Skin Care Murah Tapi Dijamin Selamat Untuk Kulit Flawless Dan Glowing

sincare murah dan berkesan

Skin Care Murah Tapi Dijamin Selamat Untuk Kulit Flawless Dan Glowing

Perempuan dan kecantikan memang kawan baik, berpisah tiada. Wanita sanggup buat apa saja untuk dapatkan kulit yang cantik. Saya ada tulis 1 artikel tentang bahaya suntikan vitamin C, tapi yang hairannya ramai orang kontek saya sebab nak beli vitamin C suntik… Minta ampun laa.. saya tak jual yang suntik-suntik. Saya pun takut.

Boleh rujuk sini kalau minat nak baca : Adakah Suntikan Vitamin C untuk Kecantikan Selamat?

Sekarang ni, budak-budak darjah 6 pun pandai dah nak cuci muka, dah tahu jenama-jenama skin care. Anak saya c Sara yang umur 4 tahun tu pun, pantang tengok saya pakai krim apa-apa kat muka, mesti minta nak letak kat muka dia. Kadang-kadang pandai pula dia minta lepas mandi. Saya bagi jugak la sikit sebab produk Shaklee selamat tanpa bahan kimia berbahaya.

sincare murah dan berkesan

Dulu saya takdelah pentingkan kecantikan sangat. Cuci muka pun ikut suka ja. Biasa pakai skin care yang jenama-jenama local je sebab rasa lebih selamat, lebih semulajadi. Memang sokmo tukar-tukar. Tak pernah setia pada yang satu, selagi kulit boleh terima, selagi tu lah rasa ok je. Ala, cuci muka daripada kotoran je pun. Apa-apa skin care pun boleh.

Tapi, masa saya di kolej, baru lepas SPM tu. Tak tahulah apa masalah, mungkin hormon menggatal sedang meningkat, maklumlah I dulu sekolah semua perempuan. Bila dah masuk kolej, dah campur kan… Tapi saya takde boifren masa belajar tau. Sambung cerita tadi, jerawat naik kat muka ya Allah.. tak pernah-pernah macam tu. Jerawat yang besar, bernanah. Tak sanggup nak hadapi balik. Bila balik kampung, ayah pula yang risau. Terus dia belikan ubat jerawat Dalacin T. Alhamdulillah berkesan untuk kulit saya, tapi sampai sekarang parutnya tak hilang-hilang juga.

Lepas tu, bila jerawat dah kurang-kurang, saya belajar lah sikit-sikit pasal penjagaan kulit. Kena cari skin care yang serasi dengan kita, dan jangan tukar-tukar skin care.

skincare murah dan bagus

Tapi, lepas saya mula amalkan vitamin Shaklee, terutamanya ESP Shaklee, memang rasa kulit muka sangat berbeza. Kalau dulu berminyak, kusam, lepas tu dah tak ada. Memang nampak lagi berseri, glowing. Masa ngandungkan Sara, langsung tak cuci muka. Sebab rasa kulit dah cantik. Dan memang tak sempat dan masa mengandung memang malas sikit. Masa tu, guna scrub je, brand apa tak ingat dah. Tapi takkan hari2 nak tonyoh scrub. Habisla muka I.

Lepas tu baru rasa nak try cleanser Sheklee. Mahal juga la. 50 kali kot fikir sebelum tanda kat borang tu. Last-last beli jugak sebab ramai orang puas hati dan cleanser tu tahan lama. Masa dah beli tu, nak nangis pun ada.

Aku tak perlu kan benda ni kot. Muka aku taklah teruk sangat. Cuma memang banyak blackheads. Tapi, blackheads tu memang kena buang manually pun kan? Kena picit pakai tangan kan?

skin care murah

First time try cleanser Nutriwhite, memang picit sikit je banyak buih dia.

Yang paling best apa tau?

Blackheads, whiteheads semua timbul. Rasa nak tekan-tekan picit keluar semua. Dengan penggunaan kerap, memang boleh bersih. Kulit pun rasa lebih lembut.

Kalau ada orang perasan, bila saya duk sorang-sorang memang berdrama duk pegang kulit muka sendiri bajet lembut. Tapi ramai orang puji muka bersih je. Sebab ramai juga orang yang nak masuk 30-an tapi muka bertompok-tompok sebab jeragat.

Nutriwhite antara skincare terbaik tapi dengan harga yang berbaloi. Saya punya Nutriwhite ni yang kedua, beli sejak mengandungkan Nufa kot (UPT positif dalam bulan 4) sampaila Nufa nak masuk setahun, masih guna yang sama.

Jaminan tanpa bahan kimia berbahaya, sangat lembut kepada kulit dan sesuai untuk semua. Memang akan puas hati kalau guna. Walaupun harganya murah, tapi setanding skin care jenama mahal, malah ada yang pernah guna jenama mahal pun kata Nutriwhite lebih baik.

Nak cuba Set Skincare Nutriwhite?

Untuk orders atau consultations, boleh whatsapp saya,

012 621 1883 – Fyda

Kalau nak beli sendiri, boleh terus klik ‘Saya nak cuba skincare murah dan berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *