Senggugut Teruk Ketika Haid, Pesakit Endometriosis Makan Ubat Tahan Sakit Macam Gula-Gula

sakit senggugut selepas kahwin

Senggugut Teruk Ketika Haid, Pesakit Endometriosis Makan Ubat Tahan Sakit Macam Gula-Gula

Endometriosis adalah keadaan yang disebabkan oleh wujudnya lapisan endometrium di tempat lain selain uterus (endometrium adalah lapisan paling dalam uterus yang akan mengeluarkan darah setiap kali wanita datang bulan. Lapisan yang tumbuh secara tidak normal ini turut aktif semasa haid dan boleh tumbuh di mana-mana dan banyak tempat. Paling biasa berlaku di ovari. Sementara organ-organ lain terlibat ialah pundi kencing, apendiks, usus kecil atau usus besar, parut daripada pembedahan perut, pusat dan juga mungkin hati, pundi hempedu dan buah pinggang dan boleh juga paru-paru.

Endometriosis terjadi kepada wanita dalam usia yang boleh melahirkan anak. Melibatkan lebih kurang 15% dikalangan wanita namun terdapat laporan yang mengatakan ia semakin meningkat. Biasanya pesakit adalah dikalangan wanita dalam usia lewat 20-an atau awal 30-an, sama ada masih bujang atau sudah berkahwin dan  belum mempunyai anak.

sakit senggugut selepas kahwin

2 Teori Endometriosis

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui, namun beberapa teori yang ditimbulkan oleh saintis. Dua teori yang paling popular ialah sel endometrium dipindahkan ke tempat lain sama seperti cara barah merebak dan satu teori lagi menyatakan bahawa sel-sel pada organ itu yang bertukar menjadi sel endometrium tanpa diketahui sebabnya. Namun endometriosis terjadi kerana banyak faktor lain, termasuk tahap kesihatan imun sistem yang bergantung kepada corak pemakanan dan gaya hidup

Simptom Endometriosis Yang Akan Dihadapi Semasa Datang Haid

Simptom yang paling kerap berlaku dikalangan pesakit endometriosis ialah sakit sewaktu haid. Terdapat 15-20 % wanita yang mengatakan tiada kesakitan namun mereka mungkin mengalami ketidaksuburan atau ketulan di dalam pelvik.

Pesakit endometriosis mungkin mengalami kesakitan melampau setiap kali haid. Ini disebabkan oleh penghasilan prostaglandin yang dihasilkan secara berlebihan yang mengecutkan rahim dan salur darah secara berlebihan. Kekurangan darah yang dihantar ke rahim akan menyebabkan kesakitan.

Seperti tisu endometrium yang normal, tisu endometriosis akan mengalami perubahan apabila terdapat rangsangan hormon. Apabila berlaku pendarahan daripada ovari, organ dan tisu dalam ruang pelvik akan melekat antara satu sama lain untuk menghalang pendarahan. Jika keadaan ini berlanjutan, parut akan terhasil dan menutup tiub fallopian dan menyebabkan masalah kesuburan.

Kadang-kadang badan mungin bertindak membentuk dinding dan mengumpulkan darah daripada sel endometriosis dan membentuk cyst yang dipanggil endometrioma yang boleh terjadi pada ovari yang boleh membesar dan pecah.

Seseorang wanita penghidap endometriosis boleh berasa sakit ketika melalukan hubungan seks. Sakit ini bukan sahaja di serviks, tetapi rasa sakit yang dalam dan sukar untuk diberitahu dengan perkataan.

Sekiranya sel endometriosis tumbuh pada organ lain seperti usus, wanita itu mungkin akan mengalami pendarahan daripada dubur, kencing berdarah jika tumbuh di pundi kecing dan sakit dada atau muntah darah jika sel endometriosis tumbuh di paru-paru. Namun keadaan ini hanya berlaku setiap kali datang bulan.

Rawatan endometriosis

Selain ubat  tahan sakit yang dah jadi macam gula-gula, rawatan endometriosis yang digunakan zaman berzaman adalah dengan danazol, iaitu ubat yang menghalang hormon di otak, lalu menghalang pengeluaran hormon di ovari. Tapi dah tentu kitaran haid pun akan terganggu.

Cara kedua ialah dengan melakukan pembedahan untuk membuang tisu endometriosis. Tapi tisu itu akan balik-balik terjadi, jadi pembedahan perlu dibuat dengan kerap. Ada juga pilihan untuk rahim ataupun ovari atau keduanya. Dengan cara ini,wanita tidak akan mengalami haid dan masalah selesai. Tapi, ini mengikut saranan doktor lah.

Perubahan Cara Hidup, Amalan Pemakanan Sihat

Ramai yang terlepas pandang perubahan cara hidup, pemakanan atau makanan tambahan sebagai kaedah untuk mengawal endometriosis sedangkan banyak kajian menunjukkan hubungan antara kedua-duanya.

Sebagai contoh, kajian epidemiologi menunjukkan pengambilan iodin yang rendah mungkin meningkatkan aktiviti kelenjar pituitari yang menyebabkan terjadinya endometriosis dan kekurangan hormon tiroid. Walaupun tiada kajian yang endometriosis boleh dielak dengan penambahan iodin dalam pemakanan, namun menyediakan iodin yang cukup adalah lebih selamat.

Satu kajian yang dilakukan oleh Ylirkorkala dan Makila pada tahun 1985 dan diterbitkan dalam American Journal of Obstetric and Gynecology menunjukkan pesakit yang mengalami masalah endometriosis mungkin mempunyai peningkatkan bahan kimia yang menyebabkan kesakitan dan keradangan.

Minyak flaxseed, minyak borage, minyak black currant seed, omega-3 atau minyak evening primrose diketahui umum berkesan untuk mengurangkan keradangan.

Pengambilan dengan asid lemak perlu (omega-3) mungkin boleh ditambah dengan vitamin E, vitamin B-Complex, vitamin C, bioflovonoids, kalsium dan magnesium. Mineral dan antioksida ini sangat berguna untuk mengelakkan endometriosis melekat antara satu sama lain kerana dipercayai radikal bebas juga memainkan peranan dalam penyakit ini.

Terdapat beberapa pengkaji juga mempercayai bahawa peningkatan kadar endometriosis adalah disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen yang didapati daripada daging, ayam dan semua produk tenusu. Mereka juga mencadangkan agar sistem penghadaman sepatutnya dijaga dengan baik supaya toksin daripada makanan tidak melekat di usus.

Yang terakhir, jangan lupa untuk bersenam secara sederhana. Cukuplah dengan berjalan kaki atau joging, senaman yang ringan sahaja ya kerana dipercayai wanita yang bersenam terlalu berat dalam jangka masa yang lama bukan saja hilang senggugutnya malahan haid juga boleh berhenti sama sekali, sehinggalah senaman berat itu dikurangkan.

Walaubagaimanpun harus difahami, merawat endometriosis bukanlah merawat ketidaksuburan kerana masalah kesuburan  adalah lebih kompleks.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Penghidap Endometriosis

apa itu sakit endometriosis

Saya pernah berkongsi pengalaman beberapa pesakit endometriosis. Kata mereka, sakitnya bila haid tu memang tak tergambar. Sakit sangat-sangat. Ubat tahan sakit dah macam gula-gula dah. Hingga ada yang tak mahu jumpa orang sebab tak nak orang nampak sakit dia.

Jika anda menghidap endometriosis, anda tentu rasa pengalaman yang sama kan? Anda boleh terus tahan sakit setiap bulan dan jadikan ubat tahan sakit sebagai gula-gula atau berikhtiar untuk ubah gaya hidup.

Suplemen Shaklee in sha Allah boleh jadi salah 1 kaedah untuk membantu anda tingkatkan kualiti hidup dan kurangkan sakit.

 

Vivix

Bahan aktif Vivix iaitu resveratrol telah mendapat perhatian ramai saintis kerana memberi manfaat dalam bidang kesihatan, termasuk kepada pesakit endometriosis.

Resveratrol yang bersifat anti-radang membantu mengurangkan sakit. Bersifat anti neoplastik yang mencegah pembentukan sel asing dalam badan. Resveratrol juga berfungsi memelihara sel-sel badan.

Semua ini dibuktikan melalui sains.

OmegaGuard

Mengandungi asid lemak omega-3 yang berfungsi sebagai anti radang untuk mengurangkan sakit

GLA Complex

Mengandungi asid lemak omega-6 yang membantu mengawal selia hormon wanita.

Nutriferon

Menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi sekaligus meningkatkan sistem imun untuk memusnahkan tisu asing dalam badan.

VitaLea, B Co dan Vita C

Vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh badan untuk fungsi normal.

Jika anda berminat untuk berikhtiar dengan produk Shaklee, saya bersedia membantu. Uterus dan ovari adalah organ lambang kewanitaan. Ramai wanita terpaksa mengorbankan kedua-duanya kerana endometriosis walaupun masih ada cara lain untuk berikhtiar. Jangan biarkan anda menjadi salah seorang daripada mereka.

Boleh whatsapp saya di 012 621 1883

Atau isi borang di bawah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *