Sakit Sendi Akibat Gout, Rasa Nak Menjerit Sepanjang Malam

sakit gout

Sakit Sendi Akibat Gout, Rasa Nak Menjerit Sepanjang Malam

Salah satu sakit yang saya perhatikan orang tidak akan menunggu lama untuk berjumpa doktor ialah sakit sendi, terutamanya jika sakit, bengkak dan merah pada ibu jari kaki. Dan hampir semua orang tahu itu adalah masalah gout walaupun belum dibuktikan. Sakit ini berlaku secara tiba-tiba, dikatakan sering berlaku pada waktu malam sehingga boleh menyebabkan seseorang terjaga daripada tidur dan rasa nak dapat rawatan ketika itu juga. Sakit ini jarang disebabkan oleh kecederaan ataupun kemalangan.

sakit gout

Gout adalah masalah keradangan yang terjadi apabila hablur atau kristal terbentuk pada kawasan sendi tersebut. Sakit digambarkan seperti dihiris dan seolah-olah terdapat benda tajam di kawasan sendi berkenaan. Mungkin sebab itu ramai yang tidak sanggup menahan sakit gout.

Apakah asid urik?

Asid urik ialah bahan kumuh yang dihasilkan daripada sejenis asid amino yang dipanggil purin, yang terhasil daripada penguraian sel yang telah mati.

Asid urik dibuang melalui air kencing jadi tak hairanlah orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi berisiko untuk mendapat penyakit batu karang.

Selain itu, asid urik terhasil daripada pemakanan kita, terutamanya yang tinggi purin seperti hati dan makanan laut. Kandungan asid urik yang tinggi ini tidak boleh ditapis dengan baik oleh buah pinggang sehingga menyebabkan kandungannya meningkat dalam darah.

Punca penyakit gout

1. Kebanyakan punca penyakit gout dikaitkan dengan faktor keturunan. Iaitu, sejenis penyakit yang menyebabkan asid amino purin tinggi di dalam darah.

Lagi satu, seperti juga penyakit-penyakit kronik yang lain, faktor keturunan terjadi mungkin disebabkan oleh gaya hidup yang hampir sama antara ahli keluarga. Kalau sudah tinggal serumah, sudah tentu cara hidup, seperti cara memasak dan pemakanan hampir sama.

2. Faktor pemakanan dikatakan hanya menyumbang kepada 12% sahaja masalah gout, namun memang banyak makanan yang mengandungi kandungan asid urik yang tinggi dan menjadi kegemaran ramai orang. Antaranya ialah:

  • Daging merah, contohnya daging lembu dan kambing
  • Makanan laut seperti sotong, ketam, kerang, ikan bilis dan organ dalaman seperti hati dan otak haiwan.
  • Makanan dalam tin yang kaya dengan fruktosa. Contohnya buah-buahan yang ditinkan dengan air gula.
  • Makanan yang tinggi lemak.
  • Minuman beralkohol.
  • Beberapa jenis kekacang dan sayuran seperti bayam dan cendawan.

3.Penyakit-penyakit metabolik seperti kanser, psoriasis, hemolytic anemia, masalah enzim seperti Sindrom Lesch-Nyhan dan penyakit yang melibatkan buah pinggang.

4.Ubat-ubatan seperti aspirin dan diuretik (ubat untuk membuang air dari badan). Jadi elakkan pengambilan ubat ini kecuali dipantau oleh doktor.

5. Keracunan plumbum yang kronik.

Bagaimana mengesan gout

Daripada pemeriksaan fizikal, seseorang itu sudah boleh disahkan mengalami gout atau tidak.

Namun, pemeriksaan asid urik dalam darah adalah untuk mengesahkan bahawa paras asid urik adalah tinggi.

Ujian X-Ray boleh dijalankan, namun pada peringkat awal mungkin tidak semuanya kelihatan.

Rawatan penyakit gout

Sakit akibat gout akan berkurang dalam masa 3-10 hari walaupun tanpa rawatan. Serangan gout boleh terjadi sekali dalam beberapa bulan, atau sekali dalam beberapa tahun. Mungkin sebab itu, pesakit gout jarang sekali yang betul-betul menjaga pemakanan sehingga kesakitan itu datang menyerang.

Gout selalunya bermula pada 1 sendi sahaja, yang paling kerap berlaku ialah sendi pada ibu jari kaki atau sendi-sendi kecil. Sekiranya asid urik semakin meningkat dalam darah, gout boleh melibatkan sendi-sendi lain yang lebih besar.

Jika simptom berlaku kali pertama, biasanya hanya ubat tahan sakit akan diberikan terlebih dahulu dan pesakit dinasihatkan untuk mengubah gaya hidup dan mengawal pemakanan yang mengandungi asid urik yang tinggi.

Sekiranya simptom berulang sebanyak 3 kali dalam setahun dan asid urik tidak dapat dikawal dengan perubahan gaya hidup, maka ubat untuk menurunkan paras asik urik akan dimulakan.

sakit sendi akibat gout

Sebelum asid urik membentuk gout pada sendi, ia akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya kerana asid urik berlebihan akan disingkirkan melalui buah pinggang. Jadi, buah pinggang akan turut terjejas. Sebelum buah pinggang dan sendi dirosakkan oleh asid urik ini, segeralah lakukan sesuatu supaya kesihatan terjaga.

Bagaimana nak hilangkan sakit gout dalam masa 2 minggu.

Jika ada apa-apa persoalan dan perlukan maklumat lanjut, boleh hubungi saya,

Fyda Noh

012 621 1883

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *