Sukar Turunkan Berat Badan, Mungkin Anda Menghidap Sindrom X

sukar turunkan berat badan

Sukar Turunkan Berat Badan, Mungkin Anda Menghidap Sindrom X

Apa yang anda bayangkan apabila anda membaca atau mendengar Sindrom X?

Apa?

Sindrom songsang? Tettt….Salah.

Jangan bayangkan yang bukan-bukan ya.

Atau macam X-Files gitu? Cite makhluk asing. Atau macam X-Men? Ada mutasi pada gen?

Semua salah..

Sindrom X adalah antara penyakit metabolik. Saudara-mara penyakit darah tinggi, kencing manis dan obes. Walaupun anda mungkin tak pernah dengar sindrom ini tapi, ia yang berbahaya tetapi boleh dicegah.

sukar turunkan berat badan

Menurut Dr. Gerald Reavens, seorang doktor dan profesor di Universiti Stanford, sebenarnya perkataan sindrom digunakan untuk menerangkan masalah-masalah atau keadaan yang mempunyai sebab yang sama. Jadi Sindrom X kumpulan simptom yang disebabkan oleh rintangan insulin atau dalam bahasa inggeris dipanggil insulin resistance.

Kerintangan insulin ni maksudnya walaupun insulin dalam darah seseorang dah tinggi, tapi tak berfungsi untuk mengangkut gula. Akibatknya, paras gula juga turut meningkat.

Nota: Insulin adalah hormon yang terlibat dalam proses penyerapan gula oleh sel-sel badan.

Sindrom ini berkait rapat dengan pola pemakanan kita. Diet Asia, orang Malaysia terutamanya rata-rata ialah makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Akibatnya, lebih banyak insulin yang diperlukan untuk mengurangkan tahap gula yang tinggi dalam darah. Proses ini mengambil masa yang lama dan akhirnya badan menjadi kurang sensitif kepada insulin.

Apabila badan kurang sensitif terhadap insulin, insulin yang lebih diperlukan untuk mengurangkan tahap gula walaupun kuantiti yang sama sebelum ini. Badan akan memaksa sel-sel yang menghasilkan insulin (sel-sel beta dalam pankreas) untuk menghasilkan lebih banyak insulin, tetapi insulin yang banyak masih gagal untuk menurunkan gula dengan berkesan, keadaan ini dipanggil rintangan insulin walaupun insulin dah tinggi dalam darah tapi tak berguna.

Tahap yang sangat tinggi insulin dipanggil hyperinsulinemia. Walaupun gula boleh dikawal dengan baik, ujian darah menunjukkan paras gula anda adalah normal, tetapi hyperinsulinemia menyumbang kepada lebih banyak masalah kesihatan. Sebabnya darah akan jadi lebih pekat.

Masalah Kesihatan Akibat Insulin Tinggi Dalam Darah

1.Keradangan pada saluran darah yang boleh menyebabkan pembentukan darah beku. Darah beku yang terlepas daripada tempat asal boleh membawa kepada serangan jantung dan strok

2.Tekanan darah tinggi

3.Trigyceride meningkat (Jenis lemak dalam darah selain daripada kolesterol)

4. HDL akan berkurang (lemak baik yang mengangkut lemak jahat)

5. LDL akan meningkat (lemak jahat yang terjadi akibat proses pengoksidaan)

6. Darah cepat membeku

7. Berat badan dengan tidak terkawal – biasanya lemak akan berkumpul di kawasan pinggang. Jadi, mulalah perut terjojol ke depan atau buncit.

Situasi ini akan berterusan untuk tempoh yang lama jika tiada tindakan diambil. Disebabkan insulin tak dapat digunakan, paras gula tidak lagi terkawal. Dan risiko untuk menghidap penyakit kencing manis adalah tinggi

Dan akhirnya sel-sel yang menghasilkan insulin mula penat dan mengalami kerosakan, jadi tak dapat hasilkan insulin yang cukup.  Oleh itu, penghidap kencing manis tersebut mungkin terpaksa bergantung kepada insulin.

Bagaimana Terjadinya Kerintangan Insulin

Sebab utama adalah diet ataupun amalan pemakanan harian. Walaupun kita kata tak campur gula pun dalam makanan, tetapi kita tak sedar bahawa makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi, mi, roti) adalah rantaian gula panjang. Jadi, bila dihadamkan dan tentu last sekali akan jadi gula.

Penyerapan gula ke dalam peredaran darah bergantung kepada jenis karbohidrat.

Terdapat dua jenis karbohidrat, berdasarkan kadar pelepasan gula ke dalam darah. Yang dipanggil indeks glisemik.

1. Makanan yang tinggi indeks glisemik akan melepaskan gula ke dalam darah dengan lebih cepat.

Contoh: nasi, roti putih, tepung gandum dan ubi keledek

2. Indeks glisemik rendah – makanan yang melepaskan gula ke dalam darah dalam masa yang lebih perlahan.

Contoh: kacang hijau, tauge, tomato, epal dan soya.

Masyarakat kita lebih suka makan makanan dengan indeks glysemik tinggi, jadi gula akan naik tiba-tiba, insulin pun terpaksa dilepaskan dalam jumlah yang banyak. Kemudian tiba-tiba gula akan turun balik. Sebab tu kita akan cepat lapar balik walaupun lepas makan kenyang macam ular sawa.

Selalunya, kalau rasa lapar tapi belum lagi waktunya untuk makanan berat, kita lebih suka memilih makanan rapu kan? Makanan yang tak berkhasiat.

Betul tak?

Kita pun makan keropok, jajan, kuih-muih yang tinggi gula juga.

Kitaran yang sama akan berulang. Gula tinggi –> insulin tinggi –> gula jatuh teruk

–>makan gula lagi –> insulin lagi. Kemudian, terjadilah proses yang menyebabkan Sindrom X tadi.

Macammana Nak Tahu Ada Sindrom X?

Untuk melihat tahap insulin dalam badan adalah agak mustahil kerana tidak jarang seorang doktor yang mencadangkan ujian tersebut. Hospital kerajaan mungkin takdelah. Tapi, kalau di hospital atau makmal swasta mungkin ada.

Ujian biasa adalah untuk melihat kandungan lemak dalam darah. Biasanya orang lebih berminat untuk mengetahui tahap kolesterol. Tapi kita tahu kan kolesterol pun ada banyak jenis.

Sedangkan Sindrom X ialah nisbah trigelyceride (TG) kepada  HDL. Jika lebih daripada 2, anda mungkin mengalami sindrom ini. Sebab tu, kena jaga semua komponen lemak. Bukan kolesterol saja.

Lagi satu, tengok saiz pinggang. Kalau agak-agak membuncit je perut, tak mustahil anda ada sindrom ni.

Bagaimana Merawat Sindrom Ini

Rawatan bergantung kepada gejala yang anda hadapi. Sebagai contoh, jika tekanan darah tinggi, doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah. Jika kolesterol tinggi, ubat merendahkan kolesterol dibekalkan. Kalau ada kencing manis, ubat untuk kencing manislah akan diberi.

Tapi, keadaan ini juga boleh diperbaik dengan mengubah gaya hidup.

1. Makan makanan berkhasiat. Banyakkan makanan rendah glisemik dan serat yang tinggi

2. Mengamalkan senaman yang sederhana. Kalau boleh bersenam setiap hari memang bagus sangat. Berjalan laju atau joging kira ok la tu.

3. Mengamalkan suplemen berkualiti

4. Berhenti merokok

Tau Tak, Produk Shaklee Juga Boleh Membantu?

Salah 1 produk Shaklee yang juga merupakan produk kegemaran saya ialah Vivix. Vivix mengandungi resveratrol yang telah dikaji dengan meluas kesan baiknya kepada kesihatan manusia.

Resveratrol terbukti dapat mengurangkan kerintangan insulin jika diambil dalam 1g setiap hari selama 45 hari.

Dalam ujian yang sama, reseveratrol turut menurun paras gula puasa, meningkatkan paras kolesterol baik dan menurunkan bacaan tekanan darah sistolik.

Boleh baca lebih lanjut mengenai kajian tersebut. Klik saja sini.

sukar turunkan berat badan

Begitu banyak sekali manfaat reseveratrol untuk kesihatan sebab kajian mengenainya sahaja dah 1000 lebih dan dimuatkan dalam jurnal ilmiah.

Tapi, Vivix lagi power sebab ada 4 tumbuhan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan digabungkan dalam Vivix. Sebab tu ramai orang tak kisah berapa harga Vivix dan order balik-balik sebab memang rasa sendiri keberkesanannya.

Kalau anda nak order juga untuk pelihara kesihatan dan mencegah penyakit, boleh whatsapp saya di www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *