Sakit Kepala Seperti Nak Pitam Salah 1 Tanda Anda Ada Fibroid

pening kepala nak pitam

Sakit Kepala Seperti Nak Pitam Salah 1 Tanda Anda Ada Fibroid

Anemia ialah masalah kesihatan yang sangat biasa, bukan saja di Malaysia, tapi seluruh dunia. Punca yang paling utama ialah akibat kekurangan zat besi dan zat-zat makanan lain. Zat besi tu paling glemer sebab zat besi adalah komponen hemoglobin, yang mana kalau hemoglobin rendah, mungkin berkait dengan kekurangan zat besi. Sedangkan zat makanan lain agak sukar untuk di cek.

Punca kekurangan zat besi ialah, sama ada

  1. Memang tak cukup dalam makanan sendiri dan kesukaran semasa penyerapan zat itu.
  2. Kehilangan zat besi yang banyak daripada pendarahan.

Wanita memang senang terdedah kepada kedua-dua masalah ini, tapi yang paling ketara ialah kehilangan zat besi melalui darah haid. Di Malaysia, daripada 5,184 orang dewasa yang diuji oleh Bahagian Kesihatan Pengguna Merck, kira-kira 39% daripada mereka menghidapi anaemia – 42% daripada 3,676 adalah wanita dan 31% daripada 1,508 adalah lelaki.

Hampir separuh wanita mengalami masalah anemia.

pening kepala nak pitam

Tanda-Tanda Yang Mungkin Menandakan Anda Menghidap Anemia

Disebabkan oleh fungsi hemoglobin ialah membawa oksigen ke seluruh sel. Jadi, jika hemoglobin tak cukup, maka oksigen juga tak cukup dibawa ke sel.

Bila oksigen tak cukup, sel pun tak boleh buat kerja dengan baik. Jadinya orang-orang yang mengalami anemia akan mendapat gejala-gejala berikut:

  1. Pening-pening, kepala berpusing dan rasa nak pitam
  2. Kerap sakit kepala
  3. Rasa degupan jantung. Ini disebabkan oleh jantung perlu pam darah dengan lebih cepat untuk cukupkan bekalan oksigen
  4. Rasa cepat penat bila buat kerja boleh sesak nafas.
  5. Sejuk kaki dan tangan. Ada juga yang rasa kebas-kebas
  6. Bengkak lidah dan tekak
  7. Kulit pucat dan kering
  8. Kuku rapuh
  9. Mengidam nak makan benda-benda manis dan benda pelik. Contohnya ais, atau pelik lagi nak makan tanah. Ni kalau dah sampai tahap teruk. Keadaan ni dipanggil pica.

Jika anemia ini dibiarkan tidak dirawat, komplikasi teruk yang boleh terjadi termasuklah kegagalan jantung.

So, ada tak anda rasa tanda-tanda ini. Jika ya, segeralah ke klinik atau hospital untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

Tapi, tak semestinya kalau takda tanda-tanda di atas anda tak mengalami anemia. Sebab mungkin badan anda dah biasa dengan keadaan tu hingga tak ada gelaja di atas. Tapi sikit demi sikit ia merosakkan badan anda.

Bagaimana Fibroid Boleh Menyebabkan Anemia

Ada orang yang mukanya nampak pucat dan selalu penat, sebab mereka mengalami haid yang banyak setiap bulan. Kadang-kadang mungkin haid dia 7 hari saja, tapi darah sangat banyak.

Rupanya dia ada fibroid.

Fibroid ni ialah ketumbuhan dalam otot rahim wanita. Fibroid ialah ketumbuhan yang bukan kanser. Jika fibroid tu tumbuh ke dalam ruang rahim, dia akan meningkatkan keluasan lapisan endometrium tu, jadinya lebih banyak ruang dinding rahim menebal. Sebab tu lebih banyak darah yang keluar masa haid.

fibroid kecut dalam 1 bulan

Selain dari ikhtiar nak kecutkan fibroid ni, kita kena fikir juga untuk menambahkan zat besi dan zat-zat makanan lain yang hilang melalui darah yang banyak tu.

So, saya memang sangat mencadangkan orang wanita mesti jaga makan, banyakkan yang mengandungi zat besi dan semestinya perlu untuk dapatkan suplimen zat besi yang berkualiti. Vitalea Shaklee pilihan saya. Sebab bukan saja ada zat besi, tapi lengkap dengan semua zat dan mineral untuk kesihatan wanita.

Makin tua makin sihat, makin tua makin bertenaga.

Saya boleh bantu untuk selamatkan anda daripada risiko anemia yang mengakibatkan kegagalan jantung. Cuma hubungi saya, Fyda di 012 621 1883.

Atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.