Serangan Demam Denggi Kali Kedua Mengelirukan Sistem Imun

Serangan Demam Denggi Kali Kedua Mengelirukan Sistem Imun

Walaupun dunia sedang sibuk dengan masalah virus Zika, tapi masalah denggi di negara kita belum selesai. Malah, makin hari makin meningkat.

Adakah demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes ini penyakit yang serius?

Ya, penyakit ini sangat serius dan boleh menyebabkan huru-hara di hospital. Banyak katil terpaksa dibuka apabila wabak ni melanda. Tak payah hairanlah kalau ada pesakit yang kena baring di lantai.

Virus denggi boleh masuk ke dalam sel, termasuk sel darah putih yang merupakan sel imun dan merosakkannya. Dalam perjalanan sel darah putih yang menganungi virus denggi ini, ia turut merosakkan sel-sel lain di sekitarnya. Kerosakan pada dinding pembuluh darah, menjadikan lebih banyak cecair keluar dari saluran darah dan boleh menyebabkan dehidrasi yang teruk.

Jika ada luka pada salur darah, pendarahan tidak dapat dikawal kerana platlet yang rendah.

Bagaimana menguruskan pesakit denggi?

Kenapa demam denggi kali kedua lebih memudaratkan?

Virus denggi mempunyai banyak jenis. Yang paling utama empat jenis. Daripada 4 tu banyak lagi terhasil jenis yang lain-lain. Maksudnya, virus denggi ni pandai bermutasi. Apabila dijangkiti kali pertama, badan memang membuat antibodi untuk jenis virus tersebut. Apabila dijangkiti kali kedua dengan jenis yang lain, antibodi badan menjadi keliru kerana virus ini dah menyamar untuk mengelakkan daripada diserang oleh sistem imun.

Walaupun sistem imun mengenalinya sebagai virus dan cuba untuk menghapuskan, tapi disebabkan kekeliruan yang disebabkan oleh virus denggi, tindakan sistem imun itu sebenarnya menolong virus denggi untuk menjangkiti sel lain.

Tak hairanlah virus denggi yang pada mulanya wujud di kawasan beriklim tropika, sekarang ni hampir menguasai seluruh dunia.

Yang paling basic kita boleh buat ialah cegah kita dan ahli keluarga daripada penyakit denggi.

Demam denggi ni tak ada ubat yang khusus untuk mematikan virus denggi ni. Semua bergantung kepada antibodi dalam badan kita. Kalau masuk wad pun, rawatannya bergantung kepada simptom yang dialami. Kalau kurang air, masuk air. Kalau ada pendarahan, mungkin perlukan transfusi platlet jika terlalu rendah.

Langkah pencegahan denggi.

  • Jaga kebersihan dalam dan luar rumah.
  • Buang semua objek dan terlangkupkan bekas-bekas yang boleh menakung air dan tidak digunakan.
  • Salin air dalam pasu secara rutin.
  • Terlangkupkan baldi dan gayung dalam bilik air. Sedikit air yang terkumpul dan cukup untuk nyamuk ni bertelur.
  • Jangan berada di kawasan luar rumah di waktu-waktu Aedes sedang aktif, iaitu waktu subuh dan maghrib.
  • Kurangkan aktiviti outdoor di kawasan terbabit Denggi.
  • Jauhkan diri dari kawasan pembinaan, di sini paling banyak ternak Aedes.
  • Tingkatkan imuniti ahli keluarga dengan bekalan nutrisi yang optimum.
  • Galakkan anak-anak untuk makan makanan yang tinggi nutrisi, bervitamin, jauhi makanan rapu.
  • Laburkan sedikit untuk pembelian vitamin yang boleh meningkatkan fungsi sistem imun badan.

Dah banyak kes denggi yang berakhir dengan kematian yang saya sendiri saksikan. Cegah denggi sebelum terjadi. Setakat ni denggi belum ada vaksin dan terbaru saya dengar denggi boleh menjangkiti otak.

Sama-sama cegah denggi.

PM saya/whatsapp 012 621 1883 untuk pertanyaan set denggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *