Sakit Kepala Berterusan Mungkin Komplikasi SLE (Lupus) Yang Bahaya

sakit kepala migrain

Sakit Kepala Berterusan Mungkin Komplikasi SLE (Lupus) Yang Bahaya

Lupus secara am ialah kumpulan penyakit autoimun, yang mana sistem imun menyerang dan merosakkan sel dan tisu badan yang normal. Semua bahagian badan tak terlepas daripada sistem imun ini.

Jenis lupus yang biasa berlaku ialah SLE – systemic lupus erythematosus.

SLE ialah penyakit yang sukar untuk dikesan tetapi boleh menyebabkan gangguan yang serius kepada tubuh jika dibiarkan dalam tempoh yang lama sebab simptom dia mungkin keluar sikit demi sedikit sebelum kesan yang lebih buruk berlaku.

Antara komplikasi yang menakutkan ialah apabila sistem imun ini menyerang bahagian otak.

sakit kepala migrain

Kesan Yang Mungkin Terjadi Bila Autoimun Menyerang Otak

1. Sakit kepala yang berterusan

Sakit kepala tu mungkin perkara biasa kan? Sebab tu bukan semua sakit kepala tu berkaitan dengan autoimun. Selalunya sakit kepala akibat autoimun ini disertai dengan tanda-tanda SLE yang lain.

Bagaimana Nak Kenali Tanda-Tanda SLE

2. Hilang Ingatan

Selain daripada kemungkin sel imun menyerang sel otak, kemungkinan juga berlakunya gumpalan darah dalam salur darah kat otak. Ini kerana penghidap SLE mempunyai darah yang lebih pekat, jadi risiko strok juga sangat tinggi.

3. Perubahan Mood Yang Berlaku Dengan Tiba-Tiba

Selain daripada mental yang dikaitkan dengan stress dan tekanan semua tu, SLE juga boleh menjadi punca perubahan mood yang mungkin menyebabkan penghidapnya menghadapi tekanan perasaan (depresi), anxiety dan sukar untuk bertenang.

4. Gangguan pada Saraf Tulang Belakang

Selain daripada otak, sistem imun mungkin juga menyerang saraf dalam tulang belakang. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkaan kesakitan pada bahagian kaki, punggung hingga pinggul, namun mungkin boleh mengganggu pergerakan kerana saraf dah rosak.

Boleh SLE Disembuhkan?

Itulah beberapa bahaya yang mungkin boleh terjadi kepada orang yang menghidap SLE jika sistem imun menyerang otak.

Jika anda disahkan menghidap SLE, bolehkah penyakit ini disembuhkan?

Setakat ini, belum ada rawatan khusus untuk SLE melainkan untuk merawat simptom yang dihadapi. Setakat ini ubat yang digunakan ialah untuk mengurangkan tindakan sistem imun tersebut.

Sebenarnya orang yang menghidap penyakit autoimun ni sangat perlukan antiradang untuk mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif sekaligus meningkatkan sistem imun yang sihat. Sebab itu anda sangat perlukan antioksida.

Ada beberapa nutrisi yang diperlukan untuk membantu membaikpulih sel dan mengawal penyakit SLE ini.

rawatan SLE

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.