Semua Orang Berisiko Mendapat Kanser, Tunggu Saja Masanya

Semua Orang Berisiko Mendapat Kanser, Tunggu Saja Masanya

Kanser adalah sejenis penyakit yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang kerana ramai menyangka jika disahkan menghidap kanser, maka peluang untuk hidup tertutup sama sekali. Sekurang-kurangnya itu yang digambarkan oleh drama-drama di Malaysia.

Kanser bukanlah sejenis penyakit berjangkit, namun jika ada sejarah keluarga yang menghidap kanser, maka risiko untuk seseorang mendapat kanser dikatakan agak tinggi.

kanser penyakit keturunan

Bagaimana kanser diturunkan kepada ahli keluarga yang lain?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa setiap orang mempunyai genetik kanser dan hanya menunggu masa dan keadaan untuk diaktifkan. Jika ahli keluarga anda menghidap kanser, anda mungkin boleh mengalami nasib yang sama kerana perkongsian cara hidup yang sama.

Disebabkan itu, wajarlah kita mengenali faktor yang boleh mencetuskan sel kanser dan berusaha untuk menjauhinya.

1)Makanan yang tinggi kandungan gula

Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Jika pengambilan gula dikurangkan, maka satu sumber makanan kanser telah dihentikan. Namun, sedihnya saya nyatakan di sini, makanan kita memang mengandungi kadar gula yang tinggi tanpa kita sedari.

Jadi, cara terbaik cuba ubah pemakanan kita dengan menggantikan dengan makanan yang rendah kadar glisemik untuk membantu pengawalan gula yang lebih baik.

2) Makanan yang bersifat asidik (tinggi asid)

Antara makanan berasid yang perlu dikurangkan termasuk teh, kopi, alkohol, minuman ringan, tepung, gula, produk tenusu, makanan yang diproses, diawet atau makanan dalam tin.

Makanan berasaskan daging juga akan menimbulkan persekitaran yang berasid yang mana menjadi tempat pembiakan sel kanser.

3) Pengambilan kafein berlebihan

Makanan atau minuman yang mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, teh, coklat eloklah dikurangkan. Namun, teh hijau adalah lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser.

Sungguhpun air putih adalah baik untuk kesihatan. namun minumlah minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.

4) Sayuran dan buah-buahan segar

Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, kekacang dan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih berakali dan membantu meneutralkan asid yang menjadi tempat pembiakan sel kanser.

5) Suplemen anti-oksida

Makanan tambahan seperti anti-oksida, resveratrol, vitamin dan mineral pula mampu membina sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan dapat menghapuskan sel-sel kanser.

Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

6)Senaman secara berkala

Senaman yang ringan dan berkala adalah penting untuk tubuh kerana membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.

7) Elakkan faktor penyebab kanser yang lain

Seperti yang kita tahu, gaya hidup yang tidak baik seperti merokok, tekanan yang berlebihan dan makan makanan segera secara berlebihan adalah salah satu punca sel kanser diaktifkan.

Perubahan sikap juga penting untuk mengelakkan kanser kerana dikatakan kanser lebih senang merebak di dalam individu yang berfikiran negatif, pemarah, pendendam kerana tekanan akan menyebabkan badan menjadi lebih asidik. Maka berubahlah untuk menjadi lebih proaktif dan tenang dalam setiap perkara.

Walaupun anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser, in sha Allah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda mampu mencegahnya.

Kanser sememangnya boleh dicegah, tapi tak ramai yang tahu bahawa ramai yang telah sembuh daripada kanser dengan mengamalkan cara tertentu. Anda juga mungkin boleh mengubah nasib anda. Jangan hanya berserah pada takdir, usaha itu lebih penting.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Untuk pembacaan lebih lanjut, boleh rujuk link di bawah.

Benarkah semua orang mempunyai sel kanser?

Kenapa tidak semua orang mendapat kanser?

Pemakanan yang sesuai untuk pesakit kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *