dah mula amalkan vitamin ini sebelum kahwin dan teruskan sampai sekarang.

Tips menyusu bulan puasa

 

Alhamdulillah, saya rasa perjalanan penyusuan saya sangatlah mudah. Kalau langgar jadual mengepam susu, in sha Allah susu tetap cukup untuk anak-anak. Hingga sekarang saya masih susukan anak yang berusia 4 dan 1 tahun setengah.

Ada sesetengah pendapat kata untuk maintain penghasilan susu tak perlukan suplemen pun. Kena jaga pemakanan dan mengepam dengan kerap (amalkan konsep supply & demand). Saya tak nafikan, memang betul pun.

Tapi dalam keadaan dunia sekarang, agak mustahil kita nak dapatkan zat makanan sepenuhnya daripada makanan. Makanan-makanan kita, macam sayur dan buah-buahan tu dah kurang zatnya. Kalau dulu sebiji oren boleh cukupkan keperluan vitamin C, contohnya. Sekarang, nak dapat jumlah yang sama kena makan 50 biji oren. Makanan kita dah kurang nutrisi ni memang ada kajiannya.

Lagi-lagi kita ni terdedah kepada pencemaran, stress dan kalau ada suami merokok tu, lagi lah kurang zat. Sebab tu kita juga perlukan suplemen untuk kesihatan.

Tapi, suplemen pun bukan sembarang. Kena pilih yang selamat dan tiada kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Saya yakin dengan produk Shaklee sebab disokong oleh Landmark Study yang menunjukkan produk Shaklee tidak merosakkan hati, buah pinggang dan organ-organ lain.

Kalau ibu-ibu nak oder vitamin Shaklee, boleh whatsapp saya di 012 621 1883, atau isi borang di bawah,

Nanti kita boleh bincang vitamin yang sesuai dengan ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *