Sihat Dan Bertenaga Untuk Jemaah Haji Di Tanah Suci

Se Haji & Umrah Shaklee

Cergas Dan Bertenaga Untuk Jemaah Haji Di Tanah Suci

Seronok mendengar cerita doktor-doktor yang diberi rezeki menunaikan haji sebagai petugas perubatan. Berada dalam bidang ini, saya rasa peluang untuk menunaikan haji dalam usia muda makin menyinar. In sha Allah tahun depan saya nak mohon. Minta pembaca semua doakan saya.

Ada satu cerita yang saya nak kongsi.

Seperti yang kita tahu, jemaah haji Malaysia kebanyakannya sudah berumur dan ramai antara mereka yang mempunyai penyakit kronik. Walaupun keadaan penyakit terkawal, namun dengan usia yang agak lanjut, memang agak sukar untuk menyempurnakan ibadah yang memerlukan lebih banyak kekuatan fizikal.

Para jemaah perlu berjalan jauh untuk menyempurnakan ibadah ini. Setiap hari jemaah perlu berjalan sekurang-kurangnya 3 kali untuk ke masjid dari hotelyang rata-rata jaraknya tidak kurang dari 600m. Lainlah kalau ikut pakej RM50k, makanya mungkin boleh dapat hotel dekat Masjidil Haram.

Malah, mungkin ada yang perlu berjalan sehala sejauh 1.2km. Namun begitu, janganlah merungut jika tinggal jauh dari masjid. Mungkin Allah nak bagi pahala banyak. Bukankah setiap langkah ke masjid di kira pahala? Jadi, makin banyak berjalan, makin banyaklah pahala yang anda dapat.

Se Haji & Umrah Shaklee

Takkan kita nak lepaskan peluang beribadah di tempat yang dirindui oleh semua umat Islam kerana tak sihat

Ibadah haji penuh cabaran

1. Perlu menaiki bas ke Arafah yang jaraknya lebih kurang 20km sahaja. Namun, disebabkan oleh jam yang teruk, mungkin boleh mengambil masa 1-2jam. Ada juga yang mengambil masa hampir 6 jam kerana masalah bas. Kematu lah punggung di dalam bas tu.

2. Bermalam di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di dalam khemah dengan orang yang sangat ramai dan penuh sesak.

3. Melontar 7 butir batu kerikil di Mina. Walaupun aktiviti ini mungkin tidak sukar, namun keadaan orang ramai tidak memberi keselesaan. Dan setiap hari jemaah perlu berjalan sejauh 5km kerana khemah yang disediakan sewaktu melontar agak jauh.

4. Ibadah tawaf dan saie juga bukan calang-calang kerana perlu pusing 7 pusingan dan berlari-lari anak 7 kali. Namun sekarang keadaan lebih selesa kerana tidak perlu berjemur panas matahari.

Cuba bayangkan semua aktiviti di atas perlu dilaksanakan dalam lautan manusia yang sangat ramai. Cuba bayangkan lagi kalau perlu dilakukan dalam keadaan kurang sihat. Na’uzubillah.

Menurut doktor bertugas, klinik dan hospital Tabung Haji di sana memang sentiasa penuh dengan jemaah yang ingin mendapatkan rawatan, terutamanya selsema, batuk, cirir-birit dan sebagainya.

Ada juga jemaah yang terpaksa masuk wad kerana gula tidak terkawal, ada yang terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki, malah ada yang terpaksa ditinggalkan sahaja di hospital Arab Saudi kerana keadaan terlalu kritikal.

Tak berbaloi

Kalau boleh kita pun tak mahu uzur ketika berada di Tanah Suci kerana kesannya amat buruk sekali. Kita pergi sana jauh-jauh untuk beribadah, untuk melawat makam Nabi, apalagi Allah janjikan pahala 100,000 kali ganda kepada orang yang beribadah di Masjidil Haram berbanding solat di tempat lain.

Banyak lagi pahala dan rahmat yang dijanjikan untuk ibadah haji yang lain. Sangat rugi dan sangat tak berbaloi jika ini berlaku kepada diri kita. Apabila sampai di sana, terpaksa tersadai di hotel atau terpaksa memaksa diri untuk beribadah dalam keadaan yang tidak selesa.

Mungkin ini satu-satunya peluang kita ke sana. Jadi, seharusnya kita lakukan yang terbaik jika dijemput Allah ke Tanah Suci.

Cadangan untuk kekal cergas dan bertenaga

Jika setiap manusia bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya, terutamanya nikmat kesihatan sudah tentu dia tidak tergamak untuk merosakkan tubuh badan sendiri. Sejak usia muda sepatutnya, ketika badan masih gagah dan bertenaga, usahlah terlibat dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan. Antara yang paling banyak berlaku kepada orang zaman sekarang ialah merokok dan penyalahgunaan dadah. Tidak kurang juga yang menjamu perut dengan makanan yang tidak berkhasiat.

Namun, untuk persediaan ke Tanah Suci, bolehlah mendapatkan suplemen untuk menjaga kesihatan mungkin boleh dimulakan ketika masih berada di Malaysia untuk meningkatkan imuniti dan menjaga kesihatan.

Ketika di Tanah Suci juga, boleh membawa apa saja suplemen untuk memastikan anda sentiasa sihat dan cergas dalam masa 40 hari berada di sana. Tapi, pastikan anda membawa suplemen dalam jumlah yang cukup dan pastikan setiap suplemen yang anda nak bawa ditulis oleh doktor dalam Buku Rekod Rawatan yang dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji kerana jika tidak tertulis di sana, kastam mungkin akan merampas suplemen tersebut.

Namun begitu, ini adalah salah satu usaha kita untuk memastikan kita sihat, cergas dan boleh beribadah dengan selesa sepanjang tempoh ibadah haji. Segala-galanya ketentuan Allah jua.

Cadangan Set Sihat  & Bertenaga di Tanah Suci

SET ASAS HAJI

Set Asas Haji Shaklee

Jangan biar diri tak sihat atau keletihan bile menjalani ibadah haji atau umrah

 

1) Vita-Lea – multivitamin untuk membekalkan nutrisi yang lengkap dan cukup supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang di Tanah Suci.

2) B Complex – Berfungsi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi serta mengurangkan tekanan yang dihadapi sepanjang beribadah.

3) Vitamin C- Menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.

4) Ostematrix – Membekalkan tenaga untuk menguatkan tulang untuk ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal. Disamping itu, mengawal pengecuta otot dan mengelakkan kaki kejang.

5) Performance drink – Menghidratkan tubuh lebih daripada air biasa. Didatangkan dalam bentuk serbuk, mungkin boleh bancuh dengan air zam zam.

Hadiah tak ternilai harganya

Biasanya, kalau orang nak pergi haji ramai akan sedekahkan duit. Betul tak? Memang duit tu diperlukan, maklumlah belanja untuk mengerjakan haji bukan murah, mungkin dia tiada simpanan dan selepas mengerjakan haji. Namun, jiwa yang terlalu seronok untuk menjadi tetamu Allah mungkin tak fikir soal duit dah.

Apa kata, jika ada kalangan ibu bapa, mak cik pakcik, atuk nenek hatta jiran sekalipun kita pakat hadiah kan Set Asas Haji ni untuk menjaga kesihatan di sana. Percayalah, ini lebih bernilai untuk mereka. Manalah tau, jika dia sihat boleh beribadah dengan selesa, nama kita sekali termasuk dalam doa dia. Kan dah untung di situ?

Tawaran semperna 100 tahun

Shaklee nak bagi percuma sebotol VitaLea. Betul, memang nak bagi percuma dengan setiap pendaftaran ahli dengan pembelian. Jadi, dah jimatkan set ni? Tak perlu beli VitaLea lagi.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Jika anda salah seorang bakal jemaah haji atau dikalangan ahli keluarga atau jika akan menunaikan ibadah haji, saya sangat sarankan Set Asas Haji & Umrah Shaklee. Semoga dapat beribadah dengan selesa dan dikurniakan haji mabrur.

Hubungi saya untuk tempahan atau sekadar nak sembang ….. 012 621 1883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *