Siapa Yang Berisiko Mendapat Kanser Payudara?

kanser payudara tahap 4

Siapa Yang Berisiko Mendapat Kanser Payudara?

Kanser adalah sejenis penyakit yang sangat ditakuti oleh sesiapa pun, termasuklah anggota kesihatan. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, in sha Allah penyakit kanser boleh dikesan dengan lebih awal dan dirawat dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

Kanser yang paling tinggi dikalangan wanita ialah kanser payudara dan diikuti oleh kanser pangkal rahim. Dikalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Lelaki juga tidak terlepas daripada kanser ini, tapi jumlahnya amat rendah, iaitu hanya 1% sahaja.

kanser payudara tahap 4

Apakah kanser payudara?

Semua tahu payudara wanita adalah kilang untuk menghasilkan susu untuk bayi. Ia terdiri daripada sel-sel kelenjar lobul, yang membentuk saluran untuk membawa susu ke puting, tisu-tisu penyambung dan lemak, saluran darah dan limfa.

Terdapat 2 jenis sel yang menjadi tumpuan kanser dalam payudara, iaitu sel yang melapisi bahagian saluran (dipanggil ductal cancer) dan sel pada kelenjar lobul (dipanggil lobular cancer) dan selebihnya bermula daripada tisu-tisu lain dalam payudara. Antara kesemua jenis kanser diatas, ductal kanser adalah yang paling kerap berlaku.

Gejala kanser payudara.

Biasanya kanser payudara sukar untuk dikesan secara klinikal sehinggalah ia telah merebak sama ada ke dalam saluran limfa atau ke kulit.

90% ketulan pada payudara adalah bukan kanser, tetapi sebaliknya hanyalah benign dan tidak merebak ke sel yang lain. Sekiranya saiz bertambah besar, pembedahan harus dilakukan untuk membuangnya.

Namun, adalah lebih baik berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sekiranya anda mendapat terdapat ketulan pada payudara. Lebih-lebih lagi jika ketulan itu tidak sakit, keras, tidak sekata dan tumbuh dengan kadar yang cepat.

Tanda-tanda kanser sudah merebak ke kawasan sekitar ialah:

  • Kulit berkedut sepeti kulit limau bermaksud sel kanser sudah merebak ke dalam saluran limfa dan telah menyumbatkannya. Keadaan ini juga dipanggil peau de’orangeĀ 
  • Puting masuk ke dalam atau sakit maknannya sel kanser sudah merebak ke bahagian puting.
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara.
  • Apabila seseorang mendapati saiz dan bentuk payudaranya tidak sama, dan mungkin sebelah payudara lebih tinggi kemungkinan besar sel kanser sudah merebak ke otot dada.
  • Lelehan keluar dari puting (kekuningan atau berdarah) selain daripada susu. Biasanya terjadi dalam kanser jenis lobular.
  • Ketulan pada bahagian ketiak mungkin noda limfa sudah dimasuki sel kanser.

kanser payudara

Penyebab kanser payudara

Walaupun menurut kajian, setiap orang memang mempunyai sel kanser dalam diri masing-masing yang hanya menunggu masa untuk meletus, namun terdapat beberapa faktor risiko yang dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor-faktor tersebut dibahagikan kepada 2 kategori.

1. Faktor risiko yang tidak boleh dikawal

  • Umur. Mungkin faktor penuaan turut memainkan peranan dalam pembetukan kanser payudara. Wanita yang berusia 50 tahun mempunyai risiko 8-10 kali ganda untuk mendapat kanser payudara berbanding wanita yang lebih muda.
  • Jantina. Sudah tentu wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding lelaki.
  • Sejarah keluarga. Wanita yang mempunyai ahli keluarga terutamanya lapisan yang pertama, sama ada kakak ataupun ibu yang menghidap kanser payudara, risikonya adalah lebih tinggi.
  • Tempoh haid. Bagi wanita yang datang haid pada usia muda dan menopause pada usia yang lebih tua lebih berisiko.
  • Faktor keturunan. 5-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama.

2. Faktor risiko yang boleh dikawal

  • Penyusan bayi. Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun atau lebih lama akan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser payudara.
  • Alkohol. Wanita yang mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak mengambil alkohol.
  • Senaman. Wanita yang melakukan senaman secara berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman selama 30 minit sehari, 3-4 kali seminggu sudah memadai.
  • Makanan tinggi lemak boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara.
  • Berat badan. Wanita yang berlebihan berat badan atau obese lebih tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.

Walaupun faktor yang tidak boleh dikawal memang tidak boleh dielakkan, namun ia tetap boleh dikurangkan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang untuk merendahkan lagi peluang mencetuskan sel kanser dalam badan kita.

Baca di sini bagaimana kanser terjadi dalam badan.

Pengambilan suplemen, terutamanya antioksida adalah salah satu langkah bijak untuk mencegah kejadian kanser dengan mencukupkan nutrisi dalam sel dan supaya sel dapat berfungsi dengan baik. Sementera antioksida pula menghancurkan radikal bebas yang merosakkan sel dan boleh menukarkan kepada sel kanser.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau sekadar nak sembang-sembang, boleh hubungi saya

Fyda Noh : 012 621 1883

 

Sumber : 1.Myhealth

2. Bailey & Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *