Tak Ada Orang Sanggup Tanggung Komplikasi Kencing Manis, Tapi Masih Amalkan Gaya Hidup Tak Sihat

rawatan alternatif kencing manis

Tak Ada Orang Sanggup Tanggung Komplikasi Diabetes, Tapi Masih Tak Mahu Amalkan Gaya Hidup Sihat

Berapa orang yang sanggup kaki kena potong?
Berapa ramai yang sanggup ada mata tapi tak dapat melihat?
Berapa ramai yang sanggup terlantar, tak boleh bergerak sebab kena strok?
Berapa ramai yang sanggup 3-4 kali seminggu duduk selama 3-4 jam untuk cuci buah pinggang?

Semua orang tentu tak sanggup kan?

Tapi itulah hakikatnya yang boleh berlaku bila anda menghidap diabetes. Komplikasi itu sedang menanti anda. Apatah lagi jika gula anda tak terkawal.

Tahukah anda sebenarnya pesakit kencing manis lebih ramai wanita daripada lelaki? Kadar kematian akibat kencing manis dalam kalangan wanita juga adalah lebih tinggi.

Apa Itu Diabetes

Diabetes juga dikenali sebagai kencing manis. Penyakit ini ada 3 jenis:

1. Jenis 1 : Pankreas tak hasilkan insulin, jadi rawatannya hanya cucuk insulin saja.

2. Jenis 2 : Apabila badan mengalami kerintangan insulin atau insulin yang dihasilkan tak cukup. Pesakit ini boleh ambil ubat makan atau boleh juga insulin terus.

3. Jenis 3 : Khas untuk mengandung sahaja.

rawatan alternatif kencing manis

Bagaimana Nak Tahu Kita Kena Kencing Manis

Diabetes ni juga ada simptom dan faktor risiko tertentu, antara ialah:

1. Kerap dahaga

2. Kerap lapar walau dah banyak makan

3. Kencing banyak. Kena bezakan dengan kencing kerap. Kalau kencing manis tu, memang setiap kali kencing jumlahnya sangat banyak.

4. Selalu penat, mudah mengah.

5. Kebas-kebas tangan atau kaki.

6. Luka makin lambat sembuh

7. Kerap naik bisul

Namun, banyak orang yang tak rasa apa-apa simptom. Hidup sihat macam orang biasa. Sebab tu, untuk kesan kencing manis mesti buat ujian saringan walaupun tak ada apa-apa simptom.

Terutamanya jika anda ada faktor risiko berikut:

1. Usia 30 tahun ke atas.

2. Obes atau berat badan berlebihan.

3. Merokok

4. Ada sejarah keluarga menghidap kencing manis

5. Gaya hidup tak sihat

Pendek kata, jika anda dah berusia 30 tahun ke atas, jalani lah ujian saringan. Jika ada faktor risiko di atas, lebih baik cek lebih awal.

Apa Nak Buat Jika Ada Simptom Di Atas?

Jika anda rasa ada simptom di atas, terus pergi klinik atau hospital untuk pastikan tahap kesihatan anda.

Di samping tu, makan kena jaga. Sebab kita nak pastikan paras gula kita dalam keadaan terkawal. Sebab kalau gula selalu tinggi, makin cepatlah organ-organ kita rosak.

Dan kena amalkan senaman. Senaman pun kena ikut kemampuan tubuh. Tak perlu senaman yang berat jika anda tak biasa.

Berjalan kaki, joging atau berenang dah cukup baik lah.

Pilihan Makanan Untuk Pesakit Kencing Manis

Pemakanan ni perlu dijaga oleh semua orang sebenarnya, terutamanya orang yang sihat. Untuk mengekalkan kesihatan dan cegah diabetes. Tapi, kalau dah ada penyakit diabetes, lagi lah penting untuk jaga makanan.

So, antara makana yang perlu dititik beratkan ialah :

1. Glisemik indeks yang rendah.

Makanan yang GI rendah ni ialah makanan kompleks yang perlu masa lebih lama untuk dihadam. Jadi, dia akan bebaskan gula sedikit demi sedikit ke dalam darah. Contoh makanan rendah GI ialah roti berserat, buah-buahan dan soya.

2. Makanan yang tinggi Omega-3.

Omega-3 mengandungi leptin yang boleh mengawal selera makan. Disamping tu omega-3 juga adalah lemak baik yang boleh bantu turunkan kolesterol.

3. Makanan yang mengandungi kromium.

Kromium ialah mineral yang diperlukan dalam jumlah yang sikit, tapi sangat penting untuk tindakan insulin.

4. Polifenol tumbuhan

Polifenol mengandungi antioksida yang tinggi. Antioksida membantu melindungi sel daripada kerosakan. Maknanya polifenol ni membantu melindungi sel-sel yang masih elok. Contoh makanan tinggi polifenol ialah anggur.

Antioksida juga membantu untuk meningkatkan sistem imun.

5. GLA

GLA ialah omega-6 yang merupakan anti-radang. GLA sangat baik untuk membantu atasi masalah saraf.

6. Makanan tinggi vitamin C.

Glukos yang tinggi mengurangkan penyerapan vitamin C. Jadi penghidap kencing manis terdedah kepada masalah kesihatan akubat kekurangan vitamin C. Antaranya ialah luka lambat sembuh. Jadi, hati-hati jika anda kurang vitamin C sebab risiko dipotong kaki lebih tinggi.

7. Vitamin B Kompleks

Vitamin B membantu untuk menukarkan gula kepada tenaga dan membantu untuk mengawal stress.

Apa Yang Saya Pilih Untuk Sihat?

Saya pilih untuk jaga pemakanan saya sebab saya tak nak lah masuk statistik orang ada penyakit.

Walaupun setiap hari, kita tak boleh lari daripada pemakanan dengan nutrisi tak seimbang. Seboleh-bolehnya saya cuba ikut sukatan suku-suku separuh. Iaitu, suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah.

Namun begitu, melalui makan saja kita tak boleh pasti yang dah dapat nutrisi yang cukup. Kalau kita makan buah atau sayur pun, berapa banyak zat dalam buah dan sayur tu? Pernah sukat atau buat kiraan berapa banyak zat dan vitamin yang kita dapat?

Zat dalam buah dan sayur tu juga bergantung kepada keadaan sekeliling. Berapa banyak mineral dalam tanah. Kajian dah dibuat berpuluh tahun lepas mendapati memang mineral dah makin berkurang dalam tanah. Lagi-lagi pertanian yang menggunakan racun rumpai dan racun serangga.

Tu belum ambil kira tumbuhan yang ditanam secara GMO. Walaupun kontroversi tapi makanan GMO dikatakan boleh menjejaskan kesihatan.

Cara tumbuhan di bawa dan diproses dari ladang ke kedai, cara tumbuhan tu di masak juga mempengaruhi kadar nutrien di dalammnya.

Saya sedar, walau macammana jaga makan sekalipun, amat sukar untuk cukupkan keperluan nutrisi harian terutamanya nutrien-nutrien kecil seperti vitamin dan zat mineral.

Jadi, saya pilih untuk ambik suplemen Shaklee untuk melengkapkan nutrisi harian saya dan mengurangkan risiko terjerumus ke dalam penyakit akibat nutrisi yang tak seimbang, terutamanya kencing manis.

Bagaimana Produk Shaklee Boleh Bantu Pesakit Kencing Manis

1. Shaklee menyediakan makanan dengan glisemik indeks yang rendah, iaitu ESP. Pengambilan ESP membantu untuk mengawal gula dalam darah dan memberi tenaga yang berterusan.

2. Untuk Omega-3 pula, saya ambil Omegaguard. Omegaguard Shaklee melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali dan ia miliki DHA dan EPA lebih banyak berbanding jenama suplemen omega-3 yang lain.

3. Untuk mendapatkan kromium, saya mengambil VitaLea Iron Formula. Kerana di dalam vitalea ini, saya sudah mendapatkan mineral kromium ini. VitaLea juga sangat sesuai untuk semua orang dewasa yang tiada penyakit kerana membekalkan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Orang yang ada penyakit, perlu tengok keadaan la.

4. Saya ambil Vivix yang mengandungi antioksida yang tinggi. Kelebihan Vivix ini sangat terkesan dan memang sudah ramai yang dapat kesan darinya. Vivix membantu merencatkan pertumbuhan AGE protin sebanyak 30%. AGE protin ini lah yang menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi dalam badan termasuklah diabetes dan masalah jantung.

Vivix juga sangat berkesan untuk meningkatkan sistem imun badan.

5. GLA Complex adalah sejenis asid lemak omega-6. Anehnya omega-6 sebenarnya boleh mencetuskan radang. Tetapi GLA merupakan anti-radang. Apalagi GLA Shaklee diperolehi daripada bunga borage yang mengandungi kandungan GLA yang tinggi.

6. Vitamin C untuk kurangkan level Sorbitol. Ia  adalah sejenis gula alkohol, yang menyebabkan komplikasi kencing manis. Gula yang tinggi menyebabkan kadar sorbitol juga tinggi.

Fungsi vitamin C untuk mengurangkan sorbitol. Dan vitamin C Shaklee dilengkapi dengan teknologi sustained-released untuk pastikan kandungan vitamin C sentiasa ada dalam badan.

7. B compleks dalam menukarkan gula kepada tenaga dan membantu kesihatan saraf

8. Nutriferon pula membantu dalam menguatkan imun sistem.

luka kencing manis cepat sembuh

 

“Wah, Banyaknyaaa suplimen untuk diabetes! Perlu ambil semua sekali ke ni?” Mesti ada yang tanya macam ni.

Ye jika semua simptom telah dikesan pada badan. Sedangkan untuk dapat khasiat daripada makanan, kita perlu makan pelbagai makanan. Sama juga dengan suplemen.

Namun, anda juga boleh ambik ikut simptom yang melanda atau ikut bajet.

Ni saya bagi contoh ye.

1. Kurang tenaga – Boleh ambil ESP, B Compleks, Vitalea,  Omega, Vivix

2. Rasa kebas-kebas – Boleh ambil B compleks, GLA, Vivix, Omega dan Ostematrix

3. Rasa kerap jantung laju – Boleh ambil B compleks Omega, Vivix

4. Luka lambat sangat sembuh– Boleh ambil Vitamin C, Vivix, ESP, Nutriferon

5. Rasa lapar yang kerap sangat-sangat– Boleh ambil ESP, B compleks, Vivix

Saya akan bagi advice dan konsultasi percuma untuk memastikan anda mendapatkan suplemen yang betol bagi menjauhi simptom diabetes ini, dan juga untuk mengurangkan simptom ini berlaku pada diri anda dan insan tersayang.

Berminat? Ok, ni ada special offer dari saya ye…

Kalau anda mendapatkan pakej set ini, anda akan mendapat akses ke Support Group khas di mana anda boleh bertanya apa-apa soalan berkaitan dengan cara mengurangkan simptom diabetes ini dari aktiviti seharian.

So, tunggu apa lagi?

Boleh order sekarang dengan hubungi saya di 012 621 1883,

Atau whatsapp (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *