Surirumah Bergaji Besar Hanya Dari Rumah : Inspirasi Kisah Maryam Pemilik Rahim Suci

bisnes surirumah

Surirumah Bergaji Besar Hanya Dari Rumah : Inspirasi Kisah Maryam Pemilik Rahim Suci

Saya tertarik dengan perkongsian Ustaz Ibnu Rijal dalam channel Youtube beliau tentang kisah-kisah Srikandi. Memang dah lama follow dia sebab penceritaan dia berbeza dan lebih mudah faham.

Berbalik cerita srikandi tadi.

Srikandi ni berkaitan dengan perempuan lah dan saya rasa sharing dia ni ada kaitan dengan srikandi yang bergelar surirumah.

bisnes surirumah

Ramai Nak Bantu Surirumah

Zaman sekarang ni, orang makin ada kesedaran pentingnya ada duit sendiri. Antara golongan yang disasarkan ialah surirumah.

Kalau dulu-dulu, bila sebut surirumah ni orang tak heran sangat. Sebab surirumah ni selalunya pelajaran tak tinggi, mungkin tak dapat cari kerja, kahwin dan uruskan rumahtangga dan keluarga. Harapkan wang belanja daripada suami. Kadang-kadang suami bagi duit untuk  belanja dapur dan mungkin tak ada pun untuk diri sendiri.

Mungkin, orang yang jadi surirumah ni tiada pilihan. Terpaksa duduk di rumah sahaja.

Tapi sekarang, surirumah ni dah berubah. Yang mana ramai surirumah sekarang ni dah ada pelajaran tinggi dan jadi surirumah kerana pilihan sendiri, mungkin sebab nak jaga anak sendiri dan nak tengok anak membesar depan mata.

Tetapi yang bestnya, surirumah sekarang walau duduk rumah, ada income sendiri dan bukan harapkan duit daripada suami semata-mata.

perubahan dalam hidup

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Berbalik kepada sharing Ibnu Rijal tentang srikandi tadi. Kisah yang saya sangat tertarik ialah kisah Maryam, iaitu ibu Nabi Isa.

Maryam ni, sebelum mengandungkan Nabi Isa, beliau ialah seorang wanita yang waraq dan kuat beribadah. Dia memang duduk je kat 1 bilik, yang khas untuk dia beribadah. Dia tak pernah keluar daripada bilik itu.

Apa yang hairannya ialah setiap kali Nabi Zakaria masuk ke bilik itu (Nabi Zakaria ialah penjaga Maryam), baginda dapati mesti ada buah-buahan dan makanan dalam bilik Maryam. Buah-buah yang rare pun ada, yang tak ada pun di kawasan mereka.

Pengajaran dalam kisah ini ialah – zaman sekarang ni memang ramai orang dah sedar pentingnya untuk kita ada duit sendiri dan ada simpanan sendiri, especially untuk kaum wanita.

Bukan saja kita tengok banyak keliing kita yang betul-betul berlaku – bila suami meninggal, keadaan jadi susah untuk isteri sebab waris menuntut harta faraid suami.

Bukan itu main point dia, tapi bila ada duit sendiri, banyak impak yang kita boleh buat. Boleh guna untuk kegunaan sendiri, nak beli pakaian yang kita suka, nak beli emas ke. Untuk anak-anak kita, mungkin boleh hantar belajar ke tempat pilihan atau untuk ibu bapa kita. Boleh bagi duit kat mak ayah atau boleh taja mereka untuk buat umrah. zakat

Kisah Maryam ni menunjukkan kepada kita rezeki ada di mana-mana.

Tapi kita tak boleh expect macam Maryam la. Bangun tidur nak ada nasi depan mata, tak boleh la macam tu. Tapi, sekarang ni banyak peluang untuk buat duit walaupun di rumah. Bisnes dari rumah, tak perlu keluar buka kedai dan tak perlu kan modal yang besar pun.

Jadi, suri rumah pun mampu jadi surirumah bergaji.

 

Kejayaan Kita Adalah Proses

1 lagi pengajaran yang boleh kita garap daripada peristiwa ini ialah – bila Maryam sedang kesakitan untuk melahirkan anak dan beliau bersandar di sebatang pokok kurma.

Wanita-wanita tentu tahu kan kurma boleh bantu untuk bersalin.

Jadi, semasa dalam kesakitan nak bersalin tu, ada suara suruh beliau goncangkan pokok kurma.

Allahu akbar..

Perempuan tu nak beranak, pokok kurma tu bukan macam pokok kangkung sekali renggut dah tercabut. Pokok kurma ni macam pokok kelapa sawit. Logik ke tidak nak goncang supaya buah jatuh.

Itulah yang kita kena yakin. Apa-apa dalam dunia ada proses dia.

Kerja kita adalah usaha. Walaupun nampak macam tak logik, kita buat juga sebab yang nak bagi tu nanti Allah. Kita usaha dengan hati yang yakin, mungkin kita sendiri tak percaya tapi itulah hakikatnya bila Allah nak bagi rezeki.

In sha Allah setiap usaha kita (yang sungguh-sungguh) tak sia-sia.

So, bila kita dah yakin rezeki ada di mana-mana, kita usahalah untuk dapatkannya

daftar ahli shaklee

Peluang Bisnes Untuk Semua, Termasuk Surirumah

Peluang mungkin tak datang selalu dalam hidup kita, saya nak bantu anda untuk dapatkan income hanya dari rumah. Anda cuma perlu buat 1 langkah mudah saja, iaitu hubungi saya sekarang;

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.