Radang Hati Disebabkan Virus Hepatitis Boleh Menyebabkan Kanser

jangkitan hepatitis

Radang Hati Disebabkan Virus Hepatitis Boleh Menyebabkan Kanser

Hepatitis atau keradangan hati adalah masalah yang sering menjadi keutamaan dalam bidang perubatan, apatah lagi ia melibatkan organ penting dalam badan, iaitu hati. Keradangan hati selalunya terjadi disebabkan jangkitan virus, namun dalam keadaan sosial sekarang tak mustahil banyak keradangan hati berpunca daripada alkohol yang berlebihan dan selebihnya akibat penyakit auto imun.

Penyakit hepatitis dikenali melalui virus yang menjadi puncanya iaitu : Hepatitis A, B, C, D dan E. Hepatitis A dan E berpunca daripada pengambilan makanan yang dicemari virus ini. Manakala Hepatitis A B dan E berpunca daripada jangkitan cecair dari tubuh (pemindahan darah atau tercucuk jarum yang biasanya berlaku dikalangan pekerja kesihatan). Dalam banyak-banyak virus hepatitis, hepatitis B yang paling mudah menjangkiti iaitu 50-100 kali dan penghidapnya selama-lamanya membawa virus ini.

Fungsi hati

  • Pengeluaran air hempedu – hempedu berfungsi untuk perncernaan lemak.
  • Penyimpan gula – Gula disimpan dalam bentuk glikogen yang diubah menjadi glukos semula ketika diperlukan sebagai tenaga.
  • Metabolisma protein dan lemak – Hati menyimpan vitamin A, D, K, B12 dan folat.
  • Pembekuan darah – Menghasilkan faktor-faktor yang terlibat dalam pembekuan darah.
  • Detoxifier (penyahtoksik) – Memecah atau mengubah zat seperti ammonia, ubat, alkohol dan zat kimia untuk dikeluarkan melalui air kencing atau najis. Jika dilihat dibawah mikroskop, kita dapat lihat deretan sel-sel hati yang dipisah oleh ruangan yang bertindak sebagai penyaring.

jangkitan hepatitis

Hepatitis Boleh Menyebabkan Kanser

Secara anatominya hati dibahagi kepada beberapa bahagian berdasarkan bekalan darah yang diterima. Penyakit hati dikelaskan mengikut sel radang pada tisu organ. Hepatitis yang ringan hanya terhad kepada hari sahaja dan akan sembuh selepas rawatan anti viral. Ada juga pesakit yang mengalami kemerosotan fungsi hati dan menyebabkan sistem badan lain juga tergendala dan ada yang mendapat kanser.

Hepatitis mungkin akan berlaku tanpa simptom. Simptom yang paling kerap berlaku ialah kekuningan pada mata dan kulit, kurang selera makan dan cirit-birit.

Hepatitis yang berpunca daripada virus biasanya akut dan tempohnya kurang 6 bulan kecuali hepatitis B di mana pesakitnya akan menjadi kronik dan memerlukan pantauan sepanjang hayat. Selain daripada itu, penyakit hati akibat aklohol berlebihan dan penyakit auto imun biasanya penyakit hati yang kronik.

Hepatitis A

Hepatitis A & E biasanya disebabkan oleh pengambilan air atau makanan yang tercemar dan disebarkan melalui najis seseorang yang dijangkiti virus Hepatitis A. Penyakit ini walaupun boleh menyebabkan hati bengkak namun biasanya boleh sembuh sendiri kerana dalam badan terdapat antibodi kepada virus hepatitis A dan jarang berlanjutan melebihi 6 bulan.

Hepatitis A boleh ditangani dengan vaksin yang diperkenalkan pada tahun 1990-an. Biasanya anda perlu mendapatkan vaksin ini jika ini melawat negara dunia ketiga atau negara yang mempunyai sistem perparitan yang tidak baik.

Orang yang berisiko mendapat penyakit Hepatitis A

  • Individu yang berkongsi makan dengan pesakit Hepatitis A yang tidak menjaga kebersihan
  • Melakukan hubungan seks dengan individu yang dijangkiti Hepatitis A.
  • Hubungan seks sesama jenis.

Hepatitis B

Penyakit ini menjadi endemik di mana-mana diseluruh dunia. Virus hepatitis B menyerang hati dan menyebabkan penyakit akut dan kronik. Boleh dijangkiti melalui pemindahan darah sama ada dalam kuantiti besar atau kecil, hubungan seksual, dari ibu kepada anak dalam kandungan dan perkongsian jarum suntikan.

Sebelum tahun 1985, banyak penyakit hepatitis B yang dilaporkan kerana tiada saringan terhadap produk darah, namun kini penyakit ini lebih banyak berjangkit melalui hubungan seksual.

Semakin awal seseorang dijangkiti hepatitis B, risiko untuk menjadi pembawa adalah tinggi.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 600,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit hepatitis B akut dan kronik. Sementara 25% orang dewasa yang menghidap hepatitis B kronik mendapat jangkitan hepatitis B sejak zaman kanak-kanak. Komplikasinya mereka cenderung untuk mendapat kanser hati atau sirosis hati (berparut). Sebagaimana hepatitis A, hepatitis B juga boleh ditangani dengan vaksin.

Hepatitis C

Hepatitis C secara umumnya merebak melalui darah yang tercemar, hubungan seksual dan perkongsian jarum suntikan oleh penagih dadah. Kebanyakan orang yang dijangkiti virus hepatitis C tidak menunjukkan simptom. Ia hanya boleh dikesan melalui ujian darah ataupun apabila berlaku kerosakan hati yang serius.

Hepatitis C tidak boleh sembuh dengan sendirinya dan mungkin boleh kekal dalam badan selama-lamanya. Juga boleh membawa masalah kesihatan yang lain seperti kanser hati dan sirosis. Penyakit yang tiada vaksin ini memerlukan pemindahan hati jika kerosakan hati sudah ditahap serius.

jangkitan hepatitis

Ringkasan penyakit hepatitis

Tanda-tanda amaran hepatitis.

  • Mudah rasa letih dan kadang-kadang berasa letih yang teramat sangat walaupun tidak melakukan aktiviti yang berat.
  • Kurang selera makan dan sering berasa loya.
  • Kerap muntah-muntah.
  • Demam.
  • Sakit perut, terutamanya bahagian atas abdomen, dan mungkin mengalami gejala cirit-birit.
  • Jaundis (kekuningan pada mata dan kulit).
  • Apabila penyakit hepatitis sudah semakin melarat, mungkin akan terdapat halangan pada saluran hempedu dan menyebabkan gejala berikut:

 

-Air kencing berubah menjadi warna gelap (teh pekat)

-Najis berubah menjadi warna putih seperti tanah liat.

Hati adalah antara organ terpenting dalam badan kita. Tanpa hati yang berfungsi dengan baik, sudah tentu fungsi fisiologi organ-organ lain juga akan terganggu. Sayangi hati kita dan jagalah sebaik mungkin.

Apa yang patut dilakukan sekiranya anda menghidap Hepatitis?

  • Dapatkan rawatan dan pemantauan daripada doktor mengikut jadual yang diberikan.
  • Beritahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah supaya mereka juga melakukan ujian hepatitis untuk mengelakkan mereka juga mendapat jangkitan yang sama.
  • Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.
  • Elakkan berkongsi barang-barang persendirian yang mungkin ada risiko untuk terkena darah atau cecair badan seperti sudu, garpu, berus gigi, tuala dan baju, pengetip kuku, pisau cukur dan gunting.
  • Jika anda ada luka dan mengalami pendarahan, dan mungkin tertitik ke lantai, pastikan anda mengelap sendiri darah anda. Gunakan cecair peluntur (1 bahagian peluntur dicampur dengan 10 bahagian air). Bungkus tisu yang digunakan untuk mengelap ke dalam beg plastik dan balut luka dengan plaster.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat, jauhi alkohol dan mengambil suplemen untuk meningkatkan sistem imun badan.

Shaklee boleh bantu untuk tingkatkan sistem imun

Ubat antivirus memang ada untuk mengubati penyakit Hepatitis B. Namun kini, ada 1 ubat baru yang muncul iaiti interferon. Interferon sebenarnya adalah salah 1 komponen antibodi badan. Tapi masalahnya, interferon sangatlah mahal harganya.

Ada 1 alternatif yang saya boleh cadangkan kepada anda yang menghidap Hepatitis B untuk kuatkan sistem imun, iaitu Nutriferon Shaklee.

Nutriferon Shaklee dibangunkan oleh pakar imunologi, Dr Kojima yang menemui interferon, antibodi semulajadi dalam badan tu. Interferon yang saya cakap diatas yang digunakan untuk merawat penyakit hepatitis tu adalah interferon sintetik yang dicipta dalam makmal.

Nutriferon Shaklee dikaji selama 40 tahun selepas beribu-ribu sebatian lebih 2000 jenis herba berlainan. Dr Kojima membangunkan satu-satunya inteferon semulajadi di dunia.

Dihasilkan daripada estrak 4 tumbuh-tumbuhan, iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Keempat-empat tumbuhan ini berupaya mendorong pengeluaran interferon secara semulajadi dalam tubuh.

Vivix pula adalah suplemen terbaik dalam mengawal pelbagai penyakit kronik kerana kandungan bahan aktifnya iaitu resveratrol. Selain itu, resveratrol juga bersifat antivirus, yang berpotensi untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit.

bagaimana jangkitan hepatitis b boleh dirawat

Testimoni Vivix Dan Resveratrol Untuk Hepatitis B

Downline saya sorang ada hepatitis B. Sekarang makan Vivix dan Nutriferon. Dan ada tambahan vitamin lain. Hati dia bersih tak ada masalah. Badan dia pun sihat. Padahal doktor pakar cakap keadaan dia tu (ALT 400+) sepatutnya dia dah nazak dah.

Kuasa Allah + amazing Shaklee Vivix dan Nutriferon.

-Pengedar Shaklee

———————————————————————-

Untuk dapatkan Vivix dan Nutriferon untuk masalah Hepatitis anda, boleh hubungi saya di www.wasap.my/6012621883 (klik saja link ini)

Atau jika ada debit/kredit card dan nak beli secara online, boleh klik sini saja – Pesakit hepatitis nak jaga kesihatan.

 

 

Sumber : Myhealth

Davidson’s Principle & Practice of Medicine

 

4 comments

  • bagus artikal ni.
    hati anggota kecil tetapi fungsinya besar.

    hari tu suami saya tersilap amik antibiotik…terkesan kepada hatinya…alhamdulillah selepas pemantauan di hospital…hatinya kembali pulih seperti sedia kala.

    tanda kuning dimata ni berkaitan hati…baru saya tahu…

    tq, artikal yang bagus

  • kwn i mengidap radang hati kata nya. radang hati ni dikenali sbg hepatitis ke? mcm mana nak knal hepatitis A B C ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *