Rupanya Tak Tahu Kira Waktu Subur Mungkin Punca Wanita Sukar Mengandung

cara kira waktu subur wanita

Rupanya Tak Tahu Kira Waktu Subur Mungkin Punca Wanita Sukar Mengandung

Orang sering cakap anak itu ialah rezeki. Walaupun bagi setengah pasangan rezeki anak itu sangatlah mudah, namun ada juga yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga teruji ikatan suami isteri itu.

Jodoh, zuriat dan ajal semua telah tertulis oleh Allah. Ada orang yang dia lebih senang berserah pada takdir. Sedangkan kita sendiri tak tahu apa yang telah tertulis dan bila kita dapat apa yang kita harapkan itu.

Kita sebagai hamba, janganlah kita jemu merancang, berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Jangan berputus asa kerana semuanya datang daripada Allah.

Kepada pasangan yang sedang berusaha untuk dapatkan anak, saya doakan Allah mudahkan urusan anda, namun anda perlu tahu juga apa penyebab yang mungkin menyebabkan anda berdua mengalami masalah kesuburan.

cara kira waktu subur wanita

6 Kemungkinan Wanita Sukar Mengandung Atau Susah Lekat

1. Makanan mengandungi lemak trans berlebihan

Zaman sekarang ni, ramai pasangan suami isteri yang kedua-duanya kerja. Malah, si isteri kerjaya bukan calang-calang juga. Disebabkan kesibukan dan mudahnya nak dapatkan makanan segera, maka itulah yang jadi pilihan. Selain cepat, senang kan sebab ada drive thru. Sambil bawa kereta pun boleh makan.

Kebanyakan makanan segera mengandungi gula, garam dan lemak yang tinggi. Selain tu mungkin juga ada perisa dan pewarna tiruan. Sebenarnya bahan-bahan ni boleh menyebabkan kecelaruan hormon.

Bukan tak boleh makan, cuma kurangkan lah.

2. Bersenam secara berlebihan

Bersenam tu memanglah bagus, tapi jika berlebihan mungkin juga boleh menganggu hormon. Untuk kita orang biasa, atau yang sedang ikhtiar untuk dapat anak, cukuplah bersenam dengan sederhana.

3. Berat badan berlebihan / badan bentuk pear

Berat badan yang berlebihan atau lemak berlebihan terutamanya pada bahagian pinggul mungkin disebabkan oleh hormon tak stabil.

Jadi, kawallah pemakanan anda, terutamanya makanan yang tinggi karbohidrat dan gula.

4. Stress yang kronik

Stress ialah antara masalah utama sesiapa saja zaman sekarang. Walaupun kadang-kadang benda kecil sahaja, tapi bila hormon stress tu sentiasa ada dalam badan, keceleruan hormon boleh berlaku.

Hormon stress ni boleh mengurangkan hormon progesteron dan menyebabkan kandungan susah lekat atau mudah keguguran.

5. Tak mengenali waktu subur

Dalam masa sebulan, ada beberapa hari sahaja wanita subur. Maksudnya masa itu telur wanita dibebaskan. Jadi, waktu inilah yang sesuai untuk bersama suami.

Boleh klik sini untuk tahu cara mengira waktu subur.

6. Masalah haid tak tetap dan senggugut

Masalah haid tak teratur dan senggugut mungkin berkaitan dengan masalah hormon tak stabil. Sebaiknya anda dapatkan rawatan untuk memastikan masalah kesihatan anda.

Cadangan Untuk Anda Yang Sedang Usaha Dapatkan Anak

Of kos, nak dapatkan seorang anak, bukanlah semudah ABC dan tak ada short cut. Saya pun tak tahu perasaan anda macammana kerana alhamdulillah saya tak perlu tunggu bertahun-tahun untuk dapatkan anak sulung.

Namun, saya sangat cadangkan anda tambahkan Vivix ke dalam diet harian anda, suami isteri. Sebab Vivix ialah suplimen antioksida yang boleh membantu membaik pulih sel dan melindungi sel daripada kerosakan, termasuklah sel telur.

Selain itu juga kandungan polifenol membantu untuk mengawalselia hormon yang tak teratur, bantu untuk turunkan berat badan dan mengawal stress.

Sudah tentu anda perlu ubah gaya hidup – dengan mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, bersenam dan bijak kawal stress.

Namun, on top of that, tambahlah Vivix dalam diet anda.

kesuburan wanita

 

Saya tak ada jaminan apa-apa yang lepas minum Vivix anda boleh mengandung, namun sekurang-kurangnya ialah ikhtiar dan dah ramai yang mendapat berita gembira selepas minum Vivix.

Mungkin andalah pasangan yang seterusnya.

 

kesuburan suami

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.