Stress Mungkin Punca Utama Hormon Tak Seimbang, Sayangnya Ramai Wanita Tak Tahu Dia Stress

punca stress

Stress Mungkin Punca Utama Hormon Tak Seimbang, Sayangnya Ramai Wanita Tak Tahu Dia Stress

Hidup kita ni memang ada naik dan turunnya. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih, kadang-kadang serabut dan sebagainya. Ada juga yang kadang-kadang rasa tertekan dan kemurungan. Ini semua ialah pekara biasa dalam hidup kita dan benda ni dipengaruhi oleh apa yang ada dalam badan kita, bukan dalam minda sahaja.

Hormon memainkan peranan penting dalam menentukan keadaan badan kita, baik lelaki atau perempuan. Namun, untuk wanita kita dikatakan lebih dipengaruhi hormon dan lebih cenderung untuk mengalami perubahan mood yang berkaitan hormon, mungkin disebabkan oleh pengaruh hormon terbesar dalam kitaran haid setiap bulan.

Untuk menjalankan fungsi fisiologi badan yang normal, hormon ini perlu dalam keadaan stabil. Bukan sahaja kesihatan fizikal, malah kesihatan mental juga perlukan hormon yang stabil. Perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid, semasa mengandung dan menopaus mungkin boleh menyababkan keadaan serba tak kena, lesu dan penat, mengidam makanan-makanan manis dan pelbagai keadaan lagi.

Hormon yang tak stabil ini juga boleh meningkatkan risiko penyakit kronik termasuklah kencing manis, tiroid dan kanser.

Namun, berita baiknya, dengan pengambilan nutrisi yang baik, suplimen, perubahan gaya hidup boleh membantu untuk menyokong dan mengawal hormon, sekaligus mengurangkan masalah fizikal dan mental yang dikaitkan dengan perubahan hormon.

punca stress

Kenapa Hormon Tak Seimbang Boleh Berlaku?

Perubahan paras hormon berlaku dalam beberapa keadaan dalam hidup kita, contohnya masa akil baligh, semasa mengandung dan masa dekat nak menopaus. Hormon tak seimbang ini boleh berpunca daripada gaya hidup yang tak seimbang, kekurangan zat dan vitamin, stress atau tekanan dan toksin daripada persekitaran.

Untuk mencegah masalah tak seimbang ni, sangat perlu untuk kita betul-betul ambil tahu apa yang menyebabkan masalah hormon wanita ni.

Faktor persekitaran

Banyak sebenarnya benda-benda sekeliling kita yang boleh mengganggu keseimbangan hormon. Ini termasuklah penggunaan barang peribadi iaitu skincare dan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan hormon tak seimbang.

Selain daripada tu, kita juga terdedah kepada estogen di persekitaran daripada bahan kimia yang menyerupai estrogen menyebabkan peningkatkan hormon yang tidak normal dalam badan.

Makanan Yang Kita Makan

Kita perlukan makanan untuk mengawal fungsi badan dan juga ada makanan yang diperlukan untuk mengangkut hormon.

Dengan mengawal beberapa jenis makanan boleh membantu memelihara kesihatan hormon. Contohnya, gula putih yang menjadi pengacau utama hormon kerana gula meningkatkan insulin dengan banyak sehingga boleh menyebabkan berlakunya kerintangan insulin.

Ini menyebabkan badan lebih fokus menghasilkan hormon untuk proses gula berbanding hormon-hormon lain.

Ada makanan lain yang boleh menyebabkan keradangan dan menyebabkan kelenjar adrenal bekerja lebih kuat untuk menghasilkan hormon yang mengawal stress. Ini menyebabkan penghasilan hormon lain menurun.

Tekanan

Tekanan sama ada fizikal atau mental boleh menjejaskan kestabilan hormon kerana hormon kortisol dihasilkan lebih banyak dan ini menjadikan hormon progesteron tak dapat dibuat.

Dalam keadaan stress juga, kelenjar adrenal akan ‘mencuri’ zat-zat makanan daripada kelenjar lain. Antara kelenjar yang terjejas ialah kelenjar tiroid. Jadi akan menjejaskan fungsi tiroid.

Ubat-Ubatan

Ada beberapa ubat yang boleh menyebabkan hormon tak stabil. Ini termasuklah ubat hormon contohnya pil perancang yang dibuat daripada bahan sintetik mengganggu keseimbangan hormon wanita secara semulajadi.

punca haid tak teratur

Vitamin Ada Yang Boleh Membantu Stabilkan Hormon

Perkara utama yang perlu anda buat sekiranya mendapati anda mungkin ada masalah hormon tak stabil dah tentulah dapatkan rawatan daripada doktor.

Namun, pengambilan suplimem boleh membantu menyokong dan mengawal penghasilan hormon yang sihat. Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan berkaitan fizikal dan mental, mungkin anda nak menimbangkan untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini untuk menyokog sistem badan yang lebih baik.

Vitamin D dan insulin

Vitamin D memainkan peranan untuk mengawal insulin dan tiroid hormon. Kajian mendapatkan kekurangan vitamin D dikaitkan dengan risiko autoimun yang menyerang kelenjar tiroid. Pengambilan suplimen yang mengandungi vitamin D melancarkan pengaliran insulin dan mengimbangkan paras gula, jadi sistem hormon boleh bertindak secara semulajadi.

Vitamin B6, vitamin B3 dan PMS

Vitamin B6 boleh membantu mengurangkan simptom pre-menopaus, contohnya moody dan rasa serabut. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan 100mg vitamin B6 ialah cara terbaik untuk kurangkan simptom menopaus yang berkait dengan emosi dan mood.

Vitamin B juga terbaik untuk membantu mengawal stress. Vitamin B3 mempunyai sifat yang unik untuk membantu seseorang itu bertenang dan tidur dengan lebih lena. Ini kerana vitamin B3 merehatkan tisu otot, meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Secara tak langsung, ini akan bantu mengurangkan stress, anxiety dan kemurungan.

Antioksida dan menopause

Untuk wanita yang dah menopaus atau diambang menopaus, antioksida boleh membantu mengurangkan simptom menopaus. Contoh antioksida ialah vitamin E dan polifenol.

Tips Untuk Hormon Yang Stabil

Selain daripada nutrisi yang saya sebutkan diatas yang mungkin tak cukup dalam diet harian kita, ada beberapa perkara yang simple tapi sebenarnya sangat berkesan untuk menstabilkan hormon.

Anda boleh lakukan perkara ini untuk mengawal paras hormon;

1. Minum sekurang-kurangkan 2 liter air yang ditapis.

2. Pilih makanan yang berkhasiat, yang kaya dengan antioksida, vitamin D, vitamin E dan vitamin B, asid lemak omega 3 dan juga serat.

3. Pastikan diet harian anda lengkap dengan protein yang cukup.

4. Bersenam dengan teratur

5. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup

6. Kurangkan makanan proses

7. Hadkan pengambilan gula dan karbohidrat ringkas

8. Perhatikan makanan yang anda makan adakah mengandungi lemak tepu dan lemak trans.

9. Kenali perkara yang boleh menyebabkan anda stress atau tertekan

10. Elakkan makan secara berlebihan

Kesimpulan

Bila kita cakap pasal hormon, selain daripada makanan dan nutrisi yang kita makan, gaya hidup yang kita pilih boleh mempengaruhi mood kita, tidur kita, memori dan emosi kita secara langsung. Hormon juga memainkan beberapa peranan fizikal, contohnya seperti keadaan kulit dan berat badan kita.

Untuk mengawal hormon ni, kita mesti sokong sel badan kita dan bekalkan dengan nutrisi yang diperlukan setiap hari untuk memastikan sistem badan kita berfungsi dengan baik. Dapatkan makanan yang berkhasiat dan seimbang dan juga suplimen jika perlu. Namun, dalam keadaan sekarang suplimen bukan lagi pilihan tapi sebenarnya keperluan.

Cadangan Suplimen Untuk Kesihatan Hormon

tanda endometriosis

haid tak teratur

 

progesteron rendah

Untuk dapatkan produk yang hebat ni, anda boleh hubungi saya di 012 621 1883 (Fyda)

Atau klik link di bawah,

Masalah Hormon Tak Stabil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.