Saringan Kanser Kolorektal Elakkan Kanser Dikesan Pada Tahap Kritikal

kanser kolorektal

Saringan Kanser Kolorektal Elakkan Kanser Dikesan Pada Tahap Kritikal

Kanser kolorektal ialah ketumbuhan yang malignan iaitu yang boleh merebak dan biasanya tumbuh di dalam usus besar. Kanser ini tumbuh pada sel yang melapisi bahagian dalam usus besar dan rektum. Pertumbuhan kanser ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum sel kanser ini merebak ke bahagian badan yang lain.

Berapa ramai orang Malaysia terlibat dengan kanser kolorektal

Kanser ini adalah antara kanser paling biasa dikalangan penduduk di Malaysia. Dianggarkan lebih daripada 4,500 kes dikesan setiap tahun. Ia lebih tinggi dikalangan lelaki dan wanita yang berusia lebih 50 tahun.

Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser kolorektal ialah :

– Mempunyai sejarah kanser kolorektal dalam keluarga yang signifikan. Contohnya ibu bapa atau adik beradik menghidap kanser kolorektal pada usia muda, iaitu sebelum 55 tahun.

– Menghidap penyakit keradangan pada usus besar seperti Crohn’s disease atau ulceratif colitis.

– Mempunyai sejarah polip dalam usus.

kanser kolorektal

Awasi tanda-tanda awal kanser kolorektal. Jika tak pasti terus dapatkan nasihat doktor ya

Apakah simptom kanser kolorektal

Walaupun kanser ini mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang dan dirinya yang sebenar, namun ada beberapa tanda-tanda awal yang memberi kita klu atau petanda mungkin kita perlu berhati-hati dengan penyakit ini.

1. Pendarahan daripada dubur atau sebarang tanda pendarahan yang keluar bersama-sama air besar.

Namun, sembelit berpanjangan yang disertakan dengan darah yang segar selepas membuang air besar biasanya ialah buasir.

2. Perubahan dalam membuang air besar yang secara tiba-tiba
dan berpanjangan. Lebih-lebih lagi jika najis lebih lembut dan disertakan dengan lendir atau mungkin anda membuang lendir sahaja dan biasanya terjadi pada waktu pagi selepas bangun tidur.

3. Sembelit yang sangat teruk

4. Rasa nak buang besar tapi bila pergi tandas tak ada apa-apa yang keluar.

5. Keletihan yang tiada penjelasan. Tak tahu kenapa penat.

6. Mengalami kekurangan hemoglobin ataupun anemia tanpa ada pendarahan yang ketara.

Bolehkah kanser kolorektal diubati?

Kanser kolotektal boleh dirawat sepenuhnya jika dikesan pada peringkat awal. Namun, di Malaysia hanya 10% sahaja dikesan pada peringkat awal.

Bolehkah kanser kolorektal dicegah?

Walaupun dikatakan tiada kanser yang boleh dicegah sepenuhnya, namun ramai pakar percaya bahawa dengan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat, risiko mendapat kanser dapat dikurangkan.

Amalkan makanan yang berkhasiat dan zat makanan yang cukup, senaman yang sederhana dan jauhkan diri daripada bahan-bahan yang boleh mencetuskan kanser dalam diri.

saringan kanser kolorekta

Saringan kanser kolorektal adalah percuma. Saringan maksudnya orang yang tiada simptom pon boleh buat.

Saringan kanser kolorektal

Baru-baru ini, Hospital Queen Elizabeth di Sabah telah melancarkan program untuk menyaring kanser kolorektal dikalangan orang awam. Sesiapa sahaja yang berumur 40-70 tahun yang tiada simptom kanser kolorektal dan warganegara Malaysia layak menggunakan khidmat ini dengan percuma.

FOBT (Faecal Occult Blood Test)

Ujian saringan ini memerlukan anda menyediakan sampel najis untuk mengesan kehadiran darah yang mungkin tersembunyi di dalam sampel tersebut.

Sampel akan dikumpul sendiri di rumah, kemudian dihantar ke makmal untuk dianalisis.

Sekiranya terdapat darah dalam sampel najis anda, ujian lanjut akan dilakukan untuk mengenalpasti punca pendarahan. Jika dikesan pada peringkat awal, peluang untuk sembuh adalah 90%.

Bagi warga Sabah, bolehlah gunakan khidmat ini sebaik mungkin. Jika dikesan dengan cepat, in sha Allah penyakit ini dapat diubati.

Namun, saya juga ingin cadangkan suplemen untuk mencegah diri daripada kanser dan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan yang telah dikaji keberkesanannya oleh pakar kanser selama 30 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *