Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur Mungkin Tanda Keradangan Kronik. Bagaimana Nak Atasi?

sakit belakang

Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur Mungkin Tanda Keradangan Kronik. Bagaimana Nak Atasi?

Keradangan ialah apabila respon sistem imun kepada stress atau kecederaan dalam atau kepada badan. Kecederaan ni bukan saja kecederaan secara fizikal, tetapi sebenarnya makanan seperti makanan proses, makanan bergula tinggi dan makanan penyebab alergi juga menyebabkan keradangan. Pencemaran alam sekitar dan juga bahan kimia dalam produk harian juga boleh menyebabkan keradangan dalam badan.

Sebenarnya keradangan ni bagus ke tak?

Keradangan ni sebenarnya langkah pertama dalam proses penyembuhan sel yang tercedera. Apabila ada sel yang tercedera, sel atau tisu tersebut akan membebaskan bahan kimia untuk menyebabkan tisu yang cedera itu membengkak. Ini untuk mengelakkan ‘benda’ yang menyebabkan kecederaan itu daripada terus mencederakan sel.

Bahan kimia yang dibebaskan ni akan memanggil sel darah putih ke kawasan yang tercedera itu untuk menghapuskan bakteria dan sel yang tercedera atau sel mati. Proses ini akan menghasilkan nanah dan sel yang tercedera tu sama ada dipulihkan atau dihapuskan.

Keradangan yang membantu penyembuhan ini adalah bagus. Yang jadi masalahnya bila keradangan itu jadi keradangan kronik.

Apa benda pula keradangan kronik ni?

sakit belakang

Tanda-Tanda Badan Anda Mengalami Keradangan

Kalau ikut dalam buku teks, keradangan ni disifatkan dengan kemerahan, hangat, sakit, bengkak dan bahagian itu tak boleh berfungsi. Contohnya bila terhantuk, sakit, bengkak dan merah kan? Itulah tanda ada keradangan.

Namun, ada lagi 1 jenis keradangan yang kita panggil keradangan kronik dan keradangan kronik ni, tanda-tanda dia tak sejelas keradangan akut. Keradangan kronik ni tak menyakitkan, jadi sebab itulah jarang kita perasan.

Namun, ada beberapa tanda yang badan anda sedang mengalami keradangan kronik;

  • Lemak di bahagian perut.
  • Peningkatan berat badan
  • Sakit badan dan lenguh otot
  • Penuaan yang cepat, sebelum usia
  • Masalah hormon, terutamanya kerintangan insulin
  • Masalah auto imun
  • Allergi atau alahan
  • Masalah penghadaman
  • Penyakit jantung dan salur darah
  • Penyakit berkaitan saraf

Ramai pengamal perubatan alternatif berpendapat bahawa keradangan adalah punca kebanyakan penyakit kronik.

apakah keradangan

Apakah Penyebab Keradangan?

Keradangan kronik ni sangat berkait rapat dengan pemakanan dan gaya hidup. Salah 1 gaya hidup yang paling ketara dan mungkin berlaku kepada ramai antara kita ialah STRESS.

Stress boleh meningkatkan bahan-bahan penyebab keradangan dalam badan kita. Keradangan juga menyebabkan ramai wanita yang mengalami stress yang berlarutan sangat susah untuk turunkan berat badan.

Selain stress, pemakanan juga adalah penyumbang utama kepada keradangan. Makanan yang kita makan tu sebenarnya sama ada boleh menyumbang kepada kesihatan atau merosakkan kesihatan. Sebab tu kena hati-hati dengan apa yang kita masukkan dalam mulut kita.

Antara makanan yang boleh menyebabkan keradangan kronik ialah:

  • Gula
  • Pemanis tiruan
  • Semua jenis makanan proses
  • Makanan bergoreng
  • Gluten
  • Produk tenusu
  • Terlalu banyak daging, terutamanya daripada haiwan belaan
  • Minyak omega-6 yang berlebihan
  • Lemak trans
  • Alkohol berlebihan
  • Makanan spesifik yang menjadi alahan kepada anda

Kurang tidur, kurang rehat dan merokok juga boleh meningkatkan keradangan.

Bagaimana Cara Untuk Kurangkan Keradangan Kronik

Yang pertama, kita perlu buang apa sahaja yang menjadi ancaman kesihatan, termasuklah makanan dan barang-barang kegunaan di rumah yang mengandungi bahan kimia termasuklah sabun pencuci pakaian, sabun pencuci rumah dan produk skincare.

Beberapa makanan yang mengurangkan keradangan ialah;

  • Sayur-sayuran berdaun hijaun
  • Ikan untuk sumber omega-3
  • Buah-buah berry dan anggur
  • Teh hijau (saya suka sangat Cinch teamix)

Bijak mengawal stress tidak syak lagi boleh membantu mengurangkan paras keradangan. Antara cara untuk mengurangkan keradangan akibat stress ialah;

  • Ada me-time – maksudnya masa untuk enjoy
  • Bersenam, antaranya ialah yoga kerana terbukti menenangkan perasaan
  • Amalan rohani
  • Menulis dalam jurnal kesyukuran

Yang paling senang, yang paling ramai orang suka tapi ramai orang tak dapat sebenarnya, iaitu tidur yang berkualiti. Dalam kehidupan kita sekarang, ramai yang tak cukup tidur kerana terlalu banyak kerja. Sebenarnya tak cukup tidur boleh meningkatkan keradangan dalam badan kita.

Sebenarnya banyak je pilihan gaya hidup dan makanan kita yang mengurangkan keradangan, tapi kadang-kadang dengan kehidupan kita sekarang ni, amat susah untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan konsisten dan mungkin mustahil untuk dapat secukupnya nutrien dalam makanan harian kita.

Untuk konsisten dalam menjaga kesihatan, kita mungkin perlukan suplimen.

Suplimen Anti-Radang Yang Saya Sangat Sarankan

Vivix ialah formula yang sangat hebat yang mengandungi superfood yang mempunyai antioksida yang sangat tinggi dan membantu menyokong keradangan yang normal.

OmegaGuard yang merupakan suplimen asid lemak omega-3 diekstrak daripada ikan kecil yang bebas pencemaran logam berat. Omega-3 juga berfungsi mengurangkan keradangan dan membantu peredaran darah yang lancar.

GLA Complex pula adalah gamma linolenic acid yang diekstrak daripada minyak borage juga merupakan antioksida dan antiradang yang kuat.

keradangan

Bagaimana Nak Dapatkan Suplimen Ini?

Anda boleh hubungi saya sekarang di 012 621 1883, atau boleh klik link di bawah untuk dapatkan harga ahli

Suplimen Untuk Sakit Belakang

 

 

One comment

  • Your article is very good, I have read many articles but I am really impressed with your posts. Thank you, I will review this article. To know about me, try talking to me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.